Thursday, September 18, 2008

Dasar Ekonomi Baru

Berbalik kepada sejarah kemerdekaan negara kita Malaysia 51 tahun dulu, para pejuang kemerdekaan menuntut supaya negara kita bebas daripada penjajah. Kemerdekaan bertujuan menjamin kehidupan yang lebih baik terutama sekali kepada generasi seterusnya. Buktinya adalah 'orang kita' dapat hidup dengan selesa ditambah pula dengan kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apakah kesalahan DEB sampaikan ia dicerca, dihina, dipijak dan dimaki oleh orang kita sendiri? DEB telah berjaya dan melahirkan ramai orang kita yang bertaraf profesional. Yang menjadi masalah adalah dari segi perlaksanaan DEB yang sedikit lemah.

Motosikal mungkin boleh dijadikan contoh yang paling mudah untuk difahami oleh puak-puak yang mempunyai penyakit susah untuk faham dan sengaja tidak mahu faham. Tujuan utama motosikal dicipta oleh manusia adalah untuk memudahkan manusia bergerak dan melakukan kerja atau rutin harian. Tetapi motosikal ini telah disalahgunakan oleh segolongan Mat Rempit untuk melakukan aksi-aksi yang merbahaya dan berlumba di jalanraya.

Dalam kes motosikal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah motosikal ataupun penunggang yang telah menyalahgunakan kemudahan ini? Golongan yang berfikiran waras pasti menyatakan bahawa penunggang yang patut menerima hukuman bukannya motosikal yang telah disalahgunakan ini dibakar lalu dihapuskan.

Begitu juga dalam konteks DEB ini, golongan pelaksana yang patut bertanggungjawab sekiranya terdapat penyalahgunaan serta penyelewengan dan bukannya DEB yang patut dipersalahkan dan dijadikan alasan untuk ditamatkan riwayatnya. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar. Gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah untuk berfikir secara waras.

Ingatlah bahawa DEB diwujudkan demi masa depan kita, orang kita dan generasi kita yang seterusnya. Jangan sesekali menjadi penderhaka kepada bangsa kita sendiri dan rela dicucuk hidung oleh orang lain.

Sekiranya kita gagal mempertahankan DEB hari ini, kita pasti akan dipersalahkan oleh generasi kita kelak.

54 comments:

Anonymous said...

i support and agree with your article. a rational thinking is really important in order to produce a good result.Congratulation syimmil, because you are rational.

Anonymous said...

i'm agree with anonymous...

but who is syimmil...it is syammil kan? typing error...

lol

zaidy said...

agk btul tp moto yg mat rempit pkai 2 kan yg da di ubahsuai.korek blok,tuka krburtor,pasg 2 pasg ni.ble polis dapt moto 2 diorg trus simpan utk dilupuskan.bkn kah dlm kes ini kdua2nya mndapt bahana nya????

Anonymous said...

syimmil is the syammil's indulgent name at his village.

anonymous 2 said...

owh..i dunno lak bout dat... better i ask 'syimmil'...hee
sorry for misunderstanding..

Syammil said...

for those who wants to give a comment, please write your name/nickname for each comment.this will show your confident level..

apakah motosikal patut dihapuskan dan diharamkan penggunannya di Malaysia disebabkan terdapat segelintir mat rempit yang telah menyalahgunakan kemudahan ini?

kelambukah yang perlu dibakar sekiranya kita marahkan nyamuk?

tidak hairan sekiranya dasar ini dikritik oleh orang lain, tetapi menjadi pelik apabila dasar yang memberi keuntungan kepada 'orang kita' dan secara tidak langsung kepada orang lain dikritik dan dipersoal oleh 'orang kita' sendiri.

apa sudah jadi dengan 'orang kita'? jangan sampai generasi kita suatu hari nanti menangis air mata darah.

kepada mereka yang tidak mahu faham mengenai kepentingan kita membela DEB, jutaan alasan akan diberi demi memastikan agenda peribadi tercapai tanpa menghiraukan nasib agama dan bangsa sendiri.

msr said...

itu sudah pasti. kelambu yang bocor sudah x bleh dipakai lagi x kesah la walaupun ia baru dibeli. btol x? mungkin kite boleh guna alternatif lain seperti menggunakan ubat nyamuk. kan ia lebih baik. kelambu tu bleh la dilipat dan disimpan dalam almari..amacam? lu pikir la sendiri

Syammil said...

msr..

Sebut pasal alternatif, semua orang percaya ia akan membawa kebaikan kepada kita.tetapi ia tidak sama sekali.

Ubat nyamuk menggantikan kelambu?pernahkah kita terfikir mengenai kesan ubat nyamuk ini terhadap kesihatan diri dan orang kita sendiri?

Kajian bersama Universiti Perubatan dan Pergigian New Jersey, Universiti Rutgers, Amerika Syarikat serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati asap ubat nyamuk di negara ini mengandungi banyak sebatian organik yang tidak termasuk karsinogen, iaitu ejen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UKM, Prof Dr Jamal Hisham Hashim, yang terbabit dalam kajian itu berkata, ubat nyamuk juga menghasilkan gas formaldehyde yang turut ada dalam asap rokok.

Apa salahnya jika kita membaiki dan menampal balik kelambu bocor yang telah terbukti dapat menghalang nyamuk itu?

