Tuesday, November 11, 2008

Video Seksaan Kubur

Ada pihak yang mencadangkan agar video yang memaparkan seksaan didalam kubur ditayangkan kepada kanak-kanak. Seperti biasa, ada pihak yang bersetuju dan ada yang menyatakan tidak. Masing-masing mempunyai alasan dan sebab tertentu.

Saya berpendapat video ini wajar ditayangkan kepada kanak-kanak kerana ia bertujuan baik iaitu memberi keinsafan. Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak selalunya akan diceritakan kepada ibu-bapa dan keluarga. Manfaat daripada tayangan video ini bukan saja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada golongan dewasa.

Pengajaran yang menggunakan kaedah visual akan lebih berkesan kerana ia memudahkan kita untuk faham dan ingat apa yang telah dipertontonkan. Iklan susu di televisyen pun banyak yang menyatakan kanak-kanak akan lebih berminat dan cepat belajar melalui kaedah ini.

Satu lagi contoh yang mudah boleh diberi. Ada kanak-kanak yang pandai menyanyi, menari dan bergelek ala-ala Inul dan Mas Idayu. Semuanya dipelajari menerusi tayangan di televisyen. Lebih baik menayangkan video yang memberi pengajaran dan keinsafan daripada menyajikan rancangan hiburan semata-mata seperti Akademi Fantasia, Gang Stars, Bintang Kecil dan pelbagai lagi.

Saya berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan gejala sosial yang paling banyak berlaku dikalangan orang Melayu dek kerana mabuk dan khayal dengan dunia hiburan.

Pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Fikirkanlah demi agama, bangsa dan negara kita.

13 comments:

geng sardin said...

aku stuju.ms aku tadika lg aku didedahkan psl siksa kubur.tp bukan tayangan visual ar.ms aku tadika dlu guna kaset.seram mmg ar seram.tp kesannya bleh mendidik supaya mrk lbih berhati2.skg ni kan byk sgt psl isu keruntuhan moral anak2..

Seyn said...

aku pun setuju.udah udah le akademi fantasia tu..

iTaCHie said...

AKU XSETUJU SMA SEKALI.....

aku xsetuju klu xdisiarkan video siksaan kubur utk kanak2 sbb diog ni terlalu dilekakan dgn dunia tgk la rancngan tom2 bak tu kecik2 lagi da di ajar menari menyanyi tapi bile msuk bab seksaan kubur masg2 kata belum smapi msanya lagi...ni yang org kta mak bapak skang ni pham dunia tapi xpaham agama.sok bile anak 2 suka p disko blik tgh mlm mabuk salahkan Allah kenapa uji die mcm ni sdg kan die xsedar 2 suma berpunca dpd silap sndri.jangan sampi nnti da terantuk baru nak tergadah plak...

aRiF AbDuL WaHaB said...

aku setuju..

reason dia mudah; kanak2 punye psychology mudah dipengaruhi dgn sesuatu yg menakutkan... dan dia takkan buat benda tu kalau benda tu menakutkan bg dia..

even kita yg dah besar pun rs fobia bile tgk sesuatu yg menakutkan...

tapi, when they get elder... kite kene bg sesuatu yg realistik pulak... yg dia leh lihat dgn mata, dan leh diterima oleh akal dia...

kaedah nye mungkin cik samel leh invent nnti...

Syammil said...

kadang2 aku rasa malu bila tengok anak2 cina.kecik2 lagi dah pi tuition especially math.sebab tu depa pandai..

tak macam bangsa kita ni.asyik dengan hiburan.tom2 bak, bintang kecil n macam2 lagi rancangan hiburan yang nak merosakkan masa depan anak2 melayu..

kerajaan tak sedar ka masalah ni?

aten_zone said...

sya stuju sma skali sbb thu-thu jelah budak2 skrg ni dh pandai sgt. Lawan mak bapak, lawan ckgu n mcm2 lg.

iTaCHie said...

