Thursday, September 25, 2008

Ekonomi

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Aidilfitri tanda berakhirnya Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Namun, suasana kemeriahan Aidilfitri tahun ini dijangkakan kurang meriah. Sambutan Kemerdekaan negara yang ke-51 tahun dahulu boleh dijadikan contoh sebagai sambutan yang hambar. Aidilfitri juga mungkin tidak terkecuali daripada menerima kesan yang sama.

Mungkin ramai diantara kita sudah mengetahui apakah punca yang menyebabkan suasana sebegini berlaku. Keadaan ekonomi yang tidak menentu kini adalah faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini. Ada pihak yang menyatakan kita akan menghadapi kegawatan ekonomi berdasarkan kepada faktor 3F. 3F yang dimaksudkan adalah Fuel, Food dan Finance.

Harga minyak di negara kita masih dianggap tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen mulai semalam. Dunia sedang menghadapi krisis makanan. Negara kita juga tidak terlepas daripada menghadapi krisis ini. Masalah kekurangan beras dan kenaikan harga beras yang melampau adalah bukti yang jelas terhadap krisis tersebut. Justeru, masalah ini akan menyebabkan rakyat kita mengurangkan perbelanjaan sempena Syawal ini.

Tun Dr. Mahathir selaku bekas Perdana Menteri yang kita sanjungi berkata, negara kini sedang mengalami penarikan pelaburan asing mencecah RM600 juta. Pelabur asing tidak mahu terus melabur, sebaliknya menarik balik pelaburan hampir RM100 billion dari Bursa Saham. Namun, Menteri Kewangan yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula menyatakan bahawa kedudukan ekonomi negara masih stabil. Yang pasti terdapat 2 fakta yang berbeza antara orang baru dengan orang yang lebih berpengalaman.

Suasana politik juga mempengaruhi keadaan ekonomi negara. Bermula dengan 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perancang utama untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan tidak berhenti-henti daripada mengubah tarikh penubuhan tersebut. Situasi ini juga boleh menyebabkan pelabur tidak berminat untuk datang dan terus melabur di negara kita. Samada beliau berjaya menubuhkan kerajaan ataupun akan terus 'berseyndiwara' (meminjam perkataan sahabat blogger saya, Seyn), sama-samalah kita menanti dan melihat. Sekiranya tidak berlaku, maka benarlah dakwaan sesetengah pihak bahawa PKR bukannya Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya Parti Kelentong Rakyat.

Sebagai mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian di universiti dalam masa kurang dari setahun ini, adakah kita telah mempunyai pelan altenatif sekiranya negara kita mengalami kegawatan ekonomi seperti yang berlaku 10 tahun dahulu? Justeru, perancangan yang rapi perlu difikirkan oleh kita semua agar tidak menjadi mangsa keadaan ini.

4 comments:

Anonymous said...

erm...didalam situsai ekonomi ms kini, sy lebih berstuju jika mengatakan bahawa, kepimpinan yg lemah punca utama...

Najib tun razak menyatakan bhw malaysia masih dibawah pertumbuhan ekonomi 5.7% tahun ini

bagi yag tahu...mereka sudah sedar bhw kata2 najib itu menunjukan malaysia sedang menghadapi kemelesetan ekonomi...

bg yg tidak tahu, psti menganggap 5.7% adalah angka biasa...sedangkan, sewaktu zaman pemerintahan dr. M, pertumbuhan ekonomi malaysia tidak pernah mencecah paras bawah 11% (jika tidak silap sya la)

bygkan, hampir setengah perbezaan pertumbuhan ekonomi...

zeti akhtar aziz, pernah menyatakan dgn langkah kerajaan menaikkan harga minyak, maka, inflasi akan meningkat...paras yg disebut zeti pastilah sedikit dan tidak membimbangkan... namun paras sebenar yg di estimate oleh pelabur adalah sekitar 12%...tinggi kan?...jika tidak salah sy...jika salah, tlg betulkan...

kegagalan kerajaan merolling wang negara dalam bentuk pelaburan, mngakibatkan nilai wang itu susut akibat inflasi....

berbeza pada zaman tun dr.M, walaupun defisit negara tinggi sgt2, tapi pelaburan sentiasa berjalan...wang pulak tidak akan terasa susut akibat inflasi...kerana pulangan dan inflasi berjalan seiring....

namun, diakibatkan kelemahan kepimpinan sedia ada, muncul pihak2 yang mula menikam2 untuk kekuasaan...

dan ini sekaligus menambahkan lagi kegusaran para pelabur yang semakin cepat menarik pelaburan....

tidak dinafikan...kepimpinan sedia ada teruk!!!!....

tapi yg lagi teruk bila ada pengkhianat negara sanggup mengorbankan ekonomi negara untuk mendapatkan kuasa...

kenapa saya berkata begitu? kerana, apabila rakyat merasa susah, segala isu yang kecil akan lebih mudah dipercayai...dan hy dgn sedikit kata dan janji manis....rakyat mula yakin bhw ini alternatif kami...

tapi, adakah anda merasa org yg sanggup menyusahkan seluruh rakyat malaysia demi kepentingan peribasi ini, sebagai pejuang bangsa dan pemimpin ms depan?

bg saya, beliau hy akan menjadikan pemerintahan negara malaysia ini sebagai pemerintahan keluarga...dan beliau tidak akan melakukan apa2 utk negara kerana beliau hylah boneka yg ingin membalas dendam kepada UMNO!

Syammil said...

eko-no-komi..

sekiranya pemimpin yang lemah ini gagal untuk menguruskan ekonomi dengan baik dan dia tidak mahu melepaskan jawatan sebagai rasa tanggungjawab seperti yang dilakukan oleh PM Jepun, adakah anda bersetuju sekiranya pemimpin yang lemah ini diklasifikasikan sebagai pengkhianat kepada negara juga?

Anonymous said...

~"don't love grip,it will hurt you while making love,use lubricant if grip"~

weh ni bleh masuk ISA ni,smua org knai pemimpin tu,tp jgn lupA plak bila dia bkn berseorang,,, ada anak kucing blakang dia yg cba2 nk mngaum cam singa..

Anonymous said...

saudara syammil:

sy tidak bersetuju beliau dikatakan pengkhianat bangsa...kerana maksud pengkhianat itu adalah berpaling tadah... tapi bagi pemimpin yg begini saya klasifikasikan sebagai "Perosak"...kerana dgn keengganan beliau (diakibatkan kelemahan beliau), beliau mampu merosakkan apa yang telah melayu bina berpuluh tahun dahulu....

Namun istilah pengkhianat bangsa lebih sinonim bagi pemimpin yg depan cina ckp lain, dpn india ckp lain, dpn melayu ckp lain, dpn bumiputera ckp lain.... dan sebenar2nya mengharapkan pertolongan negara lain....



i hate grip too:

sapekah org ni?