Apa rasionalnya kita menggantikan 'kelambu' dengan 'ubat nyamuk' yang terbukti boleh membahayakan dan memudaratkan 'kesihatan orang kita'?

iTaCHie said...

zaman smakin moden byk ubat nyamuk dipasaran skang yg terbukti tdk mmudaratkan seperti pghalau nyamuk jenis cecair di mana kesan nya mghalau nyamuk 150% lg baaik dpd mggnakan klambu.zaman semkn cggh byk lg bnda bru boleh diteroka dpd kita guna bnda lama lebih baik kita gntikannya dgn sesuatu yg lbih efektif serta xmemudaratkan.

Syammil said...

itachie/zaidy..

apa sumbangan DEB terhadap hang?apa dosa dan kesalahan DEB sehingga hang terus menghina dan mahu menghapuskan DEB yang telah berjaya membela nasib bumiputera dan bukan bumiputera secara tidak langsung ini?

iTaCHie said...

xde salah pe2 cuma sudah xrelevan lagi.sma mcm hg d hp lma pas2 hg jual hp lama beli bru.apa salah hp lama 2 kt hg yg hg jual dia.same answers..xrelevan buat masa skang...

Syammil said...

oh tidak..aku still pakai hp lama lagi..

zaidy, tolong jawap soalan aku pasal sumbangan DEB tu terhadap hang dan juga untuk orang2 melayu khasnya..

aRiF AbDuL WaHaB said...

hahaha...

DEB.. org cina mmg suka sgt kalau DEB dimansuhkan...kerana jika dasar baru hendak diwujudkan menggantikan DEB...

Perjanjian untuk menghasilkan dasar baru itu boleh dikawal oleh bangsa lain kerana kekuasaan mereka dalam ekonomi...hehehehe

Jadi...adakah sbrg dasar baru yang dibentuk dpt menjamin bangsa melayu tidak dipinggir?Adakah dasar baru itu akan dipengaruhi anasir luar...sperti apa yg terjadi kepada amerika yg dasarnya dipengaruhi oleh yahudi?

Pkir2 kanlah...apa salahnya memperkuatkan sistem dasar sedia ada...drpd mewujudkan dasar baru yg sistemnya belum terbukti berkesan....

ilovegrip said...

haha what a great topic....
percayalah..DEB dh byk mmbantu mengembangkan ekonomi Malaysia..dan saya pasti anda semua telah mendapat manfaat darinya...

kita mesti jln ke hadapan TETAPI jgn sesekali lupa utk toleh ke belakang...

cuba anda yg berkenaan beri alasan mengapa DEB dh x rasional lg? teringin juga aku insan yang marhaen ini utk m'dgr...

it's not about the job, it's always about the people who responsible to run the job....

kita rakyat Malaysia sepatutnya bersatu utk jaga keamanan negara, tingkatkan kemajuan ekonomi negara...

aku x menyebelahi mana mana pihak..
aku just bgtau apa aku rasa..kalo ada salah & silap..boleh lah kalian tegur...

sekian...

Seyn said...

it is about how we treat DEB or the mentality of us towards the existence of DEB.malay is losing because we fail to generate good mentality to think things.what differ the malay with other races is how we think of something.from melaka sultanate era to paklah era, the problem remains the same.but still,we look DEB as our problem.we lack the power of thought but extreme with the power of shout and emotion.i always emphasize that in order to generate better malayan,should we reform Malaysia,or reform DEB,or simply just reform OURSELVES first?

create the thinking,not shout other thinkings.

iTaCHie said...

syammil...
DEB mmg telah byk mmbantu usahawan melayu menigkatkan taraf hidup mereka ttpi malangnya DEB hanya mmbantu mmberikan kontrak kecil2 shja stakat repair paip,buat lgkang,buat bgnunan sekolah tp bgaimana pula dgn projek2 mega kjaan.penahkah mereka mnagambil peduli DEB??xpenah pun saya pk.projek perkampungan islam di terengganu yg menlan kos beratus juta rggt xpula diberi kpd org melayu ttpi kontraknya diberi kpd patrick Lim org bkan melayu.pelaksanaan WPI pulak lg dahsyat krna ad pemimpin UMNO sndr kta kt perlu ketepikan DEB utk mmbina WPI.bagaimana ak nk myokg DEB sdgkan kjaan sndr pun mmberi sokongan secra tarik2 tali.
mmg DEB xsalh tp klu btul2 nk laksakan DEB bkan pemimpin yg sbegitu yg kita nk.nak laksankan DEB kt kne tuka dlu semua pemmpin yg korup bru boleh dilaksanakn.

skang da thn 2008.tempoh DEB yg salama 20thn yg bermula dpd thn 1971-1990 tidak mncapai matlamat.cdgn mmbasmi kmskinan dikalangan org gagal,ekuiti pernigaan 30% pun gagal jai apa yang DEB berjya sbnarnya???

p.s: DEB xgagal tp pemimpin kita yang gagal....

Syammil said...

zaidy..

hang setuju tak kalau aku cakap yang DEB ini tak berdosa?

pasal patrick lim, ramai orang tau dia ini ibarat anak kesayangan PM.sebab 2 DEB dikecualikan.

