Sunday, September 12, 2010

Sosilawati dan tiga lagi dibunuh, mayat dibakar

BANTING 12 Sept. – Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Tiga lagi yang hilang bersama Sosilawati ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. - Utusan

Sedih dan pilu rasanya setelah membaca berita ini. Hanya ujian DNA sahaja yang dapat mengesahkan kejadian ini. Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah untuk mereka yang terlibat semoga diberikan kekuatan dan tabah menempuh dugaan di Aidilfitri yang mulai ini.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri ditujukan khas kepada ayah bonda dan keluarga tersayang, saudara mara, rakan-rakan dan pembaca blog. Salah dan silap harap dimaafkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Saturday, April 10, 2010

Pastikan Kenari Terbang Tinggi



Kepada skuad Kedah, pastikan Sang Kenari terbang tinggi dalam final malam ni. Sebelum terbang tu patuk dulu Si Rusa tu puas-puas. Tapi awas, jangan kena pijak pula!

Pulun Kedah Pulun!

Friday, March 26, 2010

Video: Orang Mengamuk



Marah betul encik ni selepas diterjah oleh wartawan...

Monday, March 1, 2010

Video: Keluar PKR

Video 1: Mohd Fairuz Khairudin, bekas Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang 1



Video 2: Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng



Dua minggu lepas, ahli parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain juga telah keluar PKR. Bilakah giliran YB Zulkifli Nordin? Bagaimana pula dengan ahli2 yang lain? Sampai bila mahu bersekutu dengan firaun2 kecil?

Hijrahlah sebelum terlambat.

Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah Allah: Video Anwar Lidah Bercabang

Saksikan video kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin utama Pakatan Rakyat berkaitan dengan isu kalimah Allah dahulu dan sekarang.

Video pertama: Ucapan DSAI semasa Majlis Perasmian Kursus Reorientasi Pelajar Daripada Luar Negeri pada 12 Ogos 1984.



Video kedua: Ucapan DSAI semasa kempen pilihanraya kecil di Batang pada 1 April 2009



Video ketiga: Ucapan DSAI dalam program PKR di Ipoh pada tahun 2009



Daripada video ini telah terbukti bahawa kenyataan beliau tidak konsisten dan berubah mengikut masa dan keadaan. DSAI yang disanjung dan diangkat oleh penyokong beliau jelas mempunyai lidah bercabang. Kadang-kadang beliau bersifat seperti binatang iaitu boleh bertukar warna kulit hanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

Apa yang saya ingin persoalkan, mengapa dahulu beliau menentang usaha penterjemahan Injil ke Bahasa Melayu dan sekarang begitu lantang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh puak Kristian? Tidakkah ini menunjukkan sifat binatang beliau?

Kesan daripada isu ini amat berat. Berkemungkinan merosakkan hubungan antara kaum dan agama di negara kita yang sedia terjalin sejak sekian lama. Pergaduhan antara agama dan juga pertumpahan darah juga mungkin berlaku.

Jika dahulu DS Nik Aziz mendoakan kehancuran DS Najib dan pimpinan beliau kerana dipercayai menyekat pemberian wang royalti minyak kepada rakyat Kelantan, apakah sekarang kita boleh mendoakan kehancuran kepada DS Anwar Ibrahim, DS Nik Aziz, YB Khalid Samad dan kumpulan yang menyokong usaha Kristian ini? Perbuatan mereka ini lebih berat daripada isu pemberian royalti minyak Kelantan.