Sunday, March 1, 2009

Tahniah Pemuda BN Kedah

Pemuda BN serah memorandum bantah hina sultan

ALOR SETAR 1 Mac — Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri sebagai tanda bantahan terhadap dakwaan berlakunya penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid, yang mengetuai 50 anggota Pemuda BN negeri termasuk MCA, MIC dan Gerakan, menyerahkan memorandum itu kepada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Mohd Rizal Mohd Radzi, di Wisma Darul Aman di sini, kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Mohd Rawi berkata penyerahan memorandum itu adalah susulan daripada tindakan laporan polis yang dibuat di bahagian masing-masing sebelum ini, selepas Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog antara seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan menghina Sultan yang telah dipos ke rumahnya 23 Feb lalu.

“Sementara menunggu pihak polis menyiasat kes ini, kami menyerahkan memorandum ini sebagai membuktikan ketegasan dalam mempertahankan institusi Raja-raja Melayu.

“Kandungan memorandum termasuklah usul supaya memecat Exco yang didakwa terlibat dan berharap pihak Istana menarik balik semua pingat kebesaran yang dianugerahkan kepadanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tahniah diucapkan kepada Pemuda BN Kedah kerana bertindak mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu daripada terus dihina oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan biadab sejak akhir-akhir ini.

Penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu diumpamakan sebagai penghinaan terhadap kaum Melayu. Tindakan golongan ini benar-benar menguji kesabaran orang Melayu.

Sekiranya mereka yang terlibat didapati bersalah, tindakan dan hukuman mesti dikenakan terhadap Exco dan pegawai kanan kerajaan tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

adakah patut mempercayai surat layang?? pelik2... surat yg x tau mana dtg boleh ke jd bukti?? fitnah?? fakta?? hanya ALLAH je yg tau.. yg pastiny empunya diri yg membuat kesalahan mendapat dosa itu sudah pasti...

Syammil said...

sebab tu kena siasat.kalau confirm salah baru boleh diambil tindakan

Z-MAY said...

surat layang... atau otak yg melayang...?

Anonymous said...

satu lagi berita utusan meloya.
hg caya la cakap diorg 2
mb kedah da bg warning tunjuk bukti yg ada exco dan pegawai kerajaan 2 menghina sultan kedah.
mentg2 skang isu hina sultan abih berita jadi hina sultan la ye.
dlu diorg hina sultan xpenah kecoh camni pon.
blah la utusan meloya...
loya tekak ak baca berita hg

Syammil said...

z-may..kita lihat siapa yang akan melayang di kedah..

anti berita palsu..mana senarai nama ahli parlimen BN yang akan melompat ke PR tu?

Anonymous said...

peeerrrraaaaaahhhhh maaaaabooooookkkkk!!!!!!xdak bukti jgn dok sembang laaaaaa