Saturday, November 8, 2008

Politik Wang

Sebut saja Pemilihan Umno, tidak pernah lekang dibibir untuk berbicara mengenai politik wang. Gejala ini wujud apabila terdapatnya pertandingan bagi merebut jawatan tertentu dalam Umno oleh orang tertentu. Bagi memastikan diri mendapat pangkat dan jawatan yang diidamkan, maka wang digunakan sebagai habuan dengan harapan dirinya akan dipilih untuk jawatan tersebut.

Contoh yang paling jelas mengenai masalah ini ialah apabila Tun Dr. Mahathir membongkar gejala politik wang kepada umum suatu ketika dahulu. Kes ini terjadi semasa pemilihan kumpulan ‘G7’ di Kubang Pasu bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Setiap perwakilan diberi RM200 seorang agar tidak memilih beliau. Beliau yang merupakan bekas Presiden Umno pun tidak terlepas daripada menjadi mangsa politik wang ini.

Aduan dibuat ke Lembaga Disiplin Umno. Akhir sekali, Datuk Seri Mohd Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri memutuskan tiada unsur politik wang berlaku. Ini membuatkan saya musykil, siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong? Semua orang tahu mengenai gejala ini kerana ia bukanlah baru terjadi, sebaliknya ada yang menganggap politik wang ini sudah pun berakar dalam Umno.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengesahkan Lembaga Disiplin Umno dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menemui mekanisme yang akan digunakan untuk menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu Mac depan.

Nampak seperti serius untuk membanteras gejala ini. Persoalannya, mengapa sekarang kelihatan serius, sedangkan masalah telah lama wujud sehingga bertahun-tahun lamanya. Sekiranya rasuah dalam parti yang mempunyai ahli melebihi 3 juta gagal dikekang, bagaimana Umno dan BN berusaha untuk menghapuskan rasuah di negara ini yang mempunyai rakyat seramai 23 juta?

Diharapkan Lembaga Disiplin Umno dapat melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mengekang rasuah dalam parti dan bukannya perubahan yang bersifat kosmetik semata-mata. Tangkap mereka yang terlibat dengan rasuah tanpa memilih bulu, pangkat dan jawatan. Dakwa mereka di mahkamah dan bukannya sekadar menggantung keahlian untuk beberapa tahun saja.

Saya percaya sekiranya rasuah diperangi bermula di peringkat tertinggi, Insyaalah gejala ini akan dapat dibanteras. Tidak mustahil untuk sesebuah negara dan tamadun akan musnah sekiranya rakyatnya hidup bertuhankan pangkat dan wang.

16 comments:

anti politik wang said...

ermm....
ak xbpe ikut sgt la pasal UMNO ni sbb ak bkan penyokong UMNO pe tah lagi nak jadi pemuda UMNO.bak kata org tua simpg malaikat 44.xtau la pe bnda yg simpng 44 2.tapi sjak dpd dlu lagi budaya politik wang ni mmg da jadi mkanan dlam UMNO so kita xpyah la hairan klu ad kisah politik wang sana politik wang sini.sbb politik wang lah UMNO diharamkanpada thn 1987.sbb politik wang jugalah mahathir merampas kuasa hakim, memecat hakim2 besar (salleh abbas)dan menjadi kan org melayu berpecah kepada dua puak UMNO baru dan semangat 46.pe yg diharapkan skang supaya UMNO tolg cepat berkubur supaya kita leh tanm sekali ngan mgkuk2 politik wang berkenaan.abih cite.....

Syammil said...

tidak semudah itu untuk umno dikapankan..

hanya umno lah parti yang mempertahankan hak2 melayu..PKR dan PAS masing2 jadi pak turut kepada DAP..

tak ada satu parti pun yang boleh diharapkan untuk bela masa depan orang melayu..

pemimpin yang rasuah dalam umno yang perlu dikuburkan.bukannya parti..

