Saturday, January 10, 2009

Polis

Berhenti fitnah polis - Mohd. Shukri

KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Pemimpin pembangkang diminta berhenti menyebarkan fitnah kononnya polis menyamar sebagai penyokong Pas untuk melakukan provokasi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan menegaskan pihaknya tidak pernah menghantar anggota Cawangan Khas untuk menyusup masuk ke dalam markas parti pembangkang.

"Bagaimana pegawai polis hendak masuk ke dalam markas Pas. Ahli Pas kenal antara satu sama lain manakala orang luar pula perlu memakai kad pengenalan diri.

"Jangan memfitnah polis dengan membuat kenyataan rambang. Pihak polis tidak pernah membuat perancangan untuk menyusup masuk ke dalam markas Pas," katanya pada sidang akhbar harian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pas bahawa polis Cawangan Khas menyamar sebagai penyokong parti itu untuk mendapatkan maklumat.

Mohd. Shukri berkata, sekiranya dakwaan itu benar, parti pembangkang boleh menangkap atau menghalau 'anggota polis' berkenaan dari markas mereka.

"Mengapa tidak menangkap atau menghalau dia kalau sudah tahu dia pegawai Cawangan Khas. Kemudian maklumkan kepada saya," ujarnya.

Beliau menambah, kehadiran anggota polis hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, lalu lintas dan kegiatan jenayah.

Mohd. Shukri seterusnya meminta semua pihak tidak mempolitikkan kehadiran kira-kira 6,000 anggota dan pegawai polis di Kuala Terengganu sempena pilihan raya kecil kawasan itu.

"Polis adalah pasukan yang matang dan tahu tanggungjawabnya iaitu mengawal keselamatan. Jika peranannya dipolitikkan, ia tidak bagus untuk keselamatan semua pihak," ujarnya.

(Utusan Malaysia online)

Kehadiran anggota dan pegawai polis ke Kuala Terengganu tidak lain tidak bukan adalah untuk menjalankan tugas menjaga keselamatan semua pihak. Malang sekali kehadiran mereka kerana tugas keselamatan dipersoalkan dan dijadikan pula isu politik.

Bila tiada polis dan berlaku kes jenayah, golongan ini jugalah yang membantah dan mengutuk pasukan polis. Kecoh Dewan Rakyat dibuatnya yang mempersoalkan tugas polis ini. Tahap keselamatan kita longgar, rakyat berasa tidak selamat dan pelbagai lagi tohmahan dilemparkan kepada pihak polis.

Ada polis salah, tak ada polis pun salah. Apa sebenarnya yang mereka mahu?

11 comments:

Anonymous said...

Polis memang suka menyamar.Tu yang kecoh kat batu buruk tu.Sampai ada orang yang kena peluru hidup.Pakai serban baling batu rakam lepas tu masuk TV.

Anonymous said...

Jumlah polis tu tak munasabah.Kat kawasan ceramah BN tak pulak ramai.Saja nak takut-takutkan pengundi.

Syammil said...

anda pasti?

jumlah polis di Permatang Pauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan KT.

betul ka nak takutkan pengundi? berapa ramai yang hadir ceramah PR? berapa ramai yang hadir ceramah BN?

jumlah orang yang hadir ceramah PR cukup ramai. sebab itulah banyak anggota polis berada dikawasan ceramah PR bertujuan untuk mengawal keadaan.

Anonymous said...

Memang ceramah bn tak ramai.Sebab orang tahu temberang BN.Orang datang ceramah PAS takkan buat kecoh kecuali polis mulakan provokasi.Dari zaman mahathir dulu polis suka letak FRU kat ceramah PAS. Dah dia sembur water cannon baling gas pemedih mata, mata tak lintang pukang orang lari. Masuk berita seolah2 perhimpunan aman jadi kecoh. Orang ramai takkan serang kalau polis tak mula.

Sure heboh lagi ramai, tak pulak kecoh. sebab polis tak provoke. Polis pun tak ramai banding dengan ceramah PAS. Pasal tu banyak motor hilang, budak2 hisap gam, merendek.

