Friday, September 12, 2008

16 September

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan 16 September ini sebagai tarikh keramat bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk menubuhkan kerajaan diperingkat persekutuan. Tarikh ini juga dikatakan masa yang paling sesuai untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) 'direhatkan' setelah berkhidmat selama 51 tahun sebagai kerajaan Malaysia.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang 16 Sept untuk membuktikan bahawa samada target ini menjadi kenyataan atau tidak. Pelbagai pertemuan dan perancangan telah dijalankan bagi memastikan target ini terlaksana.

Kerajaan persekutuan yang baru boleh dibentuk dengan hanya membawa masuk sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN ke dalam PR. Berdasarkan keadaan sekarang, tarikh penubuhan kerajaan baru ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum diketahui disebabkan beberapa ahli parlimen telah dibawa ke Taiwan bagi menyertai program lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian. Walaubagaimanapun, beberapa pemimpin PR telah berlepas ke Taiwan pada pukul 2 petang tadi bertujuan untuk menemui ahli parlimen BN yang ingin menyertai PR nanti.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa keadaan begini berlaku. Ada yang mengatakan rakyat mahukan perubahan dari kerajaan sekarang yang dikatakan sarat dengan rasuah serta gagal untuk membela nasib rakyat. Ada pula yang mengatakan perubahan ini dirancang untuk kepentingan individu yang terlibat.

Sekiranya target 16 Sept ini berjaya dicapai, sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN yang melompat ke PR boleh dianggap sebagai hipokrit dan tidak mempunyai pendirian yang tetap kerana mereka telah menang dalam pilihanraya yang lepas di bawah parti BN. Sekiranya janji yang dikatakan oleh PR gagal dilaksanakan selepas menubuhkan kerajaan, adakah ahli-ahli parlimen ini akan melompat balik ke BN? Adakah Malaysia akan mempunyai kerajaan setiap 2 atau 3 bulan sekali? Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti ketidakstabilan ekonomi dan keselamatan rakyat.

Ketidakstabilan ekonomi adalah masalah yang amat ditakuti terutama bagi golongan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian di universiti dan akan menempuh alam pekerjaan kelak. Sudah pasti peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah sukar sekiranya negara kita menghadapi masalah kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu.

Secara serius, saya berpendapat untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku, reformasi kepimpinan di dalam UMNO perlu disegerakan dan ditambah pula dengan keinginan Tun Dr. Mahathir untuk menyertai semula UMNO dapat melancarkan proses reformasi ini. Sekurang-kurangnya usaha ini dapat menyelamatkan Malaysia yang baru menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun ini daripada musnah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penggerak kepada perubahan kerana berjaya membuatkan orang kita bangun daripada tidur yang panjang dan enak dibuai mimpi.

22 comments:

Anonymous said...

spelling error..should be edit before formally published your article...my comment is to check your spelling before published your article, that is the way to improve your blog and more attractive in order to become a successful blogger.

Syafiq Samuji said...

I agree.. anyway.. it's just a matter of time..

Mohd Hanif B Md Yusuf said...

saper yang atas tu yg comment spelling error tu? lagi beberapa hari je lagi 16 september tu..ehm, ak rasa macam propaganda je tu..

Anonymous said...

takyah nak mimpila anwar oi..nie sume perang saraf die je.kalau betul nak jadi kerajaan, buktikan kat 5 negeri PR dulu..negeri yg PR dpt sume negeri kaye2..so dah jd kerajaan kat 5 negeri buktikan la dulu..tak mustahil kalau betul2 hebat rakyat akan undi kat PRU13.malaysia perlukan pemimpin bersifat 'stateman' atau negarawan.contoh macam TUnku, tun razak, mahathir..sume mereka nih berbeza tapi ade satu sifat utama yang same..sifat negarawan..anwar??cume nak jadi PM je.kejar la kemane pon ahli BNBBC, kalo betul diorang nak lompat, diorang lompat je..takyah tehegeh2 pi keja.anwar still nak tunjuk yang die tak kalah..tuje.kakau betul tak jadi 16september..ANWAR IBRAHIM PENDUSTA&PEMBOHONG BESAR!!!pastuh sumbat je dlm ISA.charge die hine DEB. sebab bile hine DEB, die sebenarnyer menaikkan sentimen perkauman sume kaum terutama melayu n cine.so oleh sebab tu anwar boleh dikira menggugat keselamatan negara(sebab selalunya seseorang tu masuk ISA)!!!so bubuh je dalam ISA..try tgk die nak wat pallaa dia lagi ke tak...lawan tetap lawan la dlm ISA..hahaha."only gentleman enter through the front door" sian saiful bukahri...hehe

Syammil said...

Tarikh penubuhan kerajaan baru oleh PR telah ditunda ke 20 September.

Kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja.

