Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah 1430H

Kepada seluruh umat Islam, diucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, 1 Muharram 1430 Hijrah bersamaan 29 Disember 2008.

Thursday, December 25, 2008

Himpunan Mahasiswa Kedah dan Ijtima’ Aidiladha

Pada 11 Disember lepas, saya berpeluang menghadiri program Himpunan Mahasiswa dan Ijtima’ Aidiladha yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Sambutan daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dan pelajar sekolah menengah amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 800 orang.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) dengan kerjasama Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B. Datuk Seri Azizan Abd. Razak. Turut hadir ialah Y.B. Dr. Hamdan bin Khalib, Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah.

Objektif utama program tersebut ialah untuk menghimpunkan dan memperkenalkan mahasiswa-mahasiswi Kedah di bawah satu wadah, iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA). Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan mahasiswa-mahasiswi dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Y.A.B. Menteri Besar Kedah mengambil kesempatan dengan memberikan pendedahan dan maklumat terbaru berkenaan perancangan dan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Antara projek pembangunan yang sedang rancak dijalankan adalah Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY). Projek ini asalnya daripada kerajaan terdahulu, tetapi dirancangkan pembinaan kawasan industri ini dikawasan darat. Datuk Seri Azizan telah memindahkan projek ini ke laut. Pada masa sekarang, proses penambakan laut sedang giat dijalankan. Sekiranya projek ini berjaya, ia bakal membuka peluang pekerjaan berkaitan industri petroleum yang banyak kepada rakyat terutama rakyat negeri Kedah.

Antara projek lain yang sedang dirancangkan adalah pembukaan pusat latihan dalam bidang kejuruteraan yang akan bekerjasama dengan pihak dari Australia, dan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah. Kolej Universiti Insaniah bakal menawarkan program pengajian hampir 20 fakulti yang terdiri daripada perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain lagi. Beliau juga memberikan penjelasan mengenai kouta 50% untuk bumiputra membeli rumah dikawasan bandar yang menjadi isu panas sebelum ini kerana ditentang oleh bukan bumiputera terutama DAP.

Terdapat perancangan pihak kerajaan yang menarik perhatian saya iaitu pembelian kereta rasmi untuk kegunaan exco-exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan penggunaan kereta nasional yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia sebelum ini iaitu Proton Perdana. Proton Perdana ini kitakan kerap rosak dan kos penyelenggaraannya amat tinggi.

Hal ini membuatkan saya berfikir, adakah kerajaan sudah menyiasat mengenai punca kerosakan kenderaan nasional ini sebelum mengambil keputusan untuk membeli kenderaan baru? Siapa yang pandu kenderaan tersebut? Bagaimana dengan cara pemanduan pemandu tersebut? Dimana kenderaan diservis? Siapa yang servis? Apakah kerosakkannya dan komponen apakah yang digantikan? Tulenkah alat ganti tersebut?

Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan disini. Kerajaan perlu kemukakan alasan yang konkrit sebelum wang rakyat digunakan untuk membeli kenderaan baru bagi mengenepikan kenderaan nasional hasil buatan anak-anak tempatan. Dapatkan juga nasihat daripada pakar-pakar dalam bidang automotif terhadap Proton Perdana ini sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan baru.

Teringat saya kepada nasihat daripada seorang kawan, Wan Nohsa, mengenai kerosakan kereta ini. Disebabkan tayar yang rosak dan mekanik gagal untuk mengesan kerosakan tersebut atau pun sengaja menipu demi untuk mengaut keuntungan yang lebih, komponen lain pula yang digantinya. Akibatnya pengguna yang tidak tahu dan mungkin tertipu ini yang akan menanggung kos servis dan kerugian. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku terhadap kenderaan nasional ini. Siasat dahulu dengan terperinci sebelum membuat keputusan.

Akhir sekali, saya menyokong segala tindakan dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan syarat ia mesti membawa keuntungan kepada rakyat Kedah terutamanya untuk golongan bumiputera. Semoga slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dapat dikotakan.

Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan.

Saturday, November 29, 2008

Cuti

Tamatlah sudah pengajian kita untuk semester 1 tahun 4 ini dengan berakhirnya Automotive Styling Presentation pada Rabu lepas. Maka bermulalah cuti penggal semester ini yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Tempoh cuti sebulan ini bolehlah digunakan untuk merehatkan minda dan fizikal setelah digunakan dengan bersungguh-sungguh demi untuk menyiapkan segala tugasan dan projek yang bertimbun banyaknya.

Ada dikalangan rakan kita yang mengambil peluang cuti ini dengan bekerja untuk menambah duit poket. Sikap berdikari seperti ini boleh dijadikan contoh untuk diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Sekurang-kurangnya tidak membuang masa dan duit dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Masa yang terluang seperti ini juga boleh dimanfaatkan untuk melancong bersama keluarga. Banyak tempat yang menarik di Malaysia ini yang boleh dilawati. Bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Alamilah keseronokkan bercuti di Malaysia!

