Saturday, November 1, 2008

PSM 1

Tamatlah sudah seminar Projek Sarjana Muda 1 bagi para pelajar FKM semalam. Saya diberitahu oleh rakan bahawa Wan Nohsa atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Pak Usop merupakan pelajar terakhir yang menutup seminar tersebut semalam.

Ada dikalangan kita yang menamatkan seminar tersebut dengan rasa gembira dan berpuas hati dengan kajian projek masing-masing yang telah dijalankan hampir satu semester lamanya. Tetapi, ada juga yang melahirkan rasa kecewa kerana kurang untuk memberikan suatu persembahan mengenai projek dengan baik kepada para panel.

Justeru, saya ingin memberikan sedikit nasihat kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Kepada rakan-rakan yang memperoleh kejayaan, diingatkan supaya tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi hari ini kerana kejayaan untuk hari esok tidak terjamin tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Teruskan rentak usaha bagi merealisasikan impian dan kejayaan masing-masing.

Buat rakan-rakan lain, janganlah berputus asa dan patah semangat dengan apa yang telah terjadi. Sebaliknya, jadikan ia sebagai panduan dan cabaran untuk memperbetul dan membaiki kelemahan yang ada. Lakukanlah perubahan untuk menggapai kejayaan yang diidamkan oleh semua pihak.

Ingatlah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya." (Ar-Ra'ad: 11).

7 comments:

Anonymous said...

how can you validate our data????(wan zalimi, 2008)

Anonymous said...

Correction:
how can you validate your data????(wan zalimi, 2008)

-typing error

Mohd Hanif B Md Yusuf said...

eceh... blk lmbt, mesti hang nges tmpt lain kn pg tu.. jgn sedey ek

Syammil said...

azroy..wat r u talking about??

anep..aku ada komitmen lain yang lebih penting la lepas present tu..jangan salah paham plak..

Anonymous said...

samel... tahniah la atas keberjayaan anda dalam membentangkan PSM 1 anda... tapi kita sama2 beringatlah, keberjayaan ini bukan pasti akan mendapatkan keberjayaan pada PSM 2... Ingat samel... Hehe...

Btw, congrats again...

Syammil said...

btul tu naim..aku advise tu utk diri sendiri n member2..

congrats to u naim..

all da best for final!

- pidot - said...

psm..psm..psm...

"PSM is all about self learning"
- my SV said..!!

hahaha....gud 4 us..!!