Rampas Perak, Najib seperti Zionis
PULAU PINANG, 6 Feb (Hrkh) - Tindakan Barisan Nasional yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Abdul Razak dalam merampas kerajaan negeri Perak ibarat Zionis, Israel.
Demikian ulas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin sambil menegaskan, media pro Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengelirukan rakyat tentang situasi di Perak ketika ini.
"Setakat semalam Menteri Besar, Dato' Seri Nizar masih Menteri Besar yang sah dari segi perundangan. Biar rakyat yang menentukan bagaimana keadaan Negeri Perak seterusnya bukan dirampas bagaikan rejim zionis." ujarnya lagi.
Sumber: www.harakahdaily.net
Berdasarkan situasi yang berlaku di Perak, Dato' Seri Najib disamakan dengan Zionis oleh pihak PR. Saya ingin bertanya kepada pihak PR, bagaimana pula dengan projek rampasan kuasa 16 September yang dicanangkan oleh Datuk Seri Anwar ke seluruh dunia. Adakah beliau dan sekutunya dalam PR boleh disamakan dengan rejim Zionis?
Kalau orang lain yang buat semuanya salah dan tidak ada satu pun yang betul, tetapi apabila pihak anda yang laksanakan semuanya ok dan tidak salah.
Kepada YB Mohamad Fairus Khairudin, katakan saja tindakan bos anda tu seperti Zionis. Letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan keluar dari PKR sebagai tanda protes dan bukti anda tidak sukakan tindakan ala Zionis yang anda maksudkan.
22 comments:
mane la ade rampas2 nih...BN patuh pade titah sultan..hehe..arituh adun bota lompat (nizar cakap tindakan demoratik)..ha la ni ape macam???projek rampasan kuasa Anwar berahim tu demokratik ke x??patut baling kasut je kat muke anwar tuh...
Najjib n Najib.. sebutan hampir sama, ejaan pun hampir sama.. tapi situasi berbeza.. hahaahahah
hurm.. apepun, moga rakyat Perak (terutamanya melayu) mngambil iktibar setelah di perintah oleh PR utk satu tempoh 'percubaan' nih...
nilai dgn baik samaada pemimpin PR di Perak boleh dipercayai atau hy sekadar boleh didengari (Dgr tapi jgn percaya)...
setakat nih, rakyat kedah tidak ada masalah besar kerana kerajaan negeri nye tak campur org 'len' byk sgt...
rkyt penang pulak, takkan terjejas sbb cha' byk kat sn n sesuai la ngan pemimpin DAP duk sana.. tapi ma' mmg susah mau cr makan la...
rkyt selangor lak.. selangor nih byk pelaburan, so duit kerajaan negeri pun dh byk. lagipun org selangor nih susah nak tereffect (ekonomi & sosial) dgn situasi politik, sbb purata pendapatan antara kaum lebey kureng sama jek. n byk org berpengaruh duk sana. lgpun khalid is much more better than toyol.
rkyt kelantan, lebey kureng cam kedah situasinya. lagipun rkyt kelate nih sokong pd ugama lebih drpd pembangunan. lgpun pembangunan tertentu leh tutup periuk nasik depa, sbb byk IKS kat kelate nih. So klu tesco,jusco, kilang jack n jills, ke pe ke buka sana, hbs la lingkup perniagaan melayu kelate.
jadik kesimpulannya.. perak nih PR plg tak stable.. sbb kuasa 2-2 pihak sama kuat, n rkyt perak pun hampir balance in term of kuasa2 tertentu termasuklah kuasa otromen! hahahaahaha so klu tak pueh hati, sgt mudah nak tukaq kerajaan br.
Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
~ jebat moden jebat moden!!hahaaha
tarik blk title datuk seri tu..penderhaka xlayak dapt title tu
xde sapa2 yg zionis dalam hal ni.gol yg melompat parti pada dasar nya bgus sbb mncari keserasian tp bile mna da mnjadi adun dan memegang jawatan lompat parti adalah dikira satu jenayah masyarakat.spt yg di sebut dalam artikel sblum ni bayg kn pasni diorg lompat pulak g PR pas2 lompat g BN.dalam masa 5thn 88x kjaan negeri bertukar tgn xkeharu nmanya nih.mereka2 ini hanyalah golngan yg tidak ikhlas dalam mnjalan kn amanah dan tgungjawab (moga2 Allah mmberi mereka petunjuk).gol kambg dan anjing yg suka melompat ni sedap la sebab mereka lompat2 pon duit masuk gak.kuar pg naik mercedes makan ayam golek tp rakyat yg kt bawah ni makin diorg melompat maikn la kecik poket diorg.pelabur lari,keje xdak,menganggur,dulu naik keta skang naik bas,lama2 naik basikal,xcukup duit jual plak basikal jalan kaki,dlu bleh makan ikan pari la ni tuka plak ikan kembong,pas2 downgrade lg makan ikan masin bulu ayam lama2 makan ikan bilis.ni la padah nye mengikut demokrasi ciptaan kafir laknat 2.PR ke BN ke sma je sbb sapa2 pon yg menang demokrasi tetap jalan.yg menang gol kafir britain sbb da brjaya mngucar kacirkan negara ni tnpa sedar melalui topeng ****.perlmbgaan ikut lord reid.ulamak?hanya utk baca doa dan jadi imam.ckap ulamak dipersoalkn.ajak wat hudud bising(klu kafir bising lantak diorg la sbb diorg kafir tp klu org islam sndri yg bisg nauzubillah),al-quran plak hnya utk dipertndingkan tnpa mngambil ilmu dpd nya.kepada2 pemimpin2 yg suka melompat 2 igt2 lah dunia ni xlama.tah besok tah lusa abih la.bertaubat la takut pada Allah jujur dgan amanah yg diberikan.jgn anda melompat kerana periuk nasik anda terjejas (xdpt kontrak gomen kot).berkhidmat utk rakyat dgn ikhlas da jgn menganiayai org perak lagi,berhenti bersikap assabiyyah dan palg utama....korg pk la sndri!!!!
ada org 2 siap berarak depan istana bawak sepanduk kata sultan binatang lg.....huhu
"kami nak jusoh nate"
sekadar memberi pendapat..
xde sapa2 yg zionis dalam hal ni?
perkataan Zionis datang daripada kenyataan YB Fairus yang menyamakan DS Najib dengan rejim Zionis.
persoalannya, apakah pula perumpamaan yang boleh diberikan terhadap projek 16 sept tajaan DS Anwar?
apa yang dibimbangkan adalah rakyat yang akan menjadi mangsa keadaan sekiranya acara lompat parti hingga menyebabkan kerajaan tumbang berlarutan.
setiap hari boleh bertukar kerajaan..
projek 2 projek gagal.so xperlu nk bising2.xde sape2 yg zionis sbb diorg 2 musuh Islam.pemimpin PKR cuma melatah spt latah org tua kerana xdpt menerima hakikat bhwa "rakan" mereka melompat.ini boleh mmberi pengajaran pd PKR juga pd parti politik yg lain supaya adakala nya "rakan" yg mereka percayai boleh "stabb them from the back".
p.s-teringat cerita Uztazah Dato' mashitah sewaktu nma beliau xdiumumkan sbgai calon yg bertanding dalam pilihan raya umum baru2 ni.hahaha
projek 16 sept tu masih berjalan..DS Anwar sedang berusaha kearah menjayakan projek tersebut..
beliau sendiri yang mengesahkan perkara ini dalam kongres tahunan PKR baru2 ini..beliau berharap para penyokong dapat bersabar dan menunggu..
kesimpulannya... PKR-loser, DAP-won thru PKR, Pas-bg cukup korum jek.
Dr ketiga2 gabungan nih, PKR plg tak kukuh sokongannya. PKR dpt sokongan kbykn dr melayu PAS, DAP dpt Pulau Pinang melalui kerjasama ngan PKR. Tapi Selangor mmg PKR la byk pengaruh.
Dalam hal Perak, PKR yg jadi punca, DAP menambahkan punca (3 PKR, 1 DAP kuar parti).. PAS? semua kukuh ngan pucuk pimpinan parti.
So aku rs, baik demolished terus PKR nih. Brla DAP pun tarak pa2.PAS? lantak pi kat depa, yg aku tau:
PAS memerintah, melayu masih bermaruah!
sapa2 pon yang perintah selagi dasar british kita pegang kita masih blum dianggap bermaruah. sepatutnya kita malu sebab sekian lama merdeka kita sebenarnya masih dijajah melalui dasar-dasar british,pemikiran perkauman dan assabiyyah yang melampaui batas dan menjadikan agama sebagai alat bukan sebagai sumber rujukan. hasil nya lihat lah malaysia sekarang maju dari segi fizikal bangunan bertaraf dunia tetapi dari segi rohaniah semakin lama semakin menyerupai kaum jahiliah.
kite serahkan pd ustaz2 dan geng2 'sekadar memberi pendapat' dalam meningkatkan kesedaran rohani rakyat malaysia.
