Friday, March 6, 2009

Muslihat Uthayakumar


Muslihat Uthayakumar

KUALA LUMPUR 5 Mac – Di sebalik perhimpunan haram kerana mendakwa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P. Uthayakumar tidak diberi rawatan di penjara, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menceritakan apa sebenarnya berlaku kepada tahanan itu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata: ‘‘Uthayakumar dari semasa ke semasa enggan menerima rawatan yang dijadualkan serta ubat-ubatan yang dibekalkan.

‘‘Berdasarkan rekod Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) Kamunting, Taiping, Uthayakumar telah 18 kali menolak untuk rawatan dan ubat- ubatan termasuklah di Institut Jantung Negara (IJN).”.

Syed Hamid dalam kenyataan akhbar di sini berkata, antara rawatan yang ditolak oleh Uthayakumar ialah pemeriksaan doktor pakar Hospital Taiping pada 28 April 2008, kardiologi di Hospital Pulau Pinang (6 Mei 2008) dan temu janji dengan IJN (22 Mei 2008).

“Antara tuduhan yang dilemparkan ialah kerajaan tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap kesihatan Uthayakumar dan dinafikan rawatan kesihatan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Sekiranya para penyokong Hindraf ingin melihat Uthayakumar ini sihat dan bebas dari sebarang penyakit, saya mencadangkan supaya dia dibebaskan daripada ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya yakin dan percaya dengan pembebasan dari ISA akan membuatkan dia sembuh daripada sebarang ‘penyakit’ sama ada biasa mahupun serius. Pembebasan ini ibaratkan sebagai penawar yang paling mujarab.

Tengok sajalah bagaimana keadaan DS Anwar semasa dipenjara dahulu. Pelbagai ‘penyakit’ yang dihadapi beliau sehingga boleh membawa maut dan perlukan rawatan pakar dari luar negara. Nak berjalan pun perlu dipegang dan pimpin. Tetapi apabila beliau dibebaskan, keadaan kesihatan beliau pulih dengan cepat dan pentas ceramah di Ijok menjadi saksi kepada aksi joget beliau.

4 comments:

n said...

apa komen saudara mengenai ali rustam?

jika kes moral saudara berpendapat perlu meletak jawatan maka perlukah ali rustam meletak jawatan kerana terlibat dalam politik wang (baca: rasuah)?

n said...

sy ingin quote blk tulisan saudara sebagai tambahan kepada komen saya diatas:

"Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang tidak berakhlak tanpa mengira dari parti mana sekalipun. "

ali rustam said...

tumpang lalu..
lim guan eng dan anwar ibrahim bekas banduan, bagaimana mereka boleh menjadi ketua menteri dan ketua pembangkang di parlimen?

zamzam alakazam

n said...

mereka banduan atas "kesalahan" mereka. apakah "kesalahan" itu?