My Grandma is Superb! said...

okeh...to be frank... susur galur family aku adalah pejuang UMNO sejak dari zaman mula ia ditubuhkan... Tok sedara aku (klu aku sebut konfem korang tau kut) ada ckp, beza UMNO dulu dan kini... dulu spiritual ahli lebih kepada agama, bangsa, n negara... but now, it turn into money, duit, rm, dolar etc... all about fulus...dulu org UMNO jalan kaki ke sana sini jek nak pancing undi.. n kalau ada apa2 berkaitan bangsa, mereka tentang sehabis2nya.. tak de minta upah etc.. but now, depa sokong mn yg offer duit lebey...

to be truth... aku nak ty ANTI POLITIK WANG... dlam parti lain takde ke unsur duit? n kalau pun skrg tak nampak, tapi can u ensure dat bile dey all dah establish sbg goment, parti2 yg U sokong tuh tak terlibat dalam unsur2 begitu?

pada saya, baik sy teruskan dgn UMNO, sbb wlupun ada benda2 niyh, tapi sy percaya dgn kepimpinan yg lebih tegas, InsyaAllah mampu dikurangkan... lagipun sy percaya di bwh UMNO, xbyk konflik yg malaysia akan hadapi.. sbb UMNO termasuk dlm BN (satu parti yg telah terbukti kekuatannya dr segi perpaduan kaum)...

kalau sy pilih parti lain.. pakatan rakyat for example... dahla masih byk konflik yg terjadi.. malahan mereka berpakat dgn parti yang byk bw kekacauan dekat tanah melayu and malaysia (DAP)... so bile di tambah pulak rasuah dlam parti pakatan rakyat dgn masalah sedia ada... tak ke lagik teruk jadinye nnti?

jadik kesimpulannya... UNDILAH UMNO wlupun org pggl UMENO ke UNO ke pe ke.. tapi kita tau, inilah yg paling stabil...

p/s; kat USA, demokrat and republikan mmg dah stabil and diyakini... so tak kisah la klu tetiba rakyat dia nak undi mn2 parti antara dua niyh.. tapi beza BN and PR, masih terlalu jauh... bagai langit ke tujuh dgn bumi lapisan ke tujuh... hahahahaaha

bukan perkauman!! said...

waa... bgus2 penyokong UMNO zaman berzaman sbb 2 wlu apa pun terjadi tetap sokong UMNO.Sokong tetap sokong....hahaha....klu kita nak kata DAP 2 party yg buat kaco sebenarnya kita xsedar yg UMNO lagi byk buat kaco kat negara ni tapi kekacauannya x di siarkan di RTM mahupun TV3.nak bg cth slow2 la kekacauan UMNO kat negara ni:

bermula thn 1959-1960-UMNO mengambil alih utusan melayu yg menjadi lidah org melayu sejak zaman sebelum perang dunia lagi.akhbar yg menjadi tempat utk org melayu mengadu,menyuarakan pendapat terhadap dunia yg membabitkan org melayu tanpa dipengaruhi oleh mana2 parti politik.malangnya UMNO setelah berkuasa buat kaco mngambil alih utusan untuk dijadikan lidah rasmi UMNO mnyebabkan ramai wartawan2 dibuang kerja,masuk ISA,dihantar ke penjra Changi Singapura dan menjadi persona non grata di negara sendri. nak sbutkan nama wartawan sorg2 mmg lah ak xdapt tapi disenaraikan lebih 50 wartawan utusan hilg mata pencarian akibat berpiket mmbantah cdngan UMNO ketika itu di pimpin oleh tunku abd rahman.

Nov 1985-tragedi memali di mana ramai rakyat2 kg memali mati syahid apabila UMNO baling terdesak menamatkan pengaruh pemimpin Parlimen Baling ketika itu Ibrahim Libya dengan menghantar lebih 2000 anggota keselamatn yg terdiri dpd polis,komando 69,polis hutan FRU.arahan yg dikeluarkan ketika itu kpd anggota2 ini adalah menyerbu kubu komunis.akibatnya 13 org awam mati ditembak 4 org aggota keselamatn terbunuh.alsan serbuan dilakukan mereka brkata Ibrahim Libya seorg yg extrim,kononnya mengajar ajaran sesat, mengamalkan mandi air prigi utk jadi kebal,sedg kan pada serbuan dijalankan Ibrahim Libya memberi ceramah kuliah subuh utk anak2 muridnya.setelah kejadian seluruh penduduk memali ditahn xkira wanita,kanak2,org tua,org sakit.ak nak cite lelebih pjg sgt malas la plak tapi korg leh cek kat internet sndri la cmne cite.