WPI atau Iskandar Malaysia ni projek PAK LAH.yang untung kat projek ni singapore.apa specialnya singapore?tanya paklah..

yang salah dalam hal ini, tak lain tak bukan pemimpin2 UMNO yang tamak haloba.kalau mahu kekalkan DEB, kena ada reformasi dalam UMNO.pengkhianat bangsa ini mesti disingkirkan.

UMNO mesti BERANI BERUBAH!!

DEB UTK MELAYU said...

aku sebenarnya dh taip komen tadik..tapi serverdown..mls taip balik pjg2...hahahah pepun aku nak bg cdgn, bg sesapa yg rs komen dia leh menyebabkan dia masuk ISA (kutuk p.lah etc), baiklah korang taip komen gune Name/URL jek...takut kang ada yg tak sempat grad kalangan kita...adeih

zaidi:

erm...hg rasa la kan, ape yg buat sasaran DEB semua tak berjaya? kalau hg penah bc buku ttg matlamat sasaran DEB yg pernah dikeluarkan beberapa tahun dahulu dan artikel2 berkaitan DEB sewaktu org2 cina menyuruh kerajaan dibwh pimpinan Dr. M menyingkirkan DEB, pasti hg tau ape sbb nya...

Bukan nak ckp besar, ayah aku dan rakan2 dia adalah antara produk penting dalam melaksanakan DEB dlm sektor pendidikan (dia tolak tawaran sebagai duta Malaysia ke Vietnam sewaktu Vietnam masih duk perang)...ayah aku dan rakan2 nya masuk di bawah perancangan sulit kementerian plelajaran ketika itu dlm mengubah monopoli jwtn tertinggi dlm sekolah drpd byk 'cha' kepada byk 'ma' sekitar awal 80'an. Kalau takde DEB, pasti mende alah niyh dituduh sebagai menimbulkan isu perkauman...

Yg aku lihat, DEB ini gagal capai sasaran sebab MELAYU MUDAH LUPA... n sebb kita sendiri bangsa melayu niyh amat lemah dlm byk segi banding bangsa-bangsa lain... sesama kita, kita bergaduh sbb lain politik...sesama kita saling menjatuh kalau ada persaingan tertentu... org ni buka bengkel tayar laku, org len pon nak buka bengkel tyr kat situ gak...ish3..

bangsa lain, sambil duk api2 kan kita, duk gelak terkekeh2 kerana kebodohan kita (aku dan sebilangan besar bangsa ku)...

kita ni kalau tak disuap, kita gagal, klu disuap pulak kita lupa...nak buat mcm mn...kononnya bersyukur n redha dgn apa yg ada...

mcm seyn suh kita pk la kan, ubah dasar yg dh kukuh atau ubah pengkhianat bangsa dan budaya melayu mudah lupa itu sendiri...

aku org melayu, dan aku hrp menjadi melayu seperti Tan Sri Ahmad AlBukhary atau Allahyarham Tan Sri S.M Nasimuddin....Bukan menjadi melayu yang mudah lupa dan sentiasa nak berada dlm zon selesa sambil membuta tuli dgr apa saja org kata...

salam...(sowi nama sebenar terpaksa di hide atas sebb2 tertentu)

aRiF AbDuL WaHaB said...

erm...tul tu..baik jgn guna blog id ke atau ape2 ke...jgn lak guna anonymous...guna jek Name/URL tuh kalau rasa bleh masuk ISA sbb komen kita bagi...

selamat idup...hahahaahahaha

Anonymous said...

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

p.s: UMNO yg mudah lupa

AZRI said...

Apa gaduh2 pasal DEB ni?????Apa yang korang tahu pasal DEB???

Korang ada bukak business ke???
Syammil ada dapat projek ke???
Ekuiti bumiputra dah lebih 30% ke dalam banyak bidang???

Kalau ada 10 bengkel ada cukup tak 3 bengkel melayu???
Kalau 10 kedai kat dataran pahlawan ada cukup tak 3 kedai melayu (tak termasuk kedai kraf tangan yang terperosok ke belakang)???

Setelah lebih 30 tahun adakah DEB berjaya menambah 1% pegangan bumiputera setiap tahun???

Betul kata syammil, DEB tak salah...Matlamat pewujudannya juga murni...Tapi mungkin perlaksanaannya pincang...

DEB tu macam syammil cakap la...motorsikal yang mak bapak beli untuk anak di pergi sekolah...tapi pergi merempit....
Macam juga projek yang kerajaan bagi pada usahawan melayu, tapi diorang pergi sub-con kan pada kaum lain...

Penat la aku dengan masalah melayu ni...Melayu ni kena keluar dari zon selesa supaya mereka sedar tahap mereka berbanding kaum lain...

dasar pecah dan perintah british dah lebih 51 tahun berlalu...Takkan kita masih nak jadikan ia alasan...tak cukup ke 50 tahun...orang melayu dah perintah 50 tahun dah....Mamak mydin, subaidah tu pun boleh berjaya...dulu british pecahkan mamak kat mana, aku pun tak pasti....huhu

sejauh mana melayu perihatin dengan masalah melayu yang lain???
Kembalilah pada islam...cukup2 lah dengan assabiah ni...jangan main sentimen kaum lagi...Biar kaum lain menghormati kita sebagai umat islam yang bersatu dan berpegang dengan tali Allah...Kalau non-muslim berminat, mereka boleh sertai kita....Kita akan bertambah kuat...

Tapi cina Sampai mati pun tak boleh jadi melayu, dan melayu pun Sampai mati tak boleh jadi india...
Kacukan je boleh...huhu...

