Saturday, February 7, 2009

Demonstrasi di Perak

Beginilah aksi kegilaan penyokong PR semasa merusuh ke arah istana untuk membantah Titah Sultan Perak semalam. Tindakan mereka ini pasti mendapat arahan dari pihak atasan PR bagi menimbulkan keadaan kacau bilau di negeri Perak.

Kanak-kanak dan wanita dijadikan perisai dan diletakkan dibahagian hadapan semasa bertempur dengan pihak FRU. Keganasan dan sikap yang amat memalukan ini pasti mencemarkan nama negeri Perak dan Malaysia khususnya di mata dunia.

Walaubagaimanapun, anggota FRU ini telah menjalankan tugas dengan profesional dan tidak mempamerkan kekerasan kepada penyokong PR yang bertindak liar ini.

Pelbagai objek telah dilemparkan oleh penyokong PR kepada pihak polis namun ianya tidak sedikit pun menggentarkan pihak polis daripada menjalankan tugas mereka terhadap negara.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PDRM kerana telah menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam di negeri Perak. Sumbangan pihak polis amat besar pada negara dan rakyat Malaysia.

Terima kasih PDRM.

21 comments:

Tok Hussain Meet Tok Said said...

hebat ar rakyat PERAK PR nih, giler brani.Salute sama rakyat perak PR!

Anonymous said...

Aku akan memberontak buat revolusi

gc said...

konfirm2 ker mmg org yg terlibat tue org pr????

tgk dr rupe.. mane nak tau..

siape tahu ade pihak lain? cubaan memburukkan name pr ker?

ape2 pun.. semoga Malaysia sentiase aman..

Tok Hussain Meet Tok Said said...

hurm.. ade ke? klu camtu aku tarik balik lah.. bapak pengecutnye rakyat perak PR nih... ish3

Syammil said...

bolehkah negara kita aman selagi ada rakyat yang berdemonstrasi secara ganas seperti ini?

afuan16 said...

en.syammil perlu membaca dan menelaah secara intelek, iaitu pro dan kontra..berbicara secara tulisan satu dimensi method pemikiran tidak mendatangkan mauduk profesional ideologi anda..anda bicara polis dan FRU menjalankan kerja secara profesional..demonstrasi ini arahan dari pimpinan PR..jelaslah, anda hanya menggunakan satu dimensi rujukan dgn tanpa landasan pemikiran baru yg mencirikan mauduk ilmiah dan intelek seorg mahasiswa yg bisa memimpin negara secara telus, ikhlas, dan berlandaskan ciri kepimpinan berani..bacalah kembali kenyataan ir.nizar, anwar ibrahim, dan kenyataan rasmi presiden pas, hadi awang secara ikhlas dan intelek utk menafsirkan tanpa sebarang syak prasangka yg jelas mencerminkan ciri2 politik mauduk pemikiran kolot anda..rkyt bngun membantah di jalanan sbg tanda protes dan amarah kebangkitan suara rkyt tanpa sebarang ajakan dari pimpinan tertinggi..anda perlu mengkaji kembali sejarah kemerdekaan kita secar intelek dan intelegensia, bukan hanya membaca kitab teori sempit, ortodoks, dan berdasarkan sempitnya dimensi ruang pemikiran..dato onn jaafar mengajak rkyt bangkit menentang malayan union melalui gagasan demonstrasi jalanan..rkyt sebelum merdeka memasak keringat dan keberanian utk berdemontrasi di jalanan tanpa malu demi menuntut hak..di seantero dunia, rkyt menentang ketidakadilan melalui demo di jalanan...rujuk kembali demo ini di negara amerika selatan, eropah, timur tengah apatah lagi US..ini fakta dan kenyataan..inilah budaya yg kita warisi..inilah tabiat dan ciri2 kemanusiaan..dlm hubungan sesama insan, suami dan isteri bisa bergaduh dan bermasam muka, memberontak dlm konteks utk menunjukkan ketidakpuasan hati..anak membantah ckp ibubapa sbg tanda protes..inilah lumrah dan fitrah kemanusiaan utk menunjukkan rasa protes dan marah dlm variasi konteks aplikasi tapi dgn niat, nawaitu, dan aspirasi yg sama iaitu, ketidakpuasan hati...saya tidak mahu komen dgn lebih lnjut mengenai di perak kerna itu bukan topik atau walid utk dibicarakan dgn anda yg hnya jelas mempamerkan ciri mauduk pemikiran anda yg hanya bisa berjuang di batas mauduk satu dimensi..merungkai persoalan biarlah secara jelas pro dan kontranya..intelek dan ilmiah bicaranya shj bisa membentuk perwatakan pemimpin masa hadapan..