Kepada rakan-rakan yang tidak dapat pulang untuk bercuti dek kerana tugas iaitu menyiapkan PSM, dinasihatkan jangan bersedih. Lakukanlah tugas ni dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat, tugas ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk kepentingan diri kita juga. Berdasarkan perancangan awal, saya terpaksa pulang dari cuti lebih awal untuk menyiapkan PSM ini.

Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi. Sekiranya kita mempunyai wang yang mencukupi, maka bolehlah kita mengerjakan ibadah korban untuk tahun ini.

Jaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing semasa cuti ini. Perjuangan kita belum selesai dan masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Hingga bertemu lagi dilain hari dan waktu, Insyaallah.

Saturday, November 15, 2008

Papan Tanda

Sekali tengok mungkin kita akan menjangkakan situasi dalam gambar ini berlaku di Beijing atau Hong Kong. Sebenarnya tidak. Keadaan ini berlaku di Pulau Pinang, negeri kelahiran Ketua Pembangkang DS Anwar yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan diterajui oleh DAP.

Kejayaan DS Anwar dalam pilihan raya lalu adalah disokong kuat oleh imejnya sebagai pejuang rakyat dan dengan itu beliau membawa bersamanya bukan sahaja harapan akar umbi bukan Melayu, tetapi perasaan dan hati nurani orang Melayu di akar umbi terutama di Pulau Pinang yang berada dalam perasaan terhina. Yang ada pun pada orang Melayu di Pulau Pinang ialah simbol-simbol yang mendaulatkan kedudukan mereka seperti masjid dan kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Adalah mengejutkan dalam soal yang berkaitan dengan kedaulatan sekalipun hanya merupakan simbol tidak diambil berat oleh beliau. Anwar membisu seribu bahasa terhadap langkah kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memasang tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak Warisan di George Town.

Apakah sebagai Ketua Pembangkang beliau tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan sekutunya supaya jangan melakukan sesuatu yang boleh menghakis pengaruh beliau sendiri di Pulau Pinang dan menimbulkan kemarahan orang Melayu? Tidakkah ini membayangkan sikap beliau sekiranya menjadi Perdana Menteri kelak?

Setelah kejayaan cemerlang parti pembangkang yang menghapuskan kuasa dua pertiga kerajaan Barisan Nasional, Anwar berazam untuk menggulingkan kerajaan BN dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat telah turut serta dalam keghairahan beliau ini dan sekalipun 16 Sepetember telah mencatatkan sejarah hitam dalam karier politiknya sebagai seorang yang tidak dapat menunaikan janjinya kepada mereka, namun sebahagian besar masih mempercayainya.

Sentimen politik, ketaksuban kepada kepimpinan dan kelemahan berfikir secara rasional, terpengaruh dengan karisma pemimpin, telah membutakan mata rakyat terhadap kemungkinan yang akan berlaku kepada kepentingan bangsa, agama dan negara jika Anwar Ibrahim menjadi Pedana Menteri.

Apakah beliau akan dapat mengawal sentimen dan dasar parti-parti yang meletakkannya sebagai Ketua Pembangkang atau akan lebih mementingkan untuk membuat penyesuaian bagi mengekalkan kuasa?

Tidak ada seorang pun yang sanggup melihat pencerobohan, penghinaan dan provokasi yang sengaja dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengisi sentimen penyokong-penyokongnya atau untuk kepentingan politik dengan menghina kedudukan Bahasa Kebangsaan. Anwar Ibrahim seolah-olah langsung tidak merasai perasaan ini yang telah bergegar di seluruh negara termasuk di kalangan ahli-ahli partinya sendiri.

Terlalu merendahkan taraf pemikirannya jika Anwar Ibrahim dianggap turut percaya dengan strategi DAP meletakkan tulisan jawi untuk menjustifikasikan penggunaan pelbagai bahasa lain di papan tanda di Pulau Pinang. Apakah tulisan rumi yang bersifat tulisan antarabangsa tidak difahami oleh kebanyakan pelawat luar negara yang memahami bahasa Inggeris.

Mengapakah DAP menggunakan tulisan jawi di papan tanda di Pulau Pinang sedangkan seorang anggota Parlimen DAP mahu menghapuskan tulisan jawi di Bukit Bintang Kuala Lumpur? Tidakkah ini menghina kemampuan berfikir orang Melayu? Apakah Anwar Ibrahim membisu kerana beliau percaya kepada matlamat menghalalkan cara?