Fikir2 kanlah...Wasalam.

Anonymous said...

DEB adlah bnde lama
apakata kt gantikan dgn dasar baru yg lebih terjamin utk org melayu

-cadgn saya-

AZRI said...

Kita ganti dengan DEL (Dasar Ekonomi Lama)...huhu

Anonymous said...

Dasar Ekonomi Lama xxbset sbb dasrnya sma macm dasra British pecah dan perintah.Dasar yang sesuai adalah Dasar Ekonomi Islam yg lebih adil utk semua org.........

p.s: DEI yang berpandukan syariaa,menolak krononisme,nepotisme dan bermcm2 me lg lahh.....

DEB UTK MELAYU said...

kesimpulannya,lantik Nik Aziz jadi PM, dan dibantu Najib Tun Razak dan Muhyidin Yassin...

Semoga dgn kombinasi niyh Najib xwat hal, kerajaan teguh berasaskan Islam...Namun masih mampu maju bersaing di mata dunia dgn perkembangan ekonomi yg sihat...

Namun mahukan PAS & BN bersatu?

Atau hy nak biaq Anwar yg tah hape2 tuh kacau bilau kan kita?

ermm...hope korang leh wat poll psl bnda niyh, apa yg korang sokong...

PAS gabung ngan BN atau biarkan Anwar jadi P.M...hahahaha

Anonymous said...

nk najib altantuya 2 jadi TPM???
nmapak gayanya sx lagi la RM580juta wang rakyat disonglapnya atas alasan KOMISYEN............

Syammil said...

kebanyakkan komen dalam post ini menyokong kewujudan DEB.walaupun pada awalnya ada pihak yang menentang DEB dan mahu ia dihapuskan.tetapi kembali menyokong dasar ini setelah mengetahui DEB ini tidak bersalah sama sekali.

masih lagi terdapat cadangan yang mahukan DEB ini dihapuskan atas alasan sudah lama dan mahu diganti dengan dasar baru yang menjamin hak orang melayu.

terdapat beberapa soalan yang bermain difikiranku..

apakah perlunya satu dasar baru bagi menggantikan DEB yang konkrit dan telah terbukti menjamin hak orang melayu sehingga sekarang ini?

dasar ekonomi islam yang lebih adil untuk semua kaum?apakah jaminan orang melayu islam tidak terpinggir di bumi sendiri?

GriP i HaTe said...

laa...kan nak letak Nik Aziz sbg P.M...

xkan Nik Aziz lembik cam Pak Lah gak kut, xleh control rasuah Najib? hahahahaah

deb utk melayu said...

erm...bagi saya...walau apa pun dasar yang ingin diwujudkan mestilah pada hy dan ketika MELAYU itu bersatu padu!

Jika tidak, saya percaya, org melayu sana kat tak boleh, org melayu sini kata mcm niyh...last2 'cha' kata mcm niyh...last2 kuar dasar ikut kata 'cha'...tak pun kata 'alif dibawah nun da dibawah alif diatas'....

Dasar ekonomi islam? cdgn yang baik namun adakah ianya nnti akan digubal secara bijak sebagaimana DEB?

DEB niyh ms digubal, org bangsa lain tak perasan kesan sebalik dasar tu...lgpun at that time, cha takut ngan kuasa Melayu...

Tapi lani aku konfem, bangsa lain akan lebih berhati2...n depa tak takut dgn bngsa melayu dah sebb bangsa kita berpecah2...siap ada yg dh jadik boneka utk mengkhianat bangsa...

Ape pun tuan moderator...sila lah buka topik baru plak...bez berdebat kat sini melihat adakah rakan2 kita mengenal sejarah bangsanya atau tidak...mengenal kelemahan bangsanya atau tidak...dan plg penting adakah bercakap realistik atau tidak...

Saya pun ada tipu2 gak dlm komen saya...jadik hrp dimaafkan....

islam teras keharmonian said...

klu saudara syammil nk jaminan sya berkata Allah boleh beri jaminan asalkan dasar itu benar2 islamic, mengikut al-Quran dan Assunnah.sampai be kte nk brpegang pada fahaman assabiyah ni kerana kelak ianya merugikan kita sendri.Rasulullah berusaha menghapus kan fahaman asabiyyah dikalngan umatnya ttpi sudara dri td melaungkan hak kaum saudara....klu dari sebelum merdeka lagi kita xerpengaruh dgn ajaran kafirullah lord reid mengenai fahaman kebangsaan dan menerima Islam sebagai teras pembentukan negara saya yakin dgn jaminan Allah yg Maha Agung kita xkan kisah dgn iri hati kpd bgsa lain.

kembalilah kpda ajaran islam.jgn asyik mmperjuangkan hak itu hak ini.pk kan hak kita di akhirat bukan di dunia yang sementara ini.

p/s: Islam teras keharmonian negara.bukan DEB

AZRI said...

sYAMMIL saID:
"apakah perlunya satu dasar baru bagi menggantikan DEB yang konkrit dan telah terbukti menjamin hak orang melayu sehingga sekarang ini?

dasar ekonomi islam yang lebih adil untuk semua kaum?apakah jaminan orang melayu islam tidak terpinggir di bumi sendiri?"
__________________________________

AZRI SaiD:

Syammil...syammil..
DEB tu hanyalah satu sistem buatan manusia...tak dinafikan ada kebaikan, tetapi banyak juga kelemahan...