1987-krisis perlembagaan di mana UMNO secara kurg ajarnya merampas kuasa hakim2 besar dgn memecat Salleh Abbas ketika itu hakim besar negara dan beberapa org hakim lagi sekaligus mnjadikan kuasa hakim pula dicgkam oleh politik yg shgga kini xde penghujugnya.

1989-Ops lalang dimana lebih 100 org ahli politik ditgkap dan disumbat ke dalam ISA atas alasan mggugat keselamatn negara kerana mempersoalkan kedudukan istimewa org melayu di negara ini.(yg ni ak mlas komen sbb berkaitan hak istimewa) tapi yg pelik nya ad gak tu pemimpin2 UMNO yg terlibat ditahn sama.

dulu kini dan selama-politik wang berleluasa sana sini sampai terbawak2 bile da masuk kabinet.tolng kroni sana,kroni sini guna wang rakyat,beli jet pribadi,beli rumah mewah di kala rakyat ikat perut akibat harga barg naik.PAS dan PKR pak turut DAP???UMNO sbenarnya pak turut gerakan.tgk jelah nasib org melayu di p pinang sepanjg gerakan memrintah.tanah satu2 dijual org melayu tggal sehelai spggang tapi ape UMNO p pinang buat nak mmbela nasib org melayu p pinang???sape pak turut sebenarnya??isu DEB lagi sampaikan ada cerdik pandai cina komen org melayu sndri xdapt apa2 kebaikan pun melalui DEB sbb hanya gol tertentu shja yg mndapat faedah.mana yg perlu dapat bantuan xdpat mana yg da dpat jual plak kontrak2 kat org kaum lain.(ni pon ak malas komen sbb ramai "pakar" DEB kat cni hahaha).

time piliharaya pon UMNO buat kaco dgn senarai pengundi hantu,SPR yg berat sebelah,ari 2 cakap lain la ni cakap lain.dlu kata nak pakai dakwat hitam alih2 xjadi.buat pilihanraya time org kerja byk lagi la.

penat ak senaraikan kekacauan UMNO ni....sbb 2 ak xpenah sokg UMNO sbb kekacauan2 ni sume.sbnarnya byk lagi tapi ak senaraikan pe yg ak smpt tulis jela.

betul kata My Grandma is Superb! BN satu parti yg telah terbukti kekuatannya dr segi perpaduan kaum.bukan kaum melayu cina ataupun india tapi kaum kerabat family,kaum kroni,kaum menantu dan juga kaum yg boleh buat duit ngan BN.

iTaCHie said...

sape tuk sedara ko 2 nak mintak autograf buleh????

Syammil said...

yang salah tetap salah.aku tak mahu tegakkan benang yang basah..

ada tindakan yang dibuat Umno demi untuk membela dan pertahankan nasib dan hak Melayu..itu perlu disokong..

isu Melayu di Penang, bukan cerita baru.puluh tahun dah.apa DS Anwar sebagai orang P.Pinang buat untuk bela Melayu disana time dia jadi TPM dulu? DAP penang hapuskan DEB..

Melayu akan hilang dibawah DAP dan PR..tengok Singapore..

my grandme is superb! said...

Bravo!bravo!.hebat jugak BUKAN PERKAUMAN... br betul cmni, debat ikut fakta. Tapi slack ar, sebb dia cakap peristiwa kat Kedah and Penang, tapi sy rs dia tak penah alami secara terus kut. Tok Su aku, wanita pertama yang menjadi Pengerusi Bank Rakyat, sape dia cr sendiri, Tok Teh aku, agak feymes dan antara wanita2 yang paling berjaya dalam perniagaan, tak ramai pun, so nama leh cr sendiri...

dan yang penting, Penang tuh mmg lah tempat tanah tumpah sebahagian besar keturunan aku. Memang la aku xtggl kat Penang, tapi family ramai sana, so aku rs aku faham apa yg mereka hadapi sbb ayah aku pun ada tanah kat sana.

