Friday, April 3, 2009

Najib PM Ke-6

Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam

KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas perlantikan tersebut.

Diharapkan masa depan Melayu dan Islam akan lebih terbela serta Malaysia akan dipacu ke era kegemilangan dibawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib Tun Razak, selamat menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, terima kasih diucapkan atas jasa dan sumbangan kepada negara selama menjadi Perdana Menteri. Walau apa pun yang terjadi sebelum ini, pasti ada hikmahnya.

18 comments:

Anonymous said...

Cina MCA mintak jadi TPM...Apa kata encik syammil yang merupakan pejuang melayu sejati???Dulu umno takut2 kan melayu dengan DAP...Nampaknya MCA dulu yang berani bersuara....

~~Satu Malaysia~~ said...

takpela mca mintak..tapi belom tentu pemimpin umno akan benarkan..saye percaya pemimpin umno takkan sekali kali izinkan...sebab kalo mca mintak n pucuk pimpinan kerajaan BN benarkan susah la nnt. nnt MIC pon nak jugak untuk org india...pastuh nanti suku2 kaum kat sabah sarawak pon nak jugak...so berape banyak nak ade TPM kt msia ni???Apepon pasti org melayu takkan izinkan...ape selame ni pucuk pimpinan melayu abaikan ke kebajikan kaum2 lain di malaysia??satu contoh mudah kat luar negara mane ade sekolah yg ikut kaum macam yg Malaysia amalkan skang ni..tapi kat malaysia kerajaan kite benarkan n biaya lagi tuh...kalo ikutkan sekolah satu jenis pon ape salahnye..tapi sebab nak menjage sensitiviti kaum and hak kaum lain..maka kerajaan benarkan..so ape lagi yg tak cukup...kite semua sedar yg kaum laen sedang cube untuk dapatkan lebih kuase politik..n kalau org melayu skang ni masih tak sedar n sanggup nak gadaikan kuasa politik..taktaula ape akan jadi..(mule2 mintak TPM, pastuh 20,30tahun akan datang mintak PM ikut giliran..lame2???jangan jadi macam anwar dah la...awal2 dah offer DAP jawatan TPM kalo pakatan pembangkang perintah malaysia..So kalau mane2 org melayu rase nak sokong anwar..silekanlah..saye tak sanggup jadi petualang bangse!!!!

Anonymous said...

1. "saye percaya pemimpin umno takkan sekali kali izinkan"..haha..
awak percaya...aku pulak tak boleh nak percaya ...Umno ni bermuka2...

2.Bukan ke haritu kerajaan BN nak buat sekolah satu sistem???

3.Betul ke anwar offer DAP jadi TPM???mintak bukti, youtube ke...Kalau bukti utusan melayu x payah la cerita, hak milik umno...patutnya pada utusan melayu tu tulis "Untuk Ahli Umno Sahaje"...

4.Bila Najib nak masuk mahkamah ni???Bukan masuk suruh masuk penjara pun...masuk mahkamah je...nak siasat...cari kebenaran

Syammil said...

umno bermuka2? pakatan pun apa kurangnya.lagi hebat tahap pembohongannya.tapi buat2 tak nampak kot.

memang ada cadangan untuk wujudkan sekolah satu sistem.tapi pkr sendiri yang kuat membantah.

alahai..suara keadilan pun tipu.tapi tak apa.asalkan datang dari pakatan semua yang tipu jadi benar belaka.

aRiF AbDuL WaHaB said...

Umno ka tipu, pakatan ka tipu.. tarak jadik masalah.. semua parti ada main tipu2 juga...itu anwar lagi kuat tipu.. tahap dewa2 beliau tipu..

ok, kalu kamu lihattt.. da moment org melayu tarak sokong itu UMNO, UMNO sudah jadi manyak lemah juga. Jadi, utk kekal sbg kerajaan, BN terpaksa la ikut kehendak MCA MIC dan lain2 parti komponen..

