Saturday, October 25, 2008

Harga Petrol RM1.92 seliter?

Umum mengetahui kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada 10 Oktober lepas bahawa harga runcit petrol mungkin akan diturunkan ke paras RM1.92 seliter, jika harga minyak dunia berada dibawah paras UDS72 setong.

Ketika artikel ini ditulis, harga minyak dunia berada dibawah paras terendah sejak setahun lalu, iaitu sekitar USD65 setong. Harga tertinggi minyak dunia pada Julai lalu iaitu sekitar USD146 setong menyebabkan kerajaan mengambil langkah tergesa-gesa untuk menaikkan harga runcit petrol menjadi RM2.70 seliter pada ketika itu.

Kini harga minyak dunia adalah kurang separuh dari harga tersebut. Secara logiknya jika harga minyak mentah turun separuh, harga runcit petrol juga sepatutnya diturunkan separuh dari harga tertingginya menjadi RM1.35 seliter.

Tetapi saya tidak mengharapkan penurunan harga runcit petrol yang drastik kerana ia mungkin memberi kesan lain terhadap ekonomi negara kita. Cukuplah dengan RM1.92 seperti yang dijanjikan dahulu walaupun saya meragui ianya akan dilakukan disebabkan oleh ribet yang telah diberikan kerajaan.

Semalam, Datuk Shahrir menyatakan bahawa harga runcit petrol akan diturunkan pada 30 Oktober atau 1 November nanti. Justeru, apakah kerajaan bersedia menunaikan janji menurunkan harga runcit petrol kepada RM1.92 seliter?

7 comments:

gaco said...

aku cam dah bosan ar pasal harge minyak nie.. x stabil.. dah malas nak amik tau wlupun harga minyak yg tinggi amat memeritkan pada hakikatnya.. Tinggi mane pun harge minyak still kena isi juga dan rendah manepun still kena isi juga.. sendiri mau ingat ar..

Hadi inc. said...

btul tu ayah coooo... nk wat camna,,kta ni pembeli ja,,klau dh itu ja harga nk wat camna... wat tu sey, len la klau bleh watcam ngara len siap ada minyak sayur,biomas la,, ethanol la... kta ja yg krg skit usaha nk cr alternatif nih...

Syammil said...

hadi..sikap tak kisah rakyat Malaysia camni la yang buatkan kerajaan tidak mahu turunkan harga minyak..

dah kena 'belasah' dengan DS Anwar dalam debat harga minyak pun kerajaan masih tak sedar lagi..

at the time, we are looking for the alternative fuel..NGV, LPG, hydrofuel...

Hadi inc. said...

abis klau top gun pun wat xtaw ja, xamik kisah org awam cam kita,,, mentang2 dorg dh lpas perut dorg,,

sapa nk dngar suara kita nih,,,, wat perhimpunan camna pun slap2 ISA, tulis blog camni pun bleh kna nih(nama ja demokrasi)... so baek ak diam2 je la.... nk watpa lg... kta bleh ngundi ja..

Syammil said...

perhimpunan aman ok lagi.macam perhimpunan Bersih tu..jangan la buat cam hindraf.habis semua harta benda awam dirosakkan.memang patut pun kena masuk ISA..

selagi kita menulis dalam blog yang tidak mempunyai unsur menghasut dan menyentuh sensitiviti mana2 agama dan kaum, Insyaallah ISA tidak boleh digunakan..

Mohd Hanif B Md Yusuf said...

minyak oh minyak... jgn la bersandiwara lagi..

Anonymous said...

minyak?? ini satu isu klaka yg kita dok bncg.kjaan sedar sbnarnya penurunan hrga minyak mberi kesan besar kat ekonomi malaysia sbb kini malaysia terpaksa jual minyak pada harga yg murah.pendapatan kjaan pon akn sedikit tergugat.so sbb 2 diorg x tergesa2 turunkan harga minyak sbb da la rugi hrga minyak turun skang rugi lagi nak tambah subsidi kat rakyat.nk wat lagu mna da awai2 lagi rakyat da kena tipoo kononnya hrga minyak naik so kita kna naikkan hrga minyak.skang hrga minyak turun mendadak mengaga masing2....