en syammil....
bab ni xleh la nak salahkan krjaan.ni mak bapak punya peranan la sbb melalui hiburan2 2 suma kjaan pon dapat gak duit cket2.mak bapak ni yg kena ajar cket jgn melekakan anak2 diorg dgn dunia anta anak2 masuk AF xdpat masuk mngamuk kat juri,kalah AF menangis...sedih ak tgk mak bapak skang punya prangai.nasib mak ayah ak xajar ak masuk AF klu x da famous la ak skang ni hehehe

Syammil said...

ramai orang protes program hiburan melampau ni especially AF yang lelaki n perempuan duduk 1 bumbung..tapi gov cam buat bodoh ja.siap bangga la dengan produk AF yang bernama mawi world..

zaidy..hang cam berminat ja nak join AF.nasib baik parent hang tak bagi permision.alhamdulillah..haha

iTaCHie said...

uih minat 2 bleh glamer 2 masuk AF nnt p mna2 org leh mntak autograf...hahaha..........pasal 2 government bukan xleh watpa tapi kg bile mufti kuar fatwa mereka yg paham dunia start protes kata extrim la,xmoden last2 kjaan surh tarik blik fatwa 2.

aRiF AbDuL WaHaB said...

cakap zaidi betul...

makpak penting dlm hal nih...dan kalau nak suruh kuar fatwa.. nnti org sana sini tentang.. tambah2 ahmad sabri (yeke) bapak si dafi.. hahahaha

azri said...

hidup cuma sekali...
sooooooo....
kitaaaaaa....
enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

tak payahhh....
ingattttttt....
matiiii....!!!!!!!

Syammil said...

subhanallah..ada jugak orang seperti tuan hamba yang bernama azri ni..akhir zaman..

محمد حفيظي بن حاج عبد الرحمن said...

aku pun terasa nak bagi komen gak dengan isu ni..

Isu video 'Sajak Kematian' dikatakan menimbulkan trauma kpd bebudak kecik tu. Tu memang benor, & tak boleh dinafikan.Tapi kalo dipikior kan balik, adekah trauma ini bawak keburukan or kebaikan. Persoalan ni yang perlu diperjelaskan. Trauma yang bebudak ni rase ialah rase takut tentang kematian. Jika ketakutan tentang kematian, maka inilah yang di nak kan sebenornye oleh penerbitnya, iaitu menimbulkan ketakutan supaya insan-insan yang melihatnya memikirkan dan bersedia untuk menghadapi kematian termasuklah kanak-kanak.

Orang tua dulu kala ade nyebut "melentur buluh biarlah dari rebungnya." Tayangan kepada bebudak kecik boleh dianggap betul pasal deme lah golongan yang masih suci dan mudah menerima apa-apa yang diajar. Jika tayangan ini di tayang kat golongan pelajar menengah atau golongan remaja, kesedaran atau impaknya tak sehebat kat kanak-kanak. Deme hanya sedor ketika ditayangkan & lepeh tu habis hilang sume..langsung tak mengambil iktibar pasal deme sume tau yang bende ni just hanya lakonan semata-mata.Pandangan seperti ini takde kat bebudak kecik pasal deme tak reti pikior lagi.

Kalo la rase nak di haramkan gak video isu seksa kubur ni..lebih baik sekat terus cite-cite hantu yang ditayangkan kat TV..pasal tu lagila boleh menjurus kepada tahyul..Tapi takde sape pulak nak sekat cite hantu kat tv ni..kalola alasan bebudak tu takut bile tgk video seksa kubur tu,deme pun takut gak bile tgk cite hantu kat tv tu..sama je.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud orang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati mati. Oleh itu, sepatutnya tayangan video 'Sajak Kematian' sepatutnya diterima dengan baik dan dialu-alukan sebagaimana masyarakat menerima siri seram di TV yang juga boleh menimbulkan trauma. Cite hantu kat TV ni boleh membawa kepada syirik apabila terlalu mempercayainye dan lebih takutkan hantu daripada Allah..berbanding 'Sajak Kematian' yang benar-benar akan ditempuhi oleh insan-insan bergelar kanak-kanak apatah lagi dewasa.

Wallahua'lam