Aku setuju denga apa yang "Islam teras keharmonian" katakan....Kita semua selaku ummat islam harus yakin dengan system yang turunkan...Dasar Ekonomi Islam contohnya sudah pasti bebas dari riba....Manfaatnya pasti besar untuk semua usahawan kerana sistem kewangannnya yang tidak menekan golongan kerdil baru dalam dunia perniagaan...

Apakah adil sekadar menidakkan hukum Allah tanpa memberi sedikit ruang untuk perlaksanaannya???

Aku yakin bukan islam juga pasti tidak menolak sistem Islam kalau diberi penerangan yang jelas tentang keadilan Islam...

Cuma yang sedihnya terdapat pemimpin ummat islam sendiri yang menakut2 dan memperlekehkan sistem islam sehingga orang bukan islam menolak sistem islam....

Syammil said...

islam teras keharmonian (rasanya zaidy)..

disaat kaum lain sibuk memperjuangkan hak kaum masing2, anda dengan senang hati mahu supaya kita tidak memikirkan soal bangsa kerana ini semua hal dunia.kalau kita ada pemimpin seperti ini, mungkin malaysia boleh bertukar menjadi seperti singapore.adakah anda sanggup melihat ini terjadi?

azri..

thanx sebab guna nama sendiri..

dasar ekonomi islam.mungkin pas boleh guna semua pakar2 ekonomi yang ada dalam pas tu untuk dipraktikkan di negeri2 PR?

islam teras keharmonian said...

saya pelik mengapa kita mesti takut dgn dasar Islam dan berani mengatakan tanpa DEB kita pasti akn ditindas.sekarang saya nk tanya saudara syammil apakah jaminan DEB utk pulak utk memastikan bhawa kaum melayu@Islam khas nya tidak ditindas oleh org lain.Siapa kah yg dapt mmberi jaminan itu semua?Al-Quran?Rasulullah?Allah Sendiri??Mengapa mesti kita tolak hukum yg telah Allh siapkan utk kita.kita kena igt kita nhya makhluk dan hanya pencipta kita shj yg benar2 paham apa yg kita perlukan bukannya makhluk.saudara syammil sdri pun xpasti ap yg saudara syammil perlukan sbnarny (keperluan dgn kehendak adalah 2 perkra yg berbeza ok).kita tgk kelantan sndri yg mengamalakn dasar islam serba sdikit (xdpt wat semua krana byk tntgan dpd kjaan pusat) kelantan berjaya mengekalkan rekod di mana mereka adalah negeri ke-6 termiskin di Malaysia (dpd 14 negeri je). siapa negeri termiskin stakat ni??? Sabah...pastu Terengganu...saudara xpelik ke terengganu punyalah byak minyak dngn royalti myak Rm 7 billion stahun tp negeri kedua termiskin di malaysia???? dlu wktu kjaan pas memerintah tanpa royalti myk (sbb da pg kat idris jusoh lahanat 2) meeka berjya mmperbaiki taraf mereka naik ke kdudukan ke empat.naik shj Bn trus jth ke tggga kedua smula.menegpa jd begini?? kerana mereka menolak dasar islam dan inilah padahnya kerana menjadikan Islam sbgai alat bukannya sebagai teras@asas kepimpinan.negeri Johor yg penyokg kuat BN 2 apa yg terjdi pd negeri mereka?? berhutg cgn syrkt asing shgga mencecah RM 50billion.satu hari nnti kita jgn terkejut la yg Malaysia sudah trgadai ditgn org asing kerana bahana ataupun balasan dpd pencipta kita Allah kerana pemimpin nya yg menolak prinsip Islam serta rakyatnya yg da tau pemimpinnya xbleh paki tapi masih mempertahankan pemimpin yg semacm itu.

p/s: islam teras keharmonian.....

Syammil said...

zaidy..

saya boleh membuat kesimpulan daripada semua komen anda yang berkaitan DEB ini.

anda sama sekali keliru antara dasar dengan perlaksanaan.memang tidak dapat dinafikan terdapat salah guna dan penyelewengan terhadap DEB ini berdasarkan kes2 yang telah anda berikan.

sememangnya kita menentang pengkhianat2 bangsa yang rakus ini.bukannya dasar mulia yang membantu orang malayu ini.ramai pemimpin tertinggi PAS sendiri mengakui bahawa DEB ini bagus dalam konteks mengangkat martabat kaum bumiputera dan bukan bumiputera secara tidak langsung.

saya sama sekali tidak mempertahankan pengkhianat2 seperti ini.disebabkan alasan ini saya menuntut perubahan dalam UMNO sendiri supaya pemimpin yang rakus dan tamak dapat disingkirkan.

kepada zaidy & rakan..

adakah anda bersetuju saya katakan yang DEB ini sama sekali tidak berdosa?

islam teras keharmonian said...

saudara syammil xmenjwb soalan...apa jaminan DEB dalam memepertabatkan agama dan bangsa kita seperti yang saudara syammil mahukan......

deb utk melayu said...

saudara saudari yang dihormati sekalian...sila berucap secara realistik....

kenapa anda tak berani pertikaikan apa yang saya cakap?

kenapa anda tidak mahu melihat kepada realiti?....