Mohd Hanif B Md Yusuf said...

mcm2la dorg ni.. bagi negara maju kn sudah senang.. baru bleh jadi macam jepun.. ni smua gile kuasa ke aper

Syafiq Samuji said...

ade kuase mcm2 bole jadi.. rasa berkuasa.. bole mengarah orang.. bole buat apa saja.. tulah pasal sumer nak jadi pemimpin..

kadang2 or most likely.. sbb inginkan kuasa sanggup buat apa saja.. sebab kuasa org bole hilang pertimbangan.. sebab kuasa nie juga ikatan keluarga bole putus, friendship ape lagi..

~~I love Malaysia.. Please dont ruin it folks!!!!!!

Seyn Jukey said...

hemm
hemm..
hemm...

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman said...

sokong gaco..hidup gaco!!!
(aku dh sokong ko,lehla blnje aku bkk pose..hahah)

Anonymous said...

pada ak xde yang mustahil kat dunia ni.selagi kte percaya qada dan qadar semua bnde buleh berlaku xksah la pe korg nk kte.ni bru bnde kcik tuka krajaan je pun.dlu wak2 tunku abd rahman nak tuka krajaan dpd pentadbiran british ada sesetgh org mlayu kte 2 2 keje sia2 sbb da konon nye da merasa sng dgn ap yang org putih 2 da bg kat die sdgkan die xsdar pembohongan yang org putih 2 da buat.
berbalik pada DEB yang org UMNO kecohkan ak plik gak ap istimewa nye DEB 2 mata org melayu.kt dapat merasa ke DEB 2 sendr.adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.berjayakah DEB mmbasmi kmiskinan di kalangan org melayu sdgkan yang mmperjuangkan DEB 2 sendiri pun org melayu.adakah DEB juga menghalalkan Khairy Jamaluddin mmbeli ECM Libra yg berharga RM9.2juta.dpd mana Khairy dapt RM9.2juta 2?????
sape plak yang sbnar nye menaikkan sentimen org melayu dgn org bukan melayu? UMNO ke Anwar.tgk jela hishamuddin tun hussien mnjulg keris utk mnkut2kan org bukan melayu dan yg terbru kekurang sopanan seorg ahli UMNO yang bernma Ahmad Ismail dgn selamba ayam nye berkata org cina hanya penumpang di negara ni.xsedar ke kekayaan malaysia selama ni pun sebhgian bsar dikuasai oleh kaum yg dikatakan penumpang 2???

klu xjdi kerajaan 16 Sept ni pun satu msa UMNO ttp tumbg bkan di tgn Anwar tp di tgn RAKYAT sbb xde ape yang kekal dalam dunia ni melainkan ALLAH S.W.T.

Syammil said...

penyokong reformasi malaysia..

apakah perlu untuk kita menukar kerajaan persekutuan? atau pun cukup sekadar melakukan reformasi total dalam UMNO sendiri sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia yang lebih maju, aman dan bersatu?

Anonymous said...

reformasi dlm UMNO?boleh jadi xmustahil....bak kata lbih kurg cmni le "Tuan Guru Nik Aziz UMNO 2 sndr kne brubah,xleh ubah akar umbi tuka pucuk pimpinan,xleh tuka pucuk pimpinan kita tuka kerajaan".

p.s: nak ke pucuk pimpinan n akar umbi 2 brubah????

Syammil said...

berdasarkan keadaan politik sekarang, insyaallah UMNO boleh berubah.

tetapi sekiranya pangkat dan harta yang menjadi keutamaan, sudah pasti UMNO akan terkubur tidak lama lagi.

Anonymous said...

Masanya pasti tiba.....
kejatuhan BN amat dinantikan...
cukuplah segala penipuan demi penipuan yg dilakukan oleh BN demi wang dan kuasa.....
Ramai golongan profesional yg pernah belajar atau berkerja di luar negara telah sedar mereka dianiaya oleh BN...
ianya dpt dilihat dgn membandingkan struktur dan pelan2 ekonomi negara2 luar utk rakyat berbanding yg dilakukan oleh BN utk kita.........

di kala harga minyak dunia meningkat tinggi...BN memberi seribu satu alasan utk menaikkan harga...namun apabila harga minyak telah jatuh, tiada apa yg dilakukan oleh mereka...di manakah janji2 mereka yg mengatakan akan menukar harga minyak 2kali sebulan....
itulah janji dari badawi......
seperti dulu...
hari ini kata lain....
esok jadinya lain....

bersama2 kita nntikan perubahan.....

Syammil said...

perubahan yang dimaksudkan dan dinanti2kan oleh rakyat Malaysia adalah perubahan didalam UMNO sendiri.pemimpin yang lemah akan digantikan dengan pemimpin yang baru.

pemimpin baru ini mesti berwawasan, mempunyai idea2 yang bernas bagi membela nasib bangsa melayu khasnya dan rakyat keseluruhannya.pemimpin2 ini mesti mempunyai keberanian dan kekuatan untuk menangkis segala cubaan yang menggugat kedudukan orang melayu dan islam sekarang ni.

BERANI BERUBAH!!

Anonymous said...

Perubahan itu tidak akan membawa makna sekiranya tampuk pemetintahan negara kita tidak bertukar tangan. Jika Bn terus memerintah, siapa yg akan melakukan Check and Balance??
Dapat kita lihat sewaktu kerajjan negeri Selangor dan Perak bertukar tangan....
berlaku penghapusan kertas2 projek dan kerja kerajaan negeri...mengapa ianya berlaku??