Semua ini adalah membayangkan kepada orang Melayu tentang dasar dan cara kepimpinan Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, melihat kepada tindak tanduknya terutama selepas pilihan raya, saya yakin bahawa Anwar bijak untuk mencapai matlamat dengan menghalalkan cara tetapi dalam jangka masa cara dihalalkan, banyak sudah matlamat dan maruah yang berkaitan dengan dasar nasional dan keagamaan dihancurkan.

Saya bersyukur Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 lalu. Bagi saya, kita sebagai orang Melayu ini baik dan mudah untuk bertolak ansur, dalam pada masa yang sama, Melayu ditolak beransur-ansur. Inilah realiti yang sedang dan akan berlaku apabila DAP, anak buah PAP di Singapore mempunyai kuasa.

Tuesday, November 11, 2008

Video Seksaan Kubur

Ada pihak yang mencadangkan agar video yang memaparkan seksaan didalam kubur ditayangkan kepada kanak-kanak. Seperti biasa, ada pihak yang bersetuju dan ada yang menyatakan tidak. Masing-masing mempunyai alasan dan sebab tertentu.

Saya berpendapat video ini wajar ditayangkan kepada kanak-kanak kerana ia bertujuan baik iaitu memberi keinsafan. Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak selalunya akan diceritakan kepada ibu-bapa dan keluarga. Manfaat daripada tayangan video ini bukan saja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada golongan dewasa.

Pengajaran yang menggunakan kaedah visual akan lebih berkesan kerana ia memudahkan kita untuk faham dan ingat apa yang telah dipertontonkan. Iklan susu di televisyen pun banyak yang menyatakan kanak-kanak akan lebih berminat dan cepat belajar melalui kaedah ini.

Satu lagi contoh yang mudah boleh diberi. Ada kanak-kanak yang pandai menyanyi, menari dan bergelek ala-ala Inul dan Mas Idayu. Semuanya dipelajari menerusi tayangan di televisyen. Lebih baik menayangkan video yang memberi pengajaran dan keinsafan daripada menyajikan rancangan hiburan semata-mata seperti Akademi Fantasia, Gang Stars, Bintang Kecil dan pelbagai lagi.

Saya berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan gejala sosial yang paling banyak berlaku dikalangan orang Melayu dek kerana mabuk dan khayal dengan dunia hiburan.

Pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Fikirkanlah demi agama, bangsa dan negara kita.

Saturday, November 8, 2008

Politik Wang

Sebut saja Pemilihan Umno, tidak pernah lekang dibibir untuk berbicara mengenai politik wang. Gejala ini wujud apabila terdapatnya pertandingan bagi merebut jawatan tertentu dalam Umno oleh orang tertentu. Bagi memastikan diri mendapat pangkat dan jawatan yang diidamkan, maka wang digunakan sebagai habuan dengan harapan dirinya akan dipilih untuk jawatan tersebut.

Contoh yang paling jelas mengenai masalah ini ialah apabila Tun Dr. Mahathir membongkar gejala politik wang kepada umum suatu ketika dahulu. Kes ini terjadi semasa pemilihan kumpulan ‘G7’ di Kubang Pasu bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Setiap perwakilan diberi RM200 seorang agar tidak memilih beliau. Beliau yang merupakan bekas Presiden Umno pun tidak terlepas daripada menjadi mangsa politik wang ini.

Aduan dibuat ke Lembaga Disiplin Umno. Akhir sekali, Datuk Seri Mohd Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri memutuskan tiada unsur politik wang berlaku. Ini membuatkan saya musykil, siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong? Semua orang tahu mengenai gejala ini kerana ia bukanlah baru terjadi, sebaliknya ada yang menganggap politik wang ini sudah pun berakar dalam Umno.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengesahkan Lembaga Disiplin Umno dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menemui mekanisme yang akan digunakan untuk menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu Mac depan.

Nampak seperti serius untuk membanteras gejala ini. Persoalannya, mengapa sekarang kelihatan serius, sedangkan masalah telah lama wujud sehingga bertahun-tahun lamanya. Sekiranya rasuah dalam parti yang mempunyai ahli melebihi 3 juta gagal dikekang, bagaimana Umno dan BN berusaha untuk menghapuskan rasuah di negara ini yang mempunyai rakyat seramai 23 juta?

Diharapkan Lembaga Disiplin Umno dapat melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mengekang rasuah dalam parti dan bukannya perubahan yang bersifat kosmetik semata-mata. Tangkap mereka yang terlibat dengan rasuah tanpa memilih bulu, pangkat dan jawatan. Dakwa mereka di mahkamah dan bukannya sekadar menggantung keahlian untuk beberapa tahun saja.

Saya percaya sekiranya rasuah diperangi bermula di peringkat tertinggi, Insyaalah gejala ini akan dapat dibanteras. Tidak mustahil untuk sesebuah negara dan tamadun akan musnah sekiranya rakyatnya hidup bertuhankan pangkat dan wang.