Terpaksa la duk sat kata lagu nih, tup2 sok jadik lagu nih.. sbb apa? sbb rakyat jugak..

Rakyat yg mengubah sesuatu..

tapi bg DS Najib TR, aku rs dia nih dh cukup tere, takat tekanan rakyat nih, dia leh twist.. takat ekonomi low nih dia leh improve..

Tapi kebengongan dan kebobrokan org melayu yg sokong anwar dan DAP, pasti akan buat negara ini lagi kacau bilau.

Anonymous said...

Najib memang tera...Bukan takat tekana rakyat...semua pun dia boleh twist...

Orang bising2 pasal monggolia dia buat bodo jer...Ketua pembangkang usulkan beberapa soalan dalam perbahasan bajet...Dia sebagai menteri kewangan boleh sengaja tak masuk dewan...berlegar kat lobi...yang soal pun bukan orang lain...Anwar yang kuat kelentong...matikanlah hujah2 anwar yang tak berasas tu....Kenapa takut sangat nak jawab soalan kalau betul2 terer???
Orang macam ni nak harapkan jaga negara...

Soalan ulangan untuk penyokong pak najib...tolong la jawab...jangan bukak cerita lain...kenapa najib tak masuk mahkamah???sedangkan Anwar dah masuk...

Korang masih tak nampak ke double standard dalam malaysia ni...Ini bukan kes main2..kes bunuh...

Mentang2 la altantuya dah mati...Tak boleh mengadu...Saiful boleh gak mengadu kat najib kalau bontot dia pedih...

~~Satu Malaysia~~ said...

abesla anwar..pasni PM Najib sumbat dlm ISA baru padan muke..haha..buh je 10 taun ke...tu yg ketaq lutut tu najib naek..hahhaha

Syammil said...

anon..najib memang bijak.sebab tu banyak sangat filem dicipta anwar untuk menjatuhkan najib..

aRiF AbDuL WaHaB said...

jadi anon.. setiap org ada penilaian masing2 terhadap sesuatu perkara.. kami menilai secara relevan.. bukan relevan bg diri sendiri, tapi relevan bg ms depan..

Kalaulah DS Najib mmg bunuh ka, kuat rasuah ka apa ka.. itu hal peribadi beliau.. yg penting profesionalisma beliau demi masa depan negara dan bangsa melayu..

setakat nih, dari semua bygn pemimpin yg ade, hanya Najib dan MUhyidin Yassin shj yg sy rs berpotensi mentadbir negara..

Anwar? beliau gadai segala2 nya.. Lim Kit Siang? aiyoyo yennape.. PAS? ok sy sokong PAS.. tapi bile PAS duk asyik ikut ckp Anwar, jadik cam PAS pun mengong..

iTaCHie said...

astaghfirullahalazim...dia bunuh ka dia rasuah ka itu hal peribadi diorg.yang penting dia jalankan profesionalisme demi masa depan negara dan bgsa melayu. itu je ke yg di kena jaga? agama islam? tolak tepi?
pandangan sekular bg mereka yg dah disekularkan oleh UMNO. biaq p la dia buat dosa jnji kita selamat. cm2?
penah terbaca satu riwayat mengatakan sesebuah kaum itu akan ditimpa bencana bila perkara2 ini terjadi dan salah satu nya gol fasik di angkat menjadi pemimpin...

tunggulah bencana datang Allah bagi kelak.....

iTaCHie said...