UMNO ambil alih Utusan Melayu? sbb Utusan Melayu tiada dana! ada faham! lagipun, drpd biar Utusan Melayu di danakan oleh oreng puteh, baik UMNO yg danakan. Rsnya wartawan2 Utusan Melayu tahu ttg ini. Apepun sy akan kaji balik nnti ttg UTUSAN MELAYU nih punya sejarah dr org2 terdahulu. Dan kalau tak silap, yang berpiket2 tuh pun, mereka akhirnya pencen dgn Utusan Melayu gak, maknanye kembali bertugas di UTUSAN MELAYU.. satu fakta yg anda tak masukkan.. hurm

Masa kes Ibrahim LIbya, family aku tinggal di Baling. Hahahahahaha... yakin ke Ibrahim Libya tuh tak bersalah dan tak perlu dihalang? hurm... cube kamu ceritakan apa yang kamu tahu ttg Ibrahim Libya? nnti br saya tentang balik.. kesian nak tembak awal2 sebb kang malu pulak kamu niyh buta sejarah. hahahahhaaha

yg psal Salleh Abbas tuh, tak perlu lah sy nak explain, sbb org lain boleh bc sendiri psl dia kat mn2. Yakin jek kan kata sume tuh sbb nak kuasai badan kehakiman. hurmm..

yang ops lalang tuh sy kurang tahu, jadi sy terima bulat2. apepun sy akan check balik nnti.

apepun, yakin ke DAP dalam tempoh yang sama tak de buat kacau? yakin ke DAP tak merosakkan bangsa melayu? PAS pernah masuk bwh perikatan, tapi kerana perbezaan pendekatan politik, mereka keluar. Yakin ke PAS tak buat kacau? hurm yg pasti dahulu org takut dgn org PAS niyh, sbb ganas2 n konservatif, sekarang jek org PAS dah ramai yg profesional, terima kasihla kepada Hadi Awang and NIk Aziz for that.. PKR? pengasas sendiri pun boleh keluar parti... ape cer? Anwar bukan pengasas PKR, tapi Chandra Muzaffar dan kwn2 yang berusaha tubuhkan KeAdilan...merekalah pengasas PKR...

Apepun, terima kasihlah kepada bukan perkauman sbb berkongsi sejarah.. tapi tlglah biaq full.. jgn kerat2 ja noooo.. hahahahaha

para pembaca sekalian, boleh nak bc sejarah dr harakah, dari suara keadilan, dari roket etc, tapi kalau nak lagi tepat, rujuklah orang2 tua yang mengalaminya sendiri atau rujuklah buku2 sejarah.. internet pun byk...

psl DEB? huh malaslah nak cerita kepada org yang aku rs tak pernah bc pun ttg apa yang terkandung dalam DEB secara terperinci... hahahaahahahahahaha mereka takkan faham!

bukan perkauman!! said...