Wednesday, November 5, 2008

Exam

I would like to wish all of you all the best in the examination.

Please forgive me for all mistakes that I have done to you before.

I really hope, all of us will get the best result and achieve our target for this semester. Let’s pray for it.

Saturday, November 1, 2008

PSM 1

Tamatlah sudah seminar Projek Sarjana Muda 1 bagi para pelajar FKM semalam. Saya diberitahu oleh rakan bahawa Wan Nohsa atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Pak Usop merupakan pelajar terakhir yang menutup seminar tersebut semalam.

Ada dikalangan kita yang menamatkan seminar tersebut dengan rasa gembira dan berpuas hati dengan kajian projek masing-masing yang telah dijalankan hampir satu semester lamanya. Tetapi, ada juga yang melahirkan rasa kecewa kerana kurang untuk memberikan suatu persembahan mengenai projek dengan baik kepada para panel.

Justeru, saya ingin memberikan sedikit nasihat kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Kepada rakan-rakan yang memperoleh kejayaan, diingatkan supaya tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi hari ini kerana kejayaan untuk hari esok tidak terjamin tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Teruskan rentak usaha bagi merealisasikan impian dan kejayaan masing-masing.

Buat rakan-rakan lain, janganlah berputus asa dan patah semangat dengan apa yang telah terjadi. Sebaliknya, jadikan ia sebagai panduan dan cabaran untuk memperbetul dan membaiki kelemahan yang ada. Lakukanlah perubahan untuk menggapai kejayaan yang diidamkan oleh semua pihak.

Ingatlah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya." (Ar-Ra'ad: 11).

Saturday, October 25, 2008

Harga Petrol RM1.92 seliter?

Umum mengetahui kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada 10 Oktober lepas bahawa harga runcit petrol mungkin akan diturunkan ke paras RM1.92 seliter, jika harga minyak dunia berada dibawah paras UDS72 setong.

Ketika artikel ini ditulis, harga minyak dunia berada dibawah paras terendah sejak setahun lalu, iaitu sekitar USD65 setong. Harga tertinggi minyak dunia pada Julai lalu iaitu sekitar USD146 setong menyebabkan kerajaan mengambil langkah tergesa-gesa untuk menaikkan harga runcit petrol menjadi RM2.70 seliter pada ketika itu.

Kini harga minyak dunia adalah kurang separuh dari harga tersebut. Secara logiknya jika harga minyak mentah turun separuh, harga runcit petrol juga sepatutnya diturunkan separuh dari harga tertingginya menjadi RM1.35 seliter.

Tetapi saya tidak mengharapkan penurunan harga runcit petrol yang drastik kerana ia mungkin memberi kesan lain terhadap ekonomi negara kita. Cukuplah dengan RM1.92 seperti yang dijanjikan dahulu walaupun saya meragui ianya akan dilakukan disebabkan oleh ribet yang telah diberikan kerajaan.

Semalam, Datuk Shahrir menyatakan bahawa harga runcit petrol akan diturunkan pada 30 Oktober atau 1 November nanti. Justeru, apakah kerajaan bersedia menunaikan janji menurunkan harga runcit petrol kepada RM1.92 seliter?

Saturday, October 18, 2008

Senario

Last Wednesday, my housemate and I watched the latest movie from Senario. Actually, we planned to watch the movie together last weekend. But, we need to cancel it because every one of us busy if our assignments.

After we done our amazing presentation for Project Management subject and having dinner, we went to MBO Cinemas at Melaka Mall. The ticket price for the movie is just about RM5 per ticket. Everybody was excited to watch the movie especially Gaco and Anep. For your information, Anep had watched the same movie for 2 times before this. Kaki wayang sungguh budak ni..

This Senario The Movie was directed by Ahmad Idham. It was a story about Senario team members’ life which is Azlee, Wahid and Lan Pet Pet before they became an actor and popular joker in Malaysia. They need to face a lot of problems before become successful until today.

Actually, Azlee and Wahid’s jokes were not too funny; I think they have done the same jokes like before. But, it was different with jokes made by Lan Pet Pet. His new jokes had attracted Anep to watch the movie for 3rd time. Hahaha...

Moral of the story is we need to face and survive any problem and never give up to become success. But, the most important is don’t try to break any rules in order to realise our dreams.

Saturday, October 11, 2008

Sinar Baru

Tamatlah sudah satu teka-teki politik Malaysia berikutan tindakan PM Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno pada pemilihan bulan Mac tahun depan dan sekali gus berundur daripada menjadi Perdana Menteri.