Peristiwa batu buruk dah jadi bukti polis berpakaian preman menyamar dan melepaskan tembakan terkena dada suandi dan azman..dah banyak kes gua tengok polis menyamar...kawan bapak gua pun kena tangkap polis berpakaian preman..padahal dia punyalah warak..

Sapa tak respek polis beb..polis menjaga keamanan.Tapi kalau jadi balaci UMNO sapa tak menyampah.

Syammil said...

jangan bandingkan dengan jomheboh. rata2 yang hadir bawa keluarga masing2.tidak seperti ceramah politik yang dihadiri penyokong fanatik.

ingat balik tahun 98.siapa yang pecahkan cermin kedai2, rosakkan harta benda awam dan banyak lagi kalau bukan penyokong fanatik?

disebabkan kes seperti inilah polis mengambil tindakan berjaga2. sama juga dengan FRU yang ditempatkan di stadium2 semasa perlawanan bola sepak. semuanya dilakukan untuk menjaga keselamatan awam.

Anonymous said...

ape yg perlu kita tahu... tiada polis atau petugas keselamatan yg lain, huru hara akan terjadi sampai bila-bila..

yg penting, kalau boleh, minta saudara2 yg berkata polis menyamar tuh mengemukakan bukti..

yela, klu dah masuk tv or buat huru hara, mesti org sekitar leh cam wajah dia.. klu dia polis takkan la jiran2 polis tu tak perasan kan? klu jiran dia perasan, kenapa belum lagi terbit di dalam siasah ke ape ke yg tunjuk gmbr polis tuh menyamar dan buat kacau... hurm..

Anonymous said...

ape2 jela macha..
mls btl politik2 nie..
hampeh.. polis pn cam ****

Anonymous said...

kewujudan polis mmg bgus dalam usaha membenteras jenayah dan mengawal keselamatan rakyat namun malang nya pihak polis di jadikan alat sesetengah parti politik dlam menjaga kepentingan peribadi mereka.sperti yg dsebutkan mereka datg mendengar ceramah lepas ceramah diorg balik.namun tindakan polis yg mengganggu mencetuskan kemarahan mereka.diharapkan supaya pihak polis kini lebih adil dalam menjalankan tggungjawab mereka tanpa dibayangi mana2 parti politik supaya kredibilti polis tidak lg dipersoalkan org.

Anonymous said...

Polis DIRAJA Malaysia... Polis sepatutnya dipengaruh Yang DiPertuan Agong dan dibiayai oleh kerajaan...kalau tak silap polis perlu taat kepada kerajaan yang memerintah seperti juga askar dan lain2 pihak berkuasa yg tertera DIRAJA.. Kenapa perlu taat kepada kerajaan memerintah sebab kerajaan memerintah adalah dibawah mandat Yg Dipertuan Agong. Namun Agong boleh menggunakan kuasa DIRAJA untuk menggunakan semua pihak berkuasa DIRAJA untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah atas sebab2 tertentu berdasarkan perlembagaan.

:rujuk undang2 perlembagaan di mana2 website kerajaan utk maklumat lanjut:

Namun polis tidak seharusnya dipengaruhi oleh kepentingan politik parti memerintah. Tapi apa nak buat, parti pembangkang pun tidak berjaya mendapat kepercayaan Yg Dipertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baru. Hendak ke tak, terpaksa kekalkan Parti sedia ada walaupun terdapat penyelewengan berdasarkan pengaruh kepentingan politik Parti memerintah.

Anonymous said...

hoho
apa yg tersurat dalam perlembagaan begitulah bunyi nya tapi bagaimana pula yang tersirat?baca buku perlembagaan memang sedap malang nya perlaksanaan nya hampeh....terpulang la pada kita nk percaya atau tidak namun apa yang pasti itulah hakikat nya.

Anonymous said...

Perlembagaan adalah undang2 yang tidak boleh dipinda sesuka hati tanpa perkenan Yg Dipertuan Agong. Perlembagaan hanya membantu dalam mengawal perlaksanaan sesuatu sistem. Maka tidak ptt wujud persoalan mengenai perlaksanaan perlembagaan. Jika perlembagaan boleh dipersoalkan kekuatannya, maka, semua rakyat Malaysia terutama yg terlindung dibawah perlembagaan perlu takut akan disakiti atau dianayai pada bila2...