mikhail said...

sungguh memalukan.. hanya bangsa melayu yg berkelakuan seperti ini, bangsa asing bertepuk tangan.. sedarlah wahai org2 melayu, bersatulah semua, kenape kite harus bergaduh sesama sendiri.. kenape kite sanggup merosakkan bangsa sendiri kerana politik yg di terajui oleh DAP, bekas mb perak ini hanyalah boneka,mengikut telunjuk bangsa asing, lagi lama dia memerintah lagi banyaklah tanah2 orang melayu akan tergadai.. jangan sampai kite menjadi pengemis di tanah sendiri.. sedarlah wahai saudara2 islamku semua.. mungkin ada hikmahnya terjadi perkara seperti ini di perak.

angah said...

raja adil raja disembah ,raja zalim raja disanggah..kalau raja pun taknak ikut undang-undang mcmana rakyat nak respek bro..kalo lu duduk zaman melayu melaka dulu lain cerite la..sultan hapa pun xbuat..duk lepak istana.kalau nak rakyat respek,atleast respek la rakyat jugak..main sokong je buat ape..kamon a..bace cyk sikit..bukak minda ko tu.

afuan16 said...

saudara mikhail mahu bicara soal ketuanan bangsa melayu bisa malu..mb nizar sbg boneka..penggadaian tanah melayu yg bisa menyebabkan melayu merempat dan menangis di bumi sendiri..jelaslah, pembacaan,telahan, penaakulan, dan pentakrifan mauduk pemikiran anda hanya terperangkap dlm satu dimensi dan t'bawa2 method atau nahdah tulisan murahan di media massa..bukankah mb terengganu, dato ahmad said, mb pahang, dato seri adnan, dan mantan mb perak, dato seri tajul rosli pernah mengecam laporan2 dan etika kewartawanan media massa..saudara perlu membaca pro dan kontra tanpa sebarang fahaman mauduk atau nahdah barisan mahupun pakatan..keterbukaan minda selaku mahasiswa intelek perlu dicerna dek enzim intelegensia wahai saudara mikhail..utk bicara tanpa fakta kes yg sah dan rigid amat memalukan..buat informasi saudara, merujuk fakta dan statistik sahih, tanah yg menjadi hak milik kekal yg dianugerahkan kpd rkyt perak dibwah kerajaan PR perak begitu menguntungkan melayu..buktinya, penganugerahan hak milik 999thn pajakan tanah yg menjadi isu kontroversi, daripada 600 tanah yg dianugerahkan, hanya 134 kepada bangsa cina dan selebihnya kpd siapa kalau bukan melayu..begitu juga tanah kepada sekolah jenis keb cina diberikan pajakan tanah, dalam masa yg sama, sekolah agama rkyt memperoleh majoriti peruntukan tersebut..siapa gadaikan tanah melayu di sini?? in fakta wahai saudara mikhail yg senantiasa akan ditutup dan disembunyikan kebenarannya dek media massa arus perdana..mb boneka?? inilah slogan afdal serangan media massa yg jelas tidak terbuka dan intelek utk dibawa dan dibicara dek keintelektualan mahasiswa pemimpin masa hadapan..kerajaan mahu melahirkan rkyt malaysia yg towering personal pembangunan modal insannya dan dalam masa yg sama, glokal..aspirasi ini natijah dan sumber enzimnya tidak laen dan tidak bukan melalui pembacaan dan pemikiran yg bisa melakukan anjakan paradigma lonjakan saujana..bukan sekadar mengutip maklumat satu dimensi..tp, cabang pemikiran yg lebih meluas dan menimbang berdasarkan keintelektualan minda, keikhlasan dan kerendahan hati selari dgn tuntutan yg digariskan oleh ISLAM..fikir2kan lah secara rasional tanpa selubungi dek kekolotan dan kejumudan diri..