Tindakan yang diambil oleh beliau adalah bijak dan tepat pada masanya berdasarkan kepada rakyat Malaysia yang menuntut perubahan demi masa depan negara. Ia telah memberikan harapan baru buat ahli-ahli Umno untuk melakukan perubahan seiring dengan permintaan rakyat.

Saya berpendapat langkah ini sebagai salah satu usaha untuk menguatkan kembali Umno serta memastikan parti ini terus relevan dikalangan ahli-ahli parti dan rakyat Malaysia. Pemimpin yang akan dipilih bagi menggantikan beliau nanti pasti mampu untuk memikul tanggungjawab yang amat besar dalam usaha untuk merealisasikan hasrat rakyat terutamanya daripada golongan muda.

Tetapi, sinar baru ini akan terpadam sekiranya golongan yang sentiasa memikirkan wang dan jawatan untuk diri sendiri diangkat dan dipilih menjadi pemimpin. Apa yang telah berlaku sebelum ini perlulah dijadikan iktibar dan pengajaran oleh semua pihak sekiranya Umno dan BN mahu dipilih sebagai parti untuk memerintah Malaysia.

Semoga harapan rakyat untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih maju, aman dan bersatu akan dapat direalisasikan menerusi kepimpinan baru kelak.

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Menjelang bulan Syawal yang mulia ini, saya memohon ampun dan maaf atas segala dosa, salah dan silap sekiranya pernah saya lakukan terhadap anda, samada secara sedar ataupun tidak.

Berhati hati di jalanraya. Semoga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ekonomi

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Aidilfitri tanda berakhirnya Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Namun, suasana kemeriahan Aidilfitri tahun ini dijangkakan kurang meriah. Sambutan Kemerdekaan negara yang ke-51 tahun dahulu boleh dijadikan contoh sebagai sambutan yang hambar. Aidilfitri juga mungkin tidak terkecuali daripada menerima kesan yang sama.

Mungkin ramai diantara kita sudah mengetahui apakah punca yang menyebabkan suasana sebegini berlaku. Keadaan ekonomi yang tidak menentu kini adalah faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini. Ada pihak yang menyatakan kita akan menghadapi kegawatan ekonomi berdasarkan kepada faktor 3F. 3F yang dimaksudkan adalah Fuel, Food dan Finance.

Harga minyak di negara kita masih dianggap tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen mulai semalam. Dunia sedang menghadapi krisis makanan. Negara kita juga tidak terlepas daripada menghadapi krisis ini. Masalah kekurangan beras dan kenaikan harga beras yang melampau adalah bukti yang jelas terhadap krisis tersebut. Justeru, masalah ini akan menyebabkan rakyat kita mengurangkan perbelanjaan sempena Syawal ini.

Tun Dr. Mahathir selaku bekas Perdana Menteri yang kita sanjungi berkata, negara kini sedang mengalami penarikan pelaburan asing mencecah RM600 juta. Pelabur asing tidak mahu terus melabur, sebaliknya menarik balik pelaburan hampir RM100 billion dari Bursa Saham. Namun, Menteri Kewangan yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula menyatakan bahawa kedudukan ekonomi negara masih stabil. Yang pasti terdapat 2 fakta yang berbeza antara orang baru dengan orang yang lebih berpengalaman.

Suasana politik juga mempengaruhi keadaan ekonomi negara. Bermula dengan 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perancang utama untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan tidak berhenti-henti daripada mengubah tarikh penubuhan tersebut. Situasi ini juga boleh menyebabkan pelabur tidak berminat untuk datang dan terus melabur di negara kita. Samada beliau berjaya menubuhkan kerajaan ataupun akan terus 'berseyndiwara' (meminjam perkataan sahabat blogger saya, Seyn), sama-samalah kita menanti dan melihat. Sekiranya tidak berlaku, maka benarlah dakwaan sesetengah pihak bahawa PKR bukannya Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya Parti Kelentong Rakyat.

Sebagai mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian di universiti dalam masa kurang dari setahun ini, adakah kita telah mempunyai pelan altenatif sekiranya negara kita mengalami kegawatan ekonomi seperti yang berlaku 10 tahun dahulu? Justeru, perancangan yang rapi perlu difikirkan oleh kita semua agar tidak menjadi mangsa keadaan ini.

Tuesday, September 23, 2008

Telur

Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini mendakwa bahawa makanan yang diberikan kepadanya sepanjang berada di dalam tahanan adalah sama seperti makanan anjing.

Makanan anjing yang dimaksudkannya itu adalah telur separuh masak. Secara tidak langsung beliau telah pun menghina sesiapa sahaja yang pernah makan telur separuh masak ini samada orang kaya mahupun miskin.

Amatlah menyedihkan apabila rezeki yang disajikan ini disamakan dengan makanan anjing.