Jika bercakap berkenaan Islam...sy cdgkan anda lihat diri anda dahulu....adakah anda pengamal sunnah? adakah anda tak malu utk jalan dari rumah ke rumah untuk berdakwah sepertimana Rasulullah s.a.w?

bagaimana hendak buat dasar ekonomi islam kalau orang islam itu sendiri hy islam atas nama?

Lagipun, adakah dgn pelaksanaan dasar ekonomi islam nanti mampu menjamin penerimaan menyeluruh seluruh bangsa?

mmg menjadi idaman saya sbg slh seorg cucu kpd Ustaz Hussain Bin Said...(sape belajar kat salah satu Madrasah di Kuala Kangsar dan salah satu Madrasah di Pekan Darat Penang tau la kut)...untuk melihat umat islam cemerlang dan gemilang mengikut sunnah Rasulullah...

Namun...berbalik kepada bangsa kita sendiri la kan....kalau dahulu umat islam di pandang tinggi kerana akhlak dan ilmu yg mereka ada... tapi apa yang kita ada sekarang?

Kamu2 semua ini...bagi saya la kan...adakah antara segolongan besar yang mudah lupa akibat keselesaan yang kamu dpt melalui DEB....

DEB bukan sekadar berkaitan ekonomi...tetapi maruah bangsa...bagaimana kita nak umat islam dipandang tinggi jika Umatnya tidak berilmu dan berakhlak tinggi?

Permulaannya adalah DEB...bila semua umat islam di Malaysia ini sudah kukuh dr pelbagai cara...dan memonopoli semua perkara (berkuasa dalam ekonomi Malaysia sekurang2nya) barulah kita punyai kuasa untuk mengawal segala2 nya mengikut acuan Islam...

Macam sekarang ni, org yg jujur akan ditindas...sebagaimana pak lah la kan (Penuntut bidang Pengajian Islam U.M dan merupakan kepada Ustaz Ahmad Badawi...antara pengasas Madrasah kat Pekan Darat yg merupakan cucu kepada Abdullah Fahim)...Dia masa memula jadi PM, membawa imej yang sangat bersih dan lain2...tapi sebab dunia mmg kejam...ekonomi jatuh kuasa tergugat...

apa sebb nya itu?sebbnya bukan umat islam yang pegg ekonomi malaysia...sape majoriti islam di malaysia?bangsa melayu....
bagaimana nak kukuhkan ekonomi org melayu, DEB sebagai permulaan....

Jadi..kalau anda2 semua hendakkan DEI dilaksanakan...pastikan anda2 semua mengawal ekonomi Malaysia ini...barulah bangsa lain ikut telunjuk kita....

Sedangkan USA yang konon nya hebat itu pun terpaksa jadi telunjuk Yahudi kerana ekonomi mereka dipegang Yahudi...

Org Islam sekarang nih kurang berusaha...Yahudi nak jatuhkan Islam...mcm2 mereka rancang sejak beratus2 tahun...tapi org islam zaman sekarang pulak mcm mn?

so sekarang anda ada rasa nak improve diri menjadi umat islam yang berjaya tak? dan kemudian cuba menguasai ekonomi supaya bangsa lain terpaksa ikut telunjuk kita...

APARAAAAAA!

Syammil said...

zaidy..

manusia sendiri yang cipta DEB untuk manusia.jaminan yang boleh aku cakapkan disini adalah amanah sang pemimpin dan pelaksana.

anda pun belum menjawap soalan saya lagi.

adakah anda bersetuju jika saya katakan yang DEB ini sama sekali tidak berdosa?

Anonymous said...

sya ingin plak bertnya mengapa kita nk ikut Dasar Islam SETELAH mnguasai ekonomi sdgkan kita boleh menjadikan Islam sbgai asas untuk menguasai ekonomi.saya pun xpaham mengapa dalam nk melaksanakan dasar islam kita mesti ikut plak persetujuan kaum lain sdgkan sewaktu DEB dahulu xde plak diorg meminta persetujuan kaum lain.mengapa waktu 2 mereka xgna shja dasar Islam sbb sama ada kaum laim setuju atau x mereka ttp kna ikut gak spt DEB.apa istimewa nya DEB 2 di mata saudara sehingga sggup mengenepikan plak dasar Islam dan menambilnya setelah menguasai ekonomi pula.apakah erana ayah saudara produk DEB jadi sudara boleh berbgga dgn DEB.bagaimana pula dgn umat Islam yg gagal dalm DEB kerana menentg kjaan@UMNO?????penahkah DEB mencapai matlamat????ianya mencapai matlamat sekiranya kita menyokong UMNO shja tp mana yg tidak menyokong UMNO DEB 2 sama seperti DEBU.....saya akui saya xlah sealim mana pun xpnh pun blaja kt mana madrasah agama tapi sya ada otak boleh berfikir scara waras mengapa umat Islam begitu lemah sgga mudah diperkotak katikkan oleh org lain.jwpan nya mudah kerana umat islam sendiri takut nak mengamalkan dasar Islam sbb itu mereka lemah.inilah yg realistiknya.bkannya kerana ekonomi dipegang oleh yahudi.......

islam teras keharmonian said...

sejauh mana jaminan saudara syammil 2??penahkah jaminan syammil 2 mncapai mtlamat???benda yg Allah cipta pun xkan kekel inikan pula ciptaan manusia.mengapa mesti kita berusaha mmpertahan sesuatu bnda yg da tamat tarikh tempoh?????