aMoei said...

afuan16 sememangnya buta tuli..

mikhail said...

saya hairan kenape angah perlu melenting, rasional lah sikit, sape2 boleh berikan pendapat masing2.. adakah kamu ni org pkr ke ataupun DAP.. kwn2ku dan saudara maraku kebanyakkannya org2 perak, sudah terbukti yg bekas mb perak ini adalah boneka, mengikut telunjuk DAP, kalau kamu nak ckp pasal raja dulu2 kamu boleh bercerita dgn budak2 sekolah, sultan perak tu lagi pandai dan bijaksana daripada kamu.. lu yg kena bukak minda lu tu bro.. jangan asyik nak bangkang je, sedarlah kerajaan malaysia byk membantu kite, daripada kamu tak tau membaca sampailah kamu tau menaip kat sini, kenape kite harus bertelagah sesama sendiri.. kepada kwn2 semua jgnlah kite asyik membangkang sahaja siapa yg akan rugi, bangsa kite jua.. seperti saya katakan ada hikmahnya kenape terjadi perkara seperti ini di perak,dan kepada kwnku afuan kamu ckp jgn percaya dgn media massa, perlukah saya percaya dgn harakah,kenape kamu berdua ini sangat marah dgn kerajaan, siapakah yg mulakan kegiatan tidak bermoral seperti melompat parti, saya fikir saudara2 sekalian tahukan.. lagi 1 saya mau tanya kenapakah nik aziz boleh berkata lompat parti ke BN adalah hina dan lompat parti ke pakatan rakyat adalah baik.. kalau saudara2 semua boleh berfikir silalah bagi jawapannya dengan hati yg ikhlas dan bersopan santun.

afuan16 said...

saudara mikhail sekali lagi mengulangi tentang kisah boneka mb nizar melalui pembacaan penaakulan kawan2 dan saudara maranya yg byk di perak..bukti empirikal dan teori mana yg bisa menjadi keutuhan bicara anda? saya telah menyatakan fakta kes keberanian mb nizar dlm pemberian tanah melalui statistik jelas terang lagi bersuluh, sedangkan saudara berdasarkan ceritera yg tak bisa memjadi suatu medium kukuh cerita fantasia..saudara melenting dalam bicara jasa2 kerajaan kpd seantero rkyt malaysia termasuk saya sehingga kini saya telah terdidik dan mengenal internet, menaip di komputer, dpt belajar dgn selesa, dpt menonton astro, namun, saya sekali lagi mengulangi pembacaan dan penaakulan saudara jelas terperangkap dalam satu dimensi..penginterpretasian anda terhadap kerajaan begitu mudah, ringkas, dan jelas tersasar teori relativitinya berdasarkan mauduk nahdah tidak kukuh dan melulu..saudara mikhail lebih baik kiranya merendah diri dan kembali menaakul takrifan dan definisi kerajaan, fungsi dan methodologi kerjanya..hatta kerajaan tersebut barisan atau pakatan, itu bukan prima peri pentingnya utk kita bicarakan..membina jln,jmbatan, sekolah,universiti,kebajikan, itu mmg akar umbi definisi tanggungjwb k'jaan..tapi dalam kita menafsir dan perspektif hak memilih, jgn saudara sekadar bicara tanpa asas mauduk pemahaman konkrit kemanusiaan sejagat..mengenai harakah, blog2 pakatan, atau media massa arus perdana seperti rtm, utusan, tv3..terpulang kpd saudara utk memilih dan mempercayainya, saya tidak memaksa saudara percaya..tetapi apa yg saya tegaskan, mahasiswa glokal dan towering personal modal insannya, keterbukaan dan keintelektualan amat penting selaku enzim penggerak..saya tidak membawa atau mengutarakan hujah berdasarkan harakah mahupun blog2 pakatan kpd saudara..tetapi saya cuba membawa saudara fakta kes yg ternyata sahih berdasarkan statistik yg dikeluarkan..bukan omongan kosong yg dijaja berdasarkan syak prasangka..mengenai budaya lompat tajaan aspirasi anwar dan kenyataan nik aziz, kiranya elok saya tidak melayan soalan itu kerana asas pemahaman tersebut begitu subjektif utk dihuraikan..tetapi biarlah saya tegaskan sekali lagi..keinteletualan berdasarkan teori domino penaakulan pro dan kontra amat berharga difahami disamping keterbukaan anjakan paradigma..