Sunday, September 21, 2008

Layan Kepala (Part 1)

This is an assignment given by Mr Razali Tihth. It is called subject matter. We need to give a comment or critic on the car's design either a produced or concept.

For this assignment, three cars have been selected to be reviewed about their subject matter. The three cars are:

1. Toyota Vios 2007
2. Alfa Romeo 8C Spider
3. Citroen C-Cactus Concept

Every people have their rights to say and give opinions on the same object especially a car. This is because we have different ways of thinking. It made us different from each other.

So lets cool down from the DEB hot topic. Jom layan kepala here..

Toyota Vios 2007


This new Toyota Vios is bigger than the previous version. It is also looks like Toyota Yaris in sedan version. Somehow I start to think of manatee (dugong) whenever I see this car’s front side. It is due to the shape of radiator grill, bumper and headlamp. I just imagine that a manatee moving on the road base on the front side. But sometimes, I see this front side car is smiling. Its back side looks bit sag because of the plate number section and rear lamp design.

I think this Toyota Vios is targeted to the people in 40’s year old or, because the design is simple. If this car for the younger generation buyer, it should be made more sporty and cool. The design of the car also looks girlish, maybe it is suitable for females. Overall, I feel nothing new and exciting design.

Thursday, September 18, 2008

Dasar Ekonomi Baru

Berbalik kepada sejarah kemerdekaan negara kita Malaysia 51 tahun dulu, para pejuang kemerdekaan menuntut supaya negara kita bebas daripada penjajah. Kemerdekaan bertujuan menjamin kehidupan yang lebih baik terutama sekali kepada generasi seterusnya. Buktinya adalah 'orang kita' dapat hidup dengan selesa ditambah pula dengan kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apakah kesalahan DEB sampaikan ia dicerca, dihina, dipijak dan dimaki oleh orang kita sendiri? DEB telah berjaya dan melahirkan ramai orang kita yang bertaraf profesional. Yang menjadi masalah adalah dari segi perlaksanaan DEB yang sedikit lemah.

Motosikal mungkin boleh dijadikan contoh yang paling mudah untuk difahami oleh puak-puak yang mempunyai penyakit susah untuk faham dan sengaja tidak mahu faham. Tujuan utama motosikal dicipta oleh manusia adalah untuk memudahkan manusia bergerak dan melakukan kerja atau rutin harian. Tetapi motosikal ini telah disalahgunakan oleh segolongan Mat Rempit untuk melakukan aksi-aksi yang merbahaya dan berlumba di jalanraya.

Dalam kes motosikal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah motosikal ataupun penunggang yang telah menyalahgunakan kemudahan ini? Golongan yang berfikiran waras pasti menyatakan bahawa penunggang yang patut menerima hukuman bukannya motosikal yang telah disalahgunakan ini dibakar lalu dihapuskan.

Begitu juga dalam konteks DEB ini, golongan pelaksana yang patut bertanggungjawab sekiranya terdapat penyalahgunaan serta penyelewengan dan bukannya DEB yang patut dipersalahkan dan dijadikan alasan untuk ditamatkan riwayatnya. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar. Gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah untuk berfikir secara waras.

Ingatlah bahawa DEB diwujudkan demi masa depan kita, orang kita dan generasi kita yang seterusnya. Jangan sesekali menjadi penderhaka kepada bangsa kita sendiri dan rela dicucuk hidung oleh orang lain.

Sekiranya kita gagal mempertahankan DEB hari ini, kita pasti akan dipersalahkan oleh generasi kita kelak.

Monday, September 15, 2008

17 September

Tun Dr. Mahathir dijangka akan menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula UMNO pada 17 September ini. Satu majlis yang sederhana akan diadakan di Putrajaya bagi meraikan penyertaan semula Tun ke dalam UMNO.

Semoga segala perancangan untuk membawa perubahan kepada UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya akan menjadi kenyataan dengan bantuan dan kehendak Allah s.w.t.

Friday, September 12, 2008

16 September

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan 16 September ini sebagai tarikh keramat bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk menubuhkan kerajaan diperingkat persekutuan. Tarikh ini juga dikatakan masa yang paling sesuai untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) 'direhatkan' setelah berkhidmat selama 51 tahun sebagai kerajaan Malaysia.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang 16 Sept untuk membuktikan bahawa samada target ini menjadi kenyataan atau tidak. Pelbagai pertemuan dan perancangan telah dijalankan bagi memastikan target ini terlaksana.