DEB x brdosa krana ia bukanlah makhluk.yg berdosa org yg mmbuat mencipta DEB kerana mengetepikan prinsip Islam dalam pelaksaannya.

deb utk melayu said...

Anonymous:

Bg aku la kn, u should be realistic...sape kata ms nak buat DEB tak amik kire bangsa lain? sbb amik kire bangsa lain la DEB itu disusun secara tersirat...

Ke hang nih tak pernah bc isi kandungan DEB? takpe2 nnti kita pi bc sama2 k...
aku setuju dengan si 'deb utk melayu'...cuba pikiaq realistik sikit...hang rasa kalau la ni hang nak buh dasar ekonomi islam or zaman nak gubal DEB tuh hang nak buh DEI, hang rasa malaysia ni boleh capai perpaduan kaum tak? hang tak rasa bangsa2 lain boleh rasa puas hati tak?

sedangkan Rasulullah S.A.W pun nak tegakkan Islam berperingkat peringkat, apa salah kita ikut cara dia... Rasulullah dahulu dia tak terus kata arak itu haram...semua dia buat berperingkat peringkat berdasarkan Firman Allah... semuanya Rasulullah buat dengan penuh diplomasi supaya semua kaum dan agama tertarik dengan Islam...

Bila sudah kukuh umat Islam itu sendiri barulah Rasulullah jalankan undang2 Islam sepenuhnya...

Semuanya Rasulullah buat secara berperingkat berdasarkan keadaan dgn petunjuk Allah...

Jadi, hujah tuan puan nak pertikaikan DEB sebagai permulaan mmg boleh di tolak..

Tu la, org datang nak tabligh, kita tak mau dengaq...kata depa tak betui...cuba dengaq dulu dan kalau betui apa salah ikut... kalau salah, kita laporkan kat JAIM...ambik tindakan...

Hangpa nih sejarah politik Rasulullah pun tak penah baca agaknya...

APARAAAAAAA!!!! (syok guna pelat utara, nak guna pelat kelantan lak pasnih)

AZRI said...

Syammil...Memang la DEB tak berdosa dan berpahala...DEB bukannya manusia...

Tak abis2 tanya DEB berdosa atau tak...hehe.

________________________________
DEB UTK MELAYU SAID:
"Jika bercakap berkenaan Islam...sy cdgkan anda lihat diri anda dahulu....adakah anda pengamal sunnah? adakah anda tak malu utk jalan dari rumah ke rumah untuk berdakwah sepertimana Rasulullah s.a.w?bagaimana hendak buat dasar ekonomi islam kalau orang islam itu sendiri hy islam atas nama?"
________________________________

AZRI SAID:

Kita semua ni memang tak cukup perfect untuk bicara soal islam...Tetapi sekurang2nya cuba buka sikit hati kita untuk menerima sistem islam....

Walaupun kita sedar kita jahil dan jauh dari Allah...jangan jadikan ia alasan untuk kita terus jauh...Sekurang2nya kita tidak berhenti untuk memperbaiki diri sendiri...

Kalau kita rasa kita bukanlah golongan yang layak bicara atau memperjuangkan soal agama, setidak2nya kita terus beri sokongan pada mereka yang kita rasakan layak....bukan terus memperlekeh dah menghalang usaha mereka....

Jika bicara soal realistik, adakah saranan quran tidak realistik???Adakah realistik hanya bermaksud sesuatu yang diterima akal???Salahkah kita bersikap optimis....

Berabad tahun dahulu SMS, internet, radio, TV, kapal terbang semua tidak realistik...

arifabdulwahab said...

kesimpulnnya...

adakah DEB ITU SALAH atau hy PEMIMPIN ITU LEMAH...atau sbnrnya sebb manusia itu trmasuk aku dan korang sume yg tamak nak amik advantage dr DEB...

adkh benar, menolak UMNO, maka tak dpt manfaat DEB?

adakah DEB milik UMNO? ikut sejarah rsnya DEB dibawah kuasa sultan dan berade dlm perlembagaan 153 yg maknanye semua golongan dlm DEB dpt manfaat tnpa kira parti...

ingtla satu bende, tnpa DEB, mn mungkin PAS leh ada pemimpin dr golongan profesional...bape sgt sen org melayu dulu nk hntr anak pi overC?... tau ke org melayu dulu mcm mn nak deal dgn U kt overC... lainla sekrg, anak bengong pun abah leh dealkan bljr overC (termasukla aku, mujuq x pi...klu tak terase gak)hahaahaha...

ingt! DEB satu permulaan...mentaliti org islam malaysia sebagai jaminan sm ada DEB berjaya atau gagal

aRiF AbDuL WaHaB said...

dr semua komen ni...aku rs la kan...
politik, dasar, agama, bangsa etc...

dtgnya dr kita sendiri...kita yg meminta...kita yg mengadun...dan kita lah yg merosakkan...

agama yg indah pun kita rosakkan...

jadi pada semua blogger di atas... janjilah pada diri agar anda sendiri menjadi insan yang bijaksana dan memahami seperti mn maksud nm sbrnya aku ini...hahhahaha

salam,
Arif Fahmi Abdul Wahab

p/s...tajuk baru la plak syammil....tajuk niyh dh basi..huhuhu

islam teras keharmonian said...