Anonymous said...

kembalilah kpd al-Quran dan Sunnah nabi SAW. Itulah sebaik2 rujukan. Kembalilah kpd syariah islamiyah. Isi kandungannya dah cover sume bab psl hidup dan mati.
Sistem pentadbiran Khalifah la sebaik2 pentadbiran tak kira zaman mana pun kita berada. Kalu kita ikut 100% dpd ajaran al-Quran dan sunnah nabi SAW, insyaallah bleh berjaya. Buangkan penyakit "wahan" (terlalu cintakan dunia). Semoga mana2 pihak yg benar mendapat kemenangan.

Anonymous said...

syammil tak cukup umor lagi nak berpolitik..

AloQStaQ said...

Bro Syammil,

Terus berjuang dan sama-sama kita kuatkan barisan pemuda Kedah bersama Dato' Mukhriz! ... Kita usaha untuk memberikan kesedaran kepada seluruh ahli-ahli PAS, PKR & DAP bahawa perjuangan mereka adalah sia-sia dan mereka adalah perosak negara!

Demontrasi tak sudah-sudah! Bagi negeri suruh perintah, satu pembangunan habuk pun tak dak! Menyusahkan rakyat lagi ada la ... ceramah sana-sini (ntah-ntah guna duit Kerajaan Negeri jugak!), sampai trafik jem nak lalu pun susah! Hampeh punya PAS kedah!

Jahannam la PAS Kedah!


AloQStaQ

-Sila Layari & Daftar ahli di :

http://www.KMU.net.my

-OK! Salam perjuangan BERANI BERUBAH!

Anonymous said...

Hm.....AloQStaQ,
ko penah lalu kat depan skolah menengah sultan ahmad jiwa kat sp x....
p r try lalu kat depan tu...
bn kemaruk sgt undi....smpi wat bas stop baru kat situ pun dia taruk sign board "projek BN"...hahaha
xbleh blah..mcm x ikhlas ja nk wat bas stop tu...terpaksa ke hape....

Mana la kerajaan negeri nk cari duit bebyk wat pembangunan klu kerajaan pusat x memberi.....

nape r ko ngan syammil ni taksub sgt dgn BN tu....

lg satu...bleh plak kes 2bekas exco perak tu ditangguhkan ke jun...nk bg masyrakat lupa pasal kes tu r tu.....pastu nnti leh r BN gugurkan kes tu.... pastu diorg pn join BN......
ketara sgt r weh mende ni....
nampak sgt BN dah bg sesuatu kat diorg..
tp xpe....kita nntikan je la....

Muhammad Azli Shukri said...

memang cofirm itu semua orang PAS, sebab yang bebaring tu kawan saya juga. salam singgah.

Anonymous said...

apa yang ko ni nak racist sgt, umno memerintah pon pasal ada MCA MIC dan lain2, kalo hebat sgt buat parti tunggal jer ahhh.. ko menang halau cina ngan india balik negeri dorang amacam.... kalo anda seorang islam.. islam tidak melihat bangsa apa anda, keterunan apa anda yang penting islam itu ADIL... semoga Allah membuka pintu hati anda...

Anonymous said...

jgn terlalu percayakan pihak media di malaysia ni..kekedang tokok tambah je lbih..cuba dgr dr org yg ad d tmpat kejadian..sebab tu lah pentingnya kwn2 ni...tnya suma pihak yg terlibat...jgn bile dgr dr media je,tros wat andaian yg PR ni terok la apa laaa..kalo diri sendiri x tahu pasal kejadian tu,just dgr2 je...jgn la wat spekulasi cmni..

Anonymous said...

blah a...boneka UMNO...

media malaysia said...

nak pecaye kat media mane lg?media perancis yg pak sheikh ko upah srh tipu pasal najib dan altantuya tu ke?