ermm....anda org baling malangnya nda kurg pasti dgn kjadian sbnarnya swaktu tragedi memali.mugkin anda mndgr dpd org tua2 yg pyokg umno yg smmgnya akan mngatakan ibrahim libya bersalah.mgkin anda mengetahuinya setelah mndgr dpd RTM.penah anda bertanya pada org kg memali sndr (bkn org baling shj) bgaimnana kjamnya kjaan UMNO menyerang kg memali.klu betul pun ibrahim libya bersalah mengapa perlu menipu anggota keselamatn.mengapa memerlukan shgga 2000 anggota.pk la logik la org baling.ibrahim libya tu sorg.dia xnak serah diri sbb xnak serah diri dgn undg2 zalim UMNO (menangkap beliau dibawah ISA).anda xtau cerita bgamana mayat beliau di sepak anggota keselamatan, isteri beliau diserat dpd mayat suaminya,pendudk kg kg pecah kepala ditembak.sbb utusan kekurgan dana???hahaha klu btul nk bantu melayu mngapa perlu diambil terus shgga menyekat hak kebebsan org melayu.pk btul ad sbhgain yg pencen dgn utusan bgmana plak yg kna msuk ISA,yg di tahn dipenjara,klu baca mastika sndri pun(dpd utusan) sedih dgn apa yg berlaku.meraka hnya mahupan kbebasan media tetapi kebebasan itu dirampas oleh umno.anda mahu berdebat pasal ibrahim libya???silakan jgn malu2 org baling.nk tgk gak sejauh mana fakta dpd org baling sndri.mgkin time tragedi memali itu anda ad sx kot wktu 2 hahaha.xpayah DAP la.GERAKAN je da cukup mgucar ngacirkan kita.siapa gerakan?anda sendri pun tau.mgkin cth yg anda berikan cuma sekelompok kecil org melayu yg agak brjaya itu pun dikalngn saudara mara terdekat dan anda boleh nak brbgga dgn nya.c'mon man org melayu p pinang ada berapa ramai.pasal salleh abbas 2 korg leh bukak kat internet cmne cite.kat wikipedia pun ada.ak nak cite pjg2 malas la plak sbb ak ak nak prepare utk debat ibrahim libya spt yg diminta oleh sedara My Grandma is Superb!.huhuh

my grandma is superb! said...

Hurmmm... dalam peristiwa memali, ada beberapa colleagues ayah aku terlibat (orang PAS la kan),dan ada yang meninggal.memali tuh kat siong,dan siong tuh mmg kat rumah ayah aku tinggal dulu.

Kes memali lebih dipolitikkan dr kebenaran.tak kira dr PAS atau dr UMNO sendiri. Memali terjadi atas arahan MUSA HITAM, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Dr. Mahathir ketika peristiwa tersebut berada di China atau Japan.

Apa yang sy dgr dan bc, pada ketika dan masa itu, Ibrahim Mahmood (ibrahim Libya) mempunyai pengaruh yang sgt besar terhadap org2 PAS di kedah. kes memali tidak mengorbankan org kg memali sgt pun, tapi mengorbankan org2 PAS di sekitar kwsn tuh yang support Ibrahim Libya... Sebb itu PAS mempolitikkan isu tersebut.

Dan sy kemudian terfikir, kenapa org2 PAS tuh perlu menyediakan shingga berbagai2 senjata dan melawan sehingga memerlukan pertumpahan darah sedangkan anggota keselamatan cuma hendak menahan Ibrahim Libya dibwh ISA. tapi akhirnya sy teringat, org PAS dulu mmg ganas2 dan konservatif.menakutkan!

sy akui, dibwh agenda Musa Hitam lah si Ibrahim Libya itu hendak ditahan, ini terbukti setelah Umno berpecah kepada dua puak dan Musa Hitam meletakkan jwtn setelah seratus hari selepas peristiwa tersebut...

Apepun, kerana terlalu taksub dgn Ibrahim Libya (ustaz), dan juga kerana org PAS dulu suka cr2 ganas, maka bila depa tau ja Polis ngah kumpul ramai2 kat sungai petani, depa dah mula buat senjata sendiri... sy pikir, kenapa perlu pertumpahan darah? sedangkan kalau masuk ISA, tiada pertumpahan darah terjadi... hurmmm

tapi itu lah kan, semua peristiwa buruk yg terjadik kat Baling mesti melibatkan org PAS kan.. psl mahasiswa turun baling dulu pun sebb PAS...

Patutla ramai tak berani sokong PAS dulu sbb PAS ganas sgt...Mujur skrg dah ok.tapi PKR lak jadik ganas sket.. hurm...