Sedarlah wahai rakan2.....xtertipu lg kah anda....waktu pilihanraya anwar bln lepas...sudah jelas dan nyata bagaimana BN cuma bertungkus lumus mencari dan mencipta kelemahan uk melawan Anwar.....

Secara tiba2 hari ini...badawi menyerah jawatan menteri kewangan kepada najib dan sebaliknya.....
mengapa ianya berlaku?? hanya mereka yg tahu....
ari ni badawi cakap itu...esok mungkin beliau ubah lagi....
seperti yg telah berlaku sblm ini....

Anonymous said...

erm...since this topic became more sensitive to be discuss...erm...
juz wanna remind...watch out...
jgn kang ada antara kita tak sempat grad sebb dikatakan menyokong politik pembangkang...hahahaha

PRM (penyokong reform malaysia)... actually, did u learn from the past?
did u know well the content of perkara 153?

did u know well the meaning of DEB?the mission and vision of DEB?

if u r a malay (hopefully not), didn't u think that what make ur father raised u well? and if u r an undergraduate student, penah pikiaq ka klu takdak DEB hg duk kat mn...

Maybe, someone took advantage on DEB...but the truth is...DEB menyeimbangkan perasaan iri hati dan perkauman dengan pelaksanaan yg tepat....

Cube kita hayati last year nye merdeka movie...cube dgr betul2 apa yg Tunku ty pd Tun Sambathan n Tun Tan Cheng Lok (yeke) masa nak mulakan perbincangan mengenai perpaduan kaum untuk menuntut kemerdekaan...

ayat dia yg pertama 'tanah ini adalah tanah melayu, adakah kalian setuju? jika kalian tidak setuju...tiada guna kita meneruskan perbincangan ini'....

hanya yg memahami akan faham kaitan ayat di atas dgn pelaksanaan DEB...
DEB diasaskan oleh Suruhanjaya Reid yg ahlinya byk org inggeris...

So pikiaq2 la...

Anonymous said...

Kasihan rakyat Malaysia hnaya kerana penyokong pembangkang cita2 utk menjadi graduan terhalang. keadaan yg sma sewaktu pemerintahan British dahulu yang mmburu pembangkang2 mereka yang terdiri dpd org melayu shgga mereka terpaksa lari ke dalam hutan bersekongkol dgn komunis.... Samalah mcm mahasiswa yg brsuara mmbantah dasar kjaan akhirnya di buang University dan disumbat ke ISA atas tuduhan menghina kjaan.... mmg btul DEB dasar nya mmbantu org melayu malangnya DEB telah di salah gunakan oleh pemimpin politik tertentu utk mengaut keuntgan bg pihak mereka. Dasar DEB mmg suci tapi itu cuma dasar yg tertulis. bagaimana pula dgn yang terlaksana.MMg betul ramai usahawan melau tercipta hasil dari dasar DEB sperti MB selangor cth nya tapi berapa ramai adakah ianya mencapai matlamat?? klu btul DEB dapt menyeimbgkan rasa iri hati antara kaum mengapa smpai sekarg api perkauman di negara ini masih wujud?? mengapa kerana DEB telah awal2 di hina oleh golngan yg memntingkan periuk nasi mereka.sebenarnya bukan anwar yg menghina DEB tetapi gol yg menyokg DEB 2 sendri yg menghina DEB awal2 lagi tanpa kita sedari tapi ble ad org mempersoalkan relevan-nya DEB segera di tuduh pgkhianat bgsa....

apa ada pada bgsa.bkan boleh bawak msuk kubur pun bgsa kita 2.yang tggl hnyalah keimanan dan ketkwaan yg hakiki kpd Allah.

Arif Wahab said...

mmg bngsa xleh masuk kubur...tapi adakah kita sanggup tgk anak bngsa kita diperkotak katik kan oleh pengkhianat bangsanya yg bersekongkol dgn bgsa lain utk menjatuhkn maruah bangsa sendiri demi kepentingan minoriti...

dan scr kamu tidak sedar, pemikiran kamu telah dipngaruhi oleh bngsa lain untuk mengkhianati perjuangan bgsa sendiri...

bukan DEB yg harus disingkirkn...tetapi pelaksanaan yg harus dibaiki...

jgn khianati bgsa kerana fhmn yg anda sendiri tak mngerti...

byklh bc sejarah bngsa...

Anonymous said...

zaman skang ni sume anti kjaan msuk ISA,tulis cite kutuk kjaan msuk ISA,ckp sikit ISA,bagi nasihat pun ISA.Saya bgga jadi ank Malaysia.Inilah yang di ktakan DEMOKRASI TERPIMPIN.........

p.s: DEMOKRASI TERPIMPIN PALE HOTAK KO (dialog cite P Ramlee)

Anonymous said...

bolehkah hamba menjoin diskussi ini..
hamba pon ingin kan ras kehangatan berpolitik :)

Syammil said...

nobody can stop you..

the most important is please state your name/nickname for your comment..