sbb rasulullah jadikan isalm sbagi dasarnya... sbb 2 baginda brjaya.tp di malaysia sekularisme sbgai dasar.bg la dasr cmne pun slagi ianya berpaksikan sekularisme mmg xkan berjaya.dahulu ia dibuat berpringkat sbb Al-Quran 2 sndri turun berperingkat.skang al-quran da de dpan matank peringkat pe nye lagi???ni bukan masalh nk wat berpingkat tp xnak wat lgsung...xsangka ad jugak umat islam nk tolak dasar islam semata2 kerana mempertahankan dasar sekularisme ni...isy2 nilah petanda dunia nak kiamat atas alsan takut org bukan muslim xleh terima.kamu spesis gol yg lebih takut akn penerimaan non muslim dpd keberkatan Allah.
nauzubillah.....nampaknya sifat sekularisme semakin menbal dlm dr da xdpt nk dikikis lagi.nak berperingkat konon..nak start pun da bising apatah lg berperingkat.klu hg rasa DEB 2 hg teruskan lah pertahankan smpai kiamat sbb pada ak slagi DEB wujud Malaysia xkan selamat.....
baru nk ajak start da bising kata takut non muslim xleh terima.dulu zaman rasulullah mulakan pengaruh Islamnya pnh ke baginda pk takut penerimaan non muslim.

p/s: berperingkat???hahahahaha haktuih.....

deb utk melayu said...

org yg bc komen kamu niyh...pasti tahu...kamu ini seorg yang bodoh dan sombong...

jadi tiada guna saya bercakap kepada org seperti kamu

sekian, terima kasih....

islam teras keharmonian said...

bodoh sombong???
hahahaha..........word yg paling sesuai utk mereka yg xmahu kpd pembaharuan terutama berkaitan Islam.sama katogeri dgn lim kit siang nagn karpal singh......tp diorg 2 xpe kafirullah tp kt Islam yg xnak nauzubillah...

aRiF AbDuL WaHaB said...

aduh..aku rs...bek kta jgn sebut sgt bab2 agama...aku tgk ada yg sebut mcm pertikaikan diplomasi Rasulullah dah ni (ttg penerimaan non-muslim)...

aku bg cdgn jek yek..jgn hentam aku...huhuhuhu

Najjib~ said...

Walau ape pon yang kita bincangkan ni..adalah lebih baek kalo kita same2 menyumbangkan idea untuk bukan hanya mengkritik dasar2 tertentu, tetapi juga menyumbang idea untuk memperbaikinya.kalo ade idea yang membina lebih baek daripada hanya mengkritik dan menghentam secara semberono.Bentangkanlah idea bagaimana dasar islam yang dimaksudkan jika benarlah itu carenya untuk menyelamatkan umat malaysia nih supaya kite same2 dapat menilai dan memuhasabah diri untuk kepentingan diri, bangsa, agama dan juga tanahair.Walau ape pon kita harus bersyukur dengan nikmat yang diperolehi selame ini dan menghargainya. Selama 5o tahun nie Alhamdulillah tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa Allah masih merestui kerajaan hari ini untuk terus memerintah negara Malaysia yang tercinta ini walaupun ade ura2 16sept..Percayalah semua ini adalah ujian kepada kerajaan hari ini tanda Allah masih sayang..sesuai dengan firmannya yang bermaksud Allah tidak akan membebani hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupan hambanya itu untuk menghadapinya....~~

jgn cr aku... said...

buat Najjib....

'Aku MeNuLiS...BuKaN KeRnA NamAaaaa...

hy demi sifat kasih kita sesama insan yg mengharapkan kasih sayangMu ya Allah...

kita sama...semuanya sama...'

dipetik dan diubahsuai dr Lagu Ramli Sarip (kut)...

Sekian...komen terakhir saya diblog ini...

yang ikhlas,
deb utk melayu a.k.a bukan pembangkang

mat rempit tgh wheelee said...

woi ak merempit ja xdak kna mengena dgn DEB ni,, tlg buang gambaq ak dgn 125z ak tu, tu bkn mak ayah ak bli ak curi orang pny laa...

tumpang tny najjib ni yg bli kapal selam tu ka,tp la jd menteri kewangan plak pehal?

dOuble JAy~ said...

dude, gua double J ar.. lu check balek spelling yang lagi sorang tuh okey!!najjib ni bukan yg beli kapal selam tuh..dia dok mengaji utem ja..yg beli tuh yang lagi satu tu kot..menteri kewangan skang nih ade qualification dlm bidang ekonomi beb..ade master.kira ada baek sket la dari ustaz badawi tuh..kan ke lebey elok diberikan pade mereke yg AHLI dlm sesuatu bidang.. so wuts da problem??pasni kot2 boley beli roket gi angkase ke kan.haha.

Anonymous said...

Just want to say what a great blog you got here!I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work! Thumbs up, and keep it going!.

Anonymous said...

online payday loans http://2applyforcash.com/ sweattite online payday loans jerne [url=http://www.2applyforcash.com/]payday loans[/url] pay day loans Telling an adult about bullying is helping solve of your downline like royalties for artists.Probably not the best capture page building a system that will advertise, exponentially increasing your earnings.

Anonymous said...

buy ativan ativan withdrawal mania - lorazepam 1 mg bijwerkingen