Mmg peristiwa baling itu terjadi sebb politik MUSA HITAM dan PAS, dan nak ckp lebey pun tak guna sbb Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmood tuh kenal ayah sy gak dulu. tapi kesimpulannya, kenapa harus ditentang dgn darah? hurmm...

my grandma is superb! said...

pasal UTUSAN:

'Dah PAS taknak support UTUSAN masa tuh, nak buat mcm mn. lgpun ms tuh, UMNO tak ambil alih UTUSAN, cuma nak pertahankan UTUSAN sbg satu2nya lidah rasmi org melayu. Kalau PAS nak support UTUSAN masa tuh, tak perlu la UMNO yg supoort UTUSAN kan? ms tuh paper cina leh bertahan sebb org cina pakat2 support paper depa.. tapi PAS tak mau pakat pun.. hurm.. then skrg niyh sj wat isu kata UMNO ambil alih UTUSAN time tuh.. ish3.. yg kene tahan kat ISA tuh, bila depa keluar, depa keja mana? Berita Harian ka? aku rs sume yg nak kembali dgn UTUSAN diterima balik dgn baik... dan selamat berpencen dgn UTUSAN.. hurm'

Okeh psl GERAKAN, mmg kami setuju sgt la, even tok nek aku ka pak aku ka, mmg depa kata, cina semua sama.. depa GERAKAN ka, depa MCA ka, depa DAP ka, sume sama.. sbb depa bersatu dalam diam.. tak leh caya sapa2.. tapi melayu tak pulak mcm tuh kan.. herannnn... herannnn.. Tapi relevannya, kalau dlm BN, MCA and Gerakan still dibwh pengaruh kuasa UMNO (org melayu), tapi kalau hang pi pangkah DAP, hang agak DAP ikut ka ckp PAS? ckp Anwar bila dah berkuasa nanti?

Semua org Penang (kat island, org sebrg perai tak faham pun) ckp, dilema org melayu penang pulau adalah,klu tak pangkah Gerakan, DAP berkuasa, klu pangkah Gerakan, still org melayu dipinggirkan... Tapi depa pangkah Gerakan gak sebb Gerakan still bwh BN, bwh org melayu... DAP mmg direct bwh cina terus... aku nak ckp pun hang tak faham.. aku dah ada involve gak dgn beberapa dilema psl tanah kat penang pulau... apepun, bg org melayu pulau pinang lani yg duk pulau, dgn naiknya DAP sbg kerajaan negeri, depa boleh tentang apa yang tak betui, kalau Gerakan dulu, depa nak tentang pun rs bersalah sebb komponen BN.. apa pun, juz nantikan satu masa, kerana orang melayu penang pulau, akan kembali mewujudkan satu situasi pertelagahan kaum dgn kaum cina... nntikan kemunculannya...

bukan perkauman!! said...

bukan pnduduk memali???ko biar betui.baik ko bukak internet sapa yg terkorban dlm peristiwa 2.tang 2 hg tnya la MUSA HITAM sndri mgapa perlu mnyediakan sbilngan besar anggota keselamatan.tnya la MUSA HITAM sndr mngapa perlu serbuan dijalankan.mmg xperlu pertumpahan darah tapi masalahnya sapa yg serg sapa dlu.anggota keselamatn yg mati kena snjata siapa.bila disuruh buat post mortem kjaan xnak.bila majlis fatwa mngumumkan yg pnduduk memali yg terbunuh mati syahid mereka dipecat dan fatwa ditarik balik dan 6 bulan kemudian baru fatwa baru kluar mngatakan mereka ni semuanya bkan mati syahid.sebenarnya PAS x xtrim yg xtrim nya RTM yg memutar belitkan syrahan PAS.smalah mcm isu Tuan Guru kata ALLAH smseng abih diulang tayang seluruh negara beratus kali nk tunjukkan yg PAS ni xtrim dan xbermoral.once bile tuan guru hadi awang jawab isu ni kat parlimen masg2 senyap jadi bangang sbb da sdar memalukan diri sndri je.sama jugak lah isu ibrahim libya.ceramah dia 2 3jam tapi RTM ngan TV3 buat ceramah dia jdi 2 minit sbb 2 klu sapa2 tgk pun kata PAS xtrim.lain kali jgn tgk RTM ngn TV3 je ye klu x kita pun sama jadi mangkuk cam ahli parlimen yg da kena ceramah 2.