Allah...sedih nya saya melihat komen tuan.tidakkah kita sedar tugas dakwah kn adalah wajib bg semua umat Islam mengapa perlu diserahkan pada sesetengah individu atau kumpulan melaksanakannya. pemerintah yang sedia ada ni pon boleh jugak malahan adalah wajib bagi mereka sebab mereka ni pemerintah. tuan Tok Hussain Meet Tok Said juga wajib turut sama membantu membetulkan rohaniah rakyat malaysia ni.kalau kita rasa-rasa tidak mampu nak buat jangan la pulak persendakan gol lain.xnak tolong sokong usaha mereka bukan sekadar tengok pastu bile berjaya cemuh klu gagal gelak.
dh bile sy buat, org kate sy salah.. tak berilmu...tak layak...
so kite bg org yg betul, berilmu dan layak utk buat
weh aku nak komen lagi kt sini.jom baling kasut kt nuar zionis dan nizar jebat.waawawa
PAS memerintah, melayu masih bermaruah!?wawawaa makhluk mane ckap ni.wawaa nizar jebat tu bkn org pas ke.wawawa apa dh jd dengan melayu kat perak.weh ini tahun aa tahun lembu wooo.pas tu aaa lembu dap ja wooo.lu tarak tau ka haa.wawawawa
mna lg utama??tanggungjawab atau dengar ckap-cakap orang.kita watpe pon orang akan sentiasa bercakap sebab manusia memang dilahirkan ada mulut tambahan plak klu org itu org melayu spesis yang suka mengata orang xkira pe yang kita buat.
so lu pk la sendiri kawan....
jika begitu, sedare 'sekadar memberi pendapat' tak perlulah nak kondem pemerintahan malaysia yg sedia ada ini..
baik sedare teruskn ngan agenda mnaik taraf rohani rakyat malaysia bersama2 mana2 kerajaan malaysia..tanpa kire parti mn memerintah.jgn sekadar kondem, tapi agenda tak diteruskan sbb taknak sama2 bantu parti yg memrintah. tnggu PR memerintah br nak teruskan agenda.
nak seribu cara, taknak seribu dalih.. sekian, lu pikir la balik kronologi ayat aku nih.
Sekadar memberikan pendapat...
Apa yang berlaku di Perak mungkin boleh kita debatkan. Kerajaan PR mempunyai 28 kerusi DUN manakala BN juga mempunyai 28 kerusi DUN. DUN Perak juga mempunyai 3 ADUN Bebas. I cannot see simple majority in this situation. 3 ADUN Bebas hanya menyatakan sokongan kepada BN dan bukan ADUN BN. Apa yang dilakukan oleh MB 10 adalah betul kerana BN tidak mempunyai simple majority secara logik nya. Jadi apa yang perlu dilakukan disini. Ketiga-tiga ADUN yang merasa Bebas tu patut menyertai BN dan bukan menyatakan sokongan. Kalau dah menyertai BN maka sahlah mereka ADUN BN. Dengan itu, saya berpendapat sekiranya Bebas 3 menyertai BN dan menjadi BN 31 barulah terserlahnya simple majority dan MB 10 akan letak jawatan dengan sukarelanya.
yup betul2.. aku sokong..
tapi takleh kate ape la kan, mainan politik... hehehehe
yg 2 adun PKR tuh dh sain sumpah taat setia yg menyatakan klu depa kuar PKR, depa kene kosongkan jwtn ADUN. tapi nape setelah depa jadik BEBAS depa tak kosongkan jwtn ADUN? n kenapa sumpah taat setia tuh cam takleh buat ape2 kat depa dua? knpkah SPR menolak permohonan PR utk menjalankan pilihanraya kecil yg baru? kenapakah 2 bekas ADUN PKR menyatakan sokongan pada BN tapi tak sertai BN?
semuanya mainan politik semata2. tiada yg taat pd sesuatu yg tiada kepentingan. kalau 2-2 ADUN tuh terang2 kata masuk BN, kemungkinan sumpah taat setia yg depa sain tuh akan memberi kesan kepada depa. kemungkinanlah kan...
kita tgk dan lihat apa yg jadi nnti. keta sultan pun org perak dh berani halang2.entahlah, org melayu yg persendakan kuasa sultan melayu sendiri... (wlupun mmgla keputusan sultan tuh ada pengaruh dr kjaan persekutuan)
nak buat bersama2 pemerintah tp lihat situasi sekarang pemerintah sendiri yang menolak pe cite. ada orang yang bersungguh nak melaksanakan tp pemerintah mempersendakan pe cite. bukan mengondem cuma menyampaikan pendapat. ak kondem2 pon klu da pemerintah hati keras macam batu pon xguna gak
buat lah tanpa kepentingan politik... takpun masuk politik depa, tapi tegakkan hal agama...
Bersalahkah Anwar bin Ibrahim?
By Anwar Ibrahim
dragsuperstar.blogspot.com
Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.
Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.
Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!
Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.
Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.
Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!
Post a Comment