Saturday, August 30, 2008

Merdeka

31/08/2008 ini genaplah bagi negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-51 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Kemerdekaan yang kita nikmati ini adalah hasil perjuangan wira-wira kita terdahulu bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah sebagai langkah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang maju, aman dan makmur.

Semua rakyat pada ketika itu telah bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa berjuang habis-habisan demi menuntut sebuah kemerdekaan. Konsep bersatu padu dan bekerjasama yang telah diguna ini terbukti membuahkan hasil.

Sebagai rakyat Malaysia yang bergelar generasi merdeka kini, kita mesti bersatu padu memelihara negara kita daripada dijajah semula samada dalam bentuk penjajahan fizikal mahupun penjajahan mental. Mengekalkan dan mengisi kemerdekaan negara ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama demi menjadikan Malaysia yang lebih maju, aman dan bersatu.

Salam Kemerdekaan Untuk Semua..

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

8 comments:

ilovegrip said...

Salam saudara...

Negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Adalah di sini saya ingin mengatakan yang walaupun zaman sekarang serba canggih dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi, pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris adalah penting bagi memastikan negara akan bertambah maju dan mampu bersaing dengan negara-negara maju.

Tetapi janganlah sekali-kali lupa akan bahasa kebangsaan kita yakni Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, di sini saya ingin membuat sedikit pembetulan.

Tanggungjawap = tanggungjawab

Sekian harap maklum.

Palllllllaaaaaaaaaaaa...

ilovegrip said...

Sedikit pembetulan..

Bahasa Melayu kini dikenali sebagai Bahasa Malaysia dan merupakan antara subjek-subjek yang diajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Syammil said...

ilovegrip..

do u have a problem with ur eyes?? r u blind??

gaco said...

adakah kemerdekaan bererti peluang untuk kehulu kehilir mengusung bendera menantikan tepat detik 12 tgh malam 31 ogos??

dimana silapnya hingga terjadi begini?

Syammil said...

saudara gaco..

membawa bendera negara kita yang tercinta ke sana sini untuk menunggu detik 31 ogos tidak salah sebenarnya jika ia dilakukan dengan cara yang betul.

tujuan utama kita membawa bendera pada malam 31 ogos ini adalah untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepada negara yang telah mencapai kemerdekaan.tetapi terdapat segelintir 'orang kita' yang membawa bendera sambil menunggang basikal dan motosikal dengan cara yang tidak betul telah mengundang bahaya bukan saja kepada diri mereka sendiri tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.

bagi saya masalah ini berpunca daripada diri mereka sendiri.mungkin mereka tidak berfikir mengenai keselamatan atau pun sengaja tidak mahu berfikir.punca yang kedua adalah ibubapa mereka.adakah ibubapa mereka tidak pernah mengambil tahu mengenai aktiviti anak2 mereka terutama sekali aktiviti malam sehingga anak2 mereka menjadi liar dijalan raya?

kerajaan, ibubapa dan masyarakat merupakan golongan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini.

masalah ini merupakan masalah lapuk.tetapi jika kita tidak perbetulkan keadaan dan mencari jalan penyelesaian terbaik, masalah ini akan terus berlaku sampai bila2 dan mungkin juga akan menjadi lebih serius.

masalah 'orang kita'. dulu,kini, dan adakah ia akan terus berlaku untuk selamanya?

Anonymous said...

bknkah pada malam merdeka lebih baik kita duduk di masjib berarami2 mmebaca doa selamat moga dijauhkan Malaysia dpdp sbrg anasir yg cba mgganggu gugat negara ini dpd terpekik terlolong di tgh padang mengundang maksiat yg semakin berleluasa.dapat gak jimat duit rakyat dpd mmbeli bunga api yg mhal yg harga nya tah bpe puluh ribu tah (ratus ribu rggt kot).

Anonymous said...

sy suke bc blog anda..
menarik..
betul 2 ..klu x de DEB..org melayu x kan semaju skang...
hargailah pengorbanan pejuang kemerdekaan ...tunku abdul rahman...
tun razak..tun hussein onn...tun mahathir....
same2 lah kt memajukan negara dan kt...DEB byk bjasa dlm eko MAS..
dan sy berharap agar negara ini x djajah lg...
skang nie dah nampak tali barut US yg semakin bleluasa...
sy x nak lg djajah n bperang...
sy takut...
dah 51 thn merdeka..
kt jgk kene mmerdekakan jiwa kt...
open ur mind...
wahai anak melayu...
jgn layu...
kt kena bsaing dgn kaum lain..
jgn jd mcm Singapore..
org melayu dtindas dsane...
wahai umat islam ...
bangkitlah..
marilah kt bersatu dan jgnlah bpuak2....
tgk pe yg jd kat Iraq, afghanistan...
renung2 kan...

Syammil said...

to anonymous, keep on visit & view my blog.

but it is better for u to mention ur name/nickname for ur comment

thanx for ur support..