Kerajaan persekutuan yang baru boleh dibentuk dengan hanya membawa masuk sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN ke dalam PR. Berdasarkan keadaan sekarang, tarikh penubuhan kerajaan baru ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum diketahui disebabkan beberapa ahli parlimen telah dibawa ke Taiwan bagi menyertai program lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian. Walaubagaimanapun, beberapa pemimpin PR telah berlepas ke Taiwan pada pukul 2 petang tadi bertujuan untuk menemui ahli parlimen BN yang ingin menyertai PR nanti.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa keadaan begini berlaku. Ada yang mengatakan rakyat mahukan perubahan dari kerajaan sekarang yang dikatakan sarat dengan rasuah serta gagal untuk membela nasib rakyat. Ada pula yang mengatakan perubahan ini dirancang untuk kepentingan individu yang terlibat.

Sekiranya target 16 Sept ini berjaya dicapai, sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN yang melompat ke PR boleh dianggap sebagai hipokrit dan tidak mempunyai pendirian yang tetap kerana mereka telah menang dalam pilihanraya yang lepas di bawah parti BN. Sekiranya janji yang dikatakan oleh PR gagal dilaksanakan selepas menubuhkan kerajaan, adakah ahli-ahli parlimen ini akan melompat balik ke BN? Adakah Malaysia akan mempunyai kerajaan setiap 2 atau 3 bulan sekali? Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti ketidakstabilan ekonomi dan keselamatan rakyat.

Ketidakstabilan ekonomi adalah masalah yang amat ditakuti terutama bagi golongan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian di universiti dan akan menempuh alam pekerjaan kelak. Sudah pasti peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah sukar sekiranya negara kita menghadapi masalah kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu.

Secara serius, saya berpendapat untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku, reformasi kepimpinan di dalam UMNO perlu disegerakan dan ditambah pula dengan keinginan Tun Dr. Mahathir untuk menyertai semula UMNO dapat melancarkan proses reformasi ini. Sekurang-kurangnya usaha ini dapat menyelamatkan Malaysia yang baru menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun ini daripada musnah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penggerak kepada perubahan kerana berjaya membuatkan orang kita bangun daripada tidur yang panjang dan enak dibuai mimpi.

Monday, September 1, 2008

Tips Isi Petrol

22 Ogos yang lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen dan RON92 sebanyak 22 sen, masing-masing kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter. Harga diesel pula diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa 23 Ogos.

Penurunan harga ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Terdapat juga kemungkinan penurunan harga minyak ini bertujuan untuk 'memancing undi' berikutan berlakunya pilihan raya kecil P44 parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos yang lalu.

Memandangkan nilai penurunan harga minyak ini kecil dan masih dianggap membebankan rakyat kebanyakan, maka terdapat beberapa tips yang berguna untuk mengisi petrol ke kenderaan anda.
  1. FILL UP YOUR VEHICLE IN THE EARLY MORNING WHEN THE GROUND TEMPERATURE IS STILL COLD. Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground, the denser the fuel. When it gets warmer, petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening, your litre is not exactly a litre. In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products play an important role. A 1 degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.
  2. WHEN YOU'RE FILLING UP, DO NOT SQUEEZE THE TRIGGER OF THE NOZZLE TO A FAST MODE. If you look, you will see that the trigger has 3 stages: low, middle, and high. In slow mode, you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created, while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for your money.
  3. ONE OF THE MOST IMPORTANT TIPS IS TO FILL UP WHEN YOUR TANK IS HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank, the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation.
  4. IF THERE IS A FUEL TRUCK PUMPING INTO THE STORAGE TANKS,WHEN YOU STOP TO BUY, DO NOT FILL UP. Most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.

Diharapkan tips2 yang telah diberikan ini akan memaksimumkan nilai wang anda.

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya, terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.. Insyaallah.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara/i dan atas segala kesilapan yang telah berlaku sepanjang perkenalan kita selama ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Merdeka

31/08/2008 ini genaplah bagi negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-51 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Kemerdekaan yang kita nikmati ini adalah hasil perjuangan wira-wira kita terdahulu bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah sebagai langkah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang maju, aman dan makmur.

Semua rakyat pada ketika itu telah bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa berjuang habis-habisan demi menuntut sebuah kemerdekaan. Konsep bersatu padu dan bekerjasama yang telah diguna ini terbukti membuahkan hasil.

Sebagai rakyat Malaysia yang bergelar generasi merdeka kini, kita mesti bersatu padu memelihara negara kita daripada dijajah semula samada dalam bentuk penjajahan fizikal mahupun penjajahan mental. Mengekalkan dan mengisi kemerdekaan negara ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama demi menjadikan Malaysia yang lebih maju, aman dan bersatu.

Salam Kemerdekaan Untuk Semua..