Lantaran itu Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : “ Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :
.
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan ( khianat terhadap amanah ).
3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).
4. Suami taat pada isteri ( dayus ).
5. Anak menderhakai ibu bapa.
6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).
7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.
11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.
12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
13. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )”.
( Riwayat At-Tirmidzi )

buat arif yg kata "Kalaulah DS Najib mmg bunuh ka, kuat rasuah ka apa ka.. itu hal peribadi beliau.. yg penting profesionalisma beliau demi masa depan negara dan bangsa melayu.."

satu demi satu bencana Allah turunkan ke atas bumi Malaysia. tanah runtuh, banjir besar, perpecahan umatislam, murtad sana sini, anak luar nikah seks bebas pernah kita fikir kenapa? kita hari-hari berdoa "Ya Allah jauhkan lah ak dari bala bencana Mu" tapi musibah tetap datang. apakah kita gol yg doa nya xmakbul atau terhijab? pernah kita fikir 2 semua? renung-renungkan lah...

terlajak perahu boleh diundur terlajak kata bertaubatlah

Wallahualam..........

aRiF AbDuL WaHaB said...

loh.. ade ke pemimpin berkaliber yg tak terlibat ngan rasuah2.. rsnye tak wujud dah kat bumi nih..

maknenye, choice dah limited.. so dr kalangan yg buruk nih la kite terpakse pilih yg terbaik..

nak amik anwar?
tah2 in future he become worst than Najib

iTaCHie said...

peh....
cam2 sekali ye tggapan saudara arif
xde langsung ke
yg xde 2 kat UMNO je
sbb 2 dalam 200 pencalonan MT 900 kes aduan rasuah di terima

kt Malaysia ni ramai g yg berkaliber dan xambik rasuah...
kita je butakan mata pekak kan telinga smata-mata kerana sayangkan sangat pemimpin UMNO 2

Syammil said...

perpecahan umat islam? siapa yang mulakan dulu? semestinya dsai..

iTaCHie said...

ni la jadi nya bile kita jumud dan mudah menuding jari pada org lain.macam mak ayah nk pujuk anak dia dia tunjuk nu nu burung, nu nu bulan.sama la macam saudara syammil.bile berlaku perpecahan dalam masyarakat kita segera kta anwar, pas punya angkara, pakatan punya angkar tanpa melihat kelemahan diri dan memperbaiki kelemahan sendiri.kenapa saudara syammil xkata semua musibah berlaku dalam negara ni angkara anwar. tsunami dlu pon angkara anwar,tanah runtuh kerana pakatan rakyat, banjir besar di kl sbb pkr menguasai kawasan 2.marilah kita renung kembali ke zaman kegemilngan Islam yg kita snajungi suatu ketika dahulu.pernah x kita terfikir mngapa pada ketika itu umat islam begitu berjaya sehinggakan semua org datg ke negara2 islam menuntut ilmu daripadanya.dan kenapa pula Allah tumbang kn sesuatu kerajaan Islam itu?kenapa? fikir gunakan akal bukan menggunakan emosi

~~Satu Malaysia~~ said...

selama 50 tahun lebih Malaysia masih dibawah teraju BN..alhamdulillah peralihan kuasa pon berjalan lancar...Walaupun ure2 ade org ingin merampas kuasa-konon nak menyelamatkan Malaysia(16september)..namun demikian Allah lebih berkuasa dan Maha Hebat perancangannya..Peralihan kuasa berjalan lancar..Org yang berie-ria nak ganggu tu akhirnye yg ditimpa macam2 masalah dlm partinya sendiri...Kepada BN dan para penyokong, yakin dan percayalah semua yang berlaku sejak 8 mac 2008 merupakan peringatan dan ujian Allah tanda Dia masih sayang~~~tidak keterlaluan jue jika dikatakan Allah masih merestui BN menerajui tanahair~~Hidup BN!!!

Syammil said...

jumud? menunding jari pada orang lain? perangai siapa semua itu kalau bukan pakatan sekarang ini.jelas kelihatan.kalau tak, tak ada la yang baring atas jalan.

alahai..bak kata orang perak, lawak bebenor la mike ni.jangan marah ya kawan..

aRiF AbDuL WaHaB said...

muhahahahaaha.. betui2.. lawak2..
nyway.. tul ape kate satu malaysia..

sokong 100%