bukan perkauman!! said...

ermm..nmpaknya pasal utusan ni hg xtau cite ni...ok la ak cite cket la pasal utusan melayu (29 may 1939-1959) ditubuhkan sbgai wadah kepada suara org melayu menentg pentadbiran british ketika itu yg tokoh2 die rahim kajai,ishak haji muhammad dan pelapis2 beliau seperti tan sri abd samad.mereka dgn lantg mgkritik segala macam pkra yg mmbabitkan org melayu termasuk beliau pernah mgkritik org melayu sndri yg terlalu mgagung kan pak syed sampai jumpa pun n kna cium tgn bagai.setiap penulisan wartawan utusan melayu bagaikan pedang yg tajam yg menembak tepat ke hati pembaca nya.sbb 2 org melayu sygkan utusan melayu.xkira susah mana pun diorg akan mengumpulkan duit bersama mmbantu akhbar lidah org melayu ketika itu.sewaktu mastika hendak diterbitkan pada 1939 meraka beramai2 menderma xkira petani,penoreh,pekebun guru malahan pelacur di sekitar singapura ketika itu turut mmbantu utusan melayu.isu utusan melayu nak bangkrap hnyalah satu isu UMNO.klu betul dia nk bantu utusan melayu magapa mngenakan syarat supaya setiap penyiaran berita mesti berpihak kpd UMNO shj xkiralah UMNO betul atau salah.ambik cth mudah swaktu lim kit siang cuba nak memulaukan perlantikan MB Perak Utusan UMNO mghentam LimKit siang seteruk2 nya dan akhirnya Lim Kit siang akur dan meminta maaf kpada Sultan.tapi bila UMNO terngganu mmbantah perlantikan MB terengganu Ahmad said berdemonstarsi didepan istana dgn sepanduk2 yg kurg ajar spt "kami nak jusoh nate". binatnag diorg kata kat Sultan???org melayu sndr 2.Lim Kit Siang pun xpenah kata Sultan binatang.tapi Apa yg Utusan buat????ad Utusan hentam UMNO trgganu mngatakan UMNO biadap????ada????kenyataan Lim Guan Eng diputar belitkan,kenyataan pemimpin pas diputar belitkan...byk lagi la kerosakn fakta yg dibuat Utusan atas arahan UMNO.semua kerana pemimpin UMNO yg merampas suara org melayu dpd org melayu sndri dan mnjadikannya suara org UMNO.

my grandma is superb! said...

ok.. surrender! hahahahaha

pepun, i never care.. n WHO CARES?
as long as i got a better job, i live in harmony... i'll never care...
politik wang ke ape ke... yg penting, tak contribute much in our lives dah ok dah...nak lari, mustahil leh lari dr bnda2 tuh..

k.. u win mr/mrs BUKAN PERKAUMAN!!!

bukan perkauman!! said...

hehe
tima kasih sbb surrender
xpe lain kali kita debat isu lain plak.syammil pe lagi bukak la isu baru plak pasni...

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy pc software in, [url=http://firgonbares.net/]portable kaspersky internet security[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] software price quotation kaspersky webscanner
ism office software [url=http://firgonbares.net/]buying software[/url] storefront software
[url=http://firgonbares.net/]buy dreamweaver 8 software[/url] oem software net
[url=http://firgonbares.net/]buy seo software[/url] buy animation software
downloading free software [url=http://firgonbares.net/]microsoft software online[/b]

Anonymous said...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]adobe graphics software, [url=http://vonmertoes.net/]i need to buy software[/url]
[url=http://bariossetos.net/][/url] student software sale buy new photoshop
non profit software discount [url=http://vonmertoes.net/]used software stores[/url] software discount game software
[url=http://bariossetos.net/]filemaker pro software[/url] discount software discount game software
[url=http://bariossetos.net/]cheap computer software in[/url] shop software price
where to buy adobe photoshop [url=http://bariossetos.net/]where to buy softwares[/b]