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Wednesday, August 13, 2008

Crude Oil USD114.02

harga minyak mentah dunia sekarang USD114.02..nampak cam semakin menurun..lagi byk turun lagi bagus sblm 1st sept ni.so boleh la govt revise harga n reduce the price.hahaha

harap2 turun banyak la.kurang sket beban ni.kalau x susah la.isi minyak moto full tank rm10 tahan xsampai seminggu..teruk2

Tuesday, August 12, 2008

08/08/08 - TU23 Tempang Lalu Tumbang

assalamualaikum..

masih x terlewat untuk aku post story gempak ni yang berlaku pada hari jumaat petang bertarikh 08/08/08 ..starting dr dalam class Mas Ubaid lg bila Najib (bukan nama sebenar) ajak abu & aku lawan bola kat PES.kononnya nak bagi chance kt aku sebab kalah PES dgn najib sblm 2..

aku x kesah kalah dgn najib ni.1-0 ja pn.dalam 10 game aku menang 9 kali.1 game ja kalah.9 game 2 aku bantai najib kaw2 punya.kalah skali x heran la.apalah sangat..haha

macam biasa, main PES kat rumah najib kat TU23.mula2 abu lawan dengan najib dulu.abu menang 2 game straight.pastu abu lawan dengan pak an plak tapi kalah.bagi aku, abu dah menang dengan najib pun dah kira ok sebab abu ni budak akademi aku & baru berjinak2 dalam dunia PES ni..

kini tibalah masa yang dinanti2kan.game aku yang disaksikan oleh abu (budak akademi aku), dayat demak (saksi @ pihak berkecuali), & pak an (bukan nama sebenar, guru najib @ otai PES kat TU23)..1st game aku menang dengan najib 3-2, 2nd game aku x bagi chance lagi dah terus hentam dia 5-1..haha

bila dah kalah najib pun x puas hati dengan aku.biasa la orang kalah memang cmni kn.dia cabar aku lawan dengan sifu dia plak, pak an..ramai orang cakap pak an ni otai PES kat area TU23.mula2 cuak gak pastu aku ok ja.abu & dayat support aku.thanx for supporting me...

1st game aku tewaskan pak an dgn 2-1..2nd game memang fight.last2 aku menang gak dengan 5-4.haha abis ja game kami kena halau dari rumah 2.aduh nasib baik xkena baling dgn kerusi ka botol ka apa.lega..

yang bestnya budak2 rumah aku yang diketuai oleh gaco & konco2nya sambut kemenangan aku & abu..gaco belanja US pizza malam 2 gak.dapat gak makan US pizza.haha sedap gak...

tarikh 08/08/08 ni jadi sejarah hitam bagi budak2 TU23 & akan tercatit dalam buku sejarah budak sekolah nnt sebab kalah PES dengan aku.haha untuk geng2 rumah pdud aku mintak maaf banyak2.bukan nak kutuk TU23 ni tapi dah memang kenyataan TU23 ni tempang lalu aku tumbangkan pada 08/08/08....

kepada najib & pak an, kalau nak revenge game, jumpa aku tahun depan pada 09/09/09 nanti ok.insyaallah kita akan jumpa lagi..

jangan marah ya kawan2..jz kidding!!!!!

wassalam

Sunday, August 10, 2008

Formula Varsity - UTeM in 2nd Place

UTeM Formula Varsity sempena pesta konvo ke-4 kali ni mmg mantap compared dgn dulu.congrats to the organizer FKM, FaMESA & supporters (especially BMCA & BMCD's students la)..klu xda supporters ni msti kurang meriah la race sbb xda org yg nk sorak n buat 'ombak'...haha..

kereta ni kurang mantap especially acceleration.starting pn dah kena potong.dr no 3 trs jd no 4.kalau kat corner ok.maybe suspension keta ni sempoi, so time corner bleh la nak potong team len.tp kat jalan straight kna tggl la..design pn smart.congrats la kat team yg develop keta ni...next FV kna repair blk apa yg kurang utk race kali ni.insyaallah bleh menang...

keta poli s.alam mmg laju & mybe driver pn terrer sbb 2 menang.nottingham plak menang kt design keta ja.performance hampeh.aku rasa keta ni sesuai utk join FV's autoshow ja la..UPM n Poli k.bharu out terus.ntah pa prob kt keta pn xtau la...

ni la result utk race td:

  1. Politeknik s.alam
  2. UTeM
  3. Nottingham Uni
  4. UPM (DNF)
  5. Poli k.bharu (DNF)
so kpd mber2 yg x p tgk td leh la usha pic2 ni...







blogger

assalamualaikum....

blog ni br siap.penat gak nk bt.haha...nsb baik ada technician yg brnama atai (abu).so beres la...

apa2 aktvt brkaitan dgn diri aku akan ada dalam blog ni nnt.insyaallah...

so kpda sesiapa saja yg nak bg comment/kritik/idea dipersilakan..tapi dgn bahasa & ayat yg sopan la..BUDI BAHASA BUDAYA KITA....

TQ..

wassalam..