Sunday, March 22, 2009

Alkisah Fairus

Fairus letak jawatan TKM Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco negeri.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

Keputusan itu berkuat kuasa 8 April iaitu sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.

Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Fairus telah meminta cuti untuk memikirkan kedudukannya dalam kerajaan selepas mendapat tawaran belajar.

"Dia telah pilih untuk teruskan pelajaran dan hal itu menyukarkan beliau untuk teruskan tugas sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Difahamkan beliau telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara.

Zahrain berkata, Fairus telah mengadakan perbincangan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengemukakan surat letak jawatan pagi ini.

Sumber: Harakahdaily

Benarkah YB Fairus meletakkan jawatan sebagai TKM1 dan Exco disebabkan ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Apakah perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan pendedahan yang dibuat oleh ahli PKR mengenai salah laku dan menerima rasuah dari penguasaha kuari?

Sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, mengapa beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti? Tidakkah tindakan beliau untuk kekal sebagai Adun akan menyusahkan rakyat dikawasan tersebut yang ingin berurusan dengan beliau sekiranya beliau sedang melanjutkan pelajaran diluar negara?

Sekumpulan penyokong pakatan telah mengadakan demonstrasi di Masjid MITC Melaka selepas solat Jumaat bagi mendesak Ketua Menteri Melaka supaya meletakkan jawatan. Mengapa para penyokong pakatan ini tidak melakukan demonstrasi dan mendesak supaya SPRM menyiasat YB Fairus berdasarkan pendedahan yang telah dibuat? Ke mana mereka menghilang?

9 comments:

iTaCHie said...

alolo..... sammil awat nya xtanya asal sprm xwat siasatan kat khir toyo yg kjaan selangor dah dedahkan hampir 20 kes salah laku waktu beliau jadi mb dlu. lagipun kes itu belum terbukti lagi ko da suruh sprm wat siatan ni kes ali ketam da confirm dia rasuah asal ko xmntak sprm g tgkap dia terus xyah siasat2 lagi. asal PR ada prob cket ko start la mengarut dalam blog ko tp bile UMNO ko xko men pe2 plak yek. berat sebelah la ko ni. 2 baru ali ketam belum lagi azalina othman, khairy, muhd taib, ramai g la. ak penah tgk org UMNO bawak sepanduk bantah sprm nak wat siasatan terhadap masalah rasuah dalam parti siap tulis "jgn rampas hak kami". kira rasuah dalam UMNO da jadi hak bg setiap ahli parti la skarang ni ye
hahahahaha

Syammil said...

pas dan pkr melaka dah buat laporan pada sprm terhadap kes ali rustam..tunggu saja siasatan sprm tu..kenapa perlu melenting bila terkena pada batang hidung sendiri?

terimalah hakikat bahawa pr pun tidak sempurna dan bersih umpama kain putih seperti yang dicanangkan..

iTaCHie said...

bukan melenting cuma kagum dalam banyak-banyak kes rasuah yg berlaku mngapa kes fairuz dipersoalkan. satu lagi penulisan double standard syammil

Anonymous said...

Syammil wrote "terimalah hakikat bahawa pr pun tidak sempurna dan bersih umpama kain putih seperti yang dicanangkan.."

Biasa la..kain putih kalau terkena kuah kari sikit orang nampak...Kain hitam kena tahi pun tak nampak...

Rasuah ni dari dulu sebati ngan umno...dah tak heran dah..tu pasal la banyak pemimpin rasuah yang dikitar semula..Ali rustam sabit kesalahan pun Pak Lah puji melambung2..."Setia pada pati" haha..lawak..

Anonymous said...

Sambung:

Tapi kain hitam kalau terkena setitik cat putih orang nampak..

Kalau penyangak kampung, tiba2 satu hari dia masuk masjid..orang mesti cakap "dia ni baik jugak rupanya"... padahal dia nak pecah tabung masjid...

Kalau tok imam terjeling amoi pakai skirt lalu depan masjid..orang kata dalam hati "miang jugak pak imam ni..nampak je alim"...haha

Syammil said...

itachie..kes fairus ni pelik.alasan yang diberi mengelirukan..double standard? bacalah blog saya sampai habis.sekurang2nya ada post yang saya puji dan menghargai kerajaan pr iaitu kerajaan kedah kerana dasar yang dibuat membela masa depan umat islam dan melayu.syukur alhamdulillah..

bagaimana pula dengan blog anda? siapa yang double standard?

anon..jangan buat sebarang tuduhan secara membabi buta.siasat dulu latar belakang orang tersebut (penyangak & tok imam).takut2 berlaku fitnah..semoga anon mendapat panduan dan hidayah daripada Allah swt..insyaallah

Anonymous said...

nak siasat amendanya...nama pun contoh...amin..semoga kita sama2 la mendapat hidayah...kadang2 kita ingatkan kita ni celik...

Syammil said...

anon..jangan emo.memang la contoh.kita kena aplikasikan dalam kehidupan..kena berusaha untuk menjadi celik

Anonymous said...

Fairus dibuktikan tidak bersalah..

saya kira baik syammil pegi mintak ampun dengan fairus la..

rentikanle usaha fitnah kamu.
dah terbukti fitnah.