Sunday, January 4, 2009

Piala Sumbangsih

Perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dan Selangor bagi merebut Piala Sumbangsih sebentar tadi menyaksikan kemenangan berpihak kepada Selangor sebagai johan.

Kekalahan skuad Sang Kenari dalam kejohanan ini mungkin disebabkan pemain gagal untuk membiasakan diri dengan corak permainan tanpa kelibat pemain import. Bagi saya kekalahan skuad Kenari ini adalah perkara biasa dalam kejohanan Piala Sumbangsih, kerana berdasarkan sejarah kejohanan ini, pasukan terkuat dalam liga selalunya akan tumpas ditangan pasukan yang kurang menyerlah dalam liga. Ini adalah realiti perlawanan untuk Piala Sumbangsih.

Yang pasti rekod double treble dipegang oleh pasukan Kedah berdasarkan kemenangan dalam Liga Super, Liga Malaysia dan Piala FA bagi tahun 2007 dan 2008 berturut-turut. Ini merupakan suatu kejayaan yang membanggakan yang pasti dicemburui oleh pasukan lain.

Diharapkan Sang Kenari akan terbang lebih tinggi bagi musim baru ini. Semoga sampai ke destinasi yang dituju.

Pulun Kedah Pulun.

4 comments:

Syafiq Samuji said...

"pasukan terkuat dalam liga selalunya akan tumpas ditangan pasukan yang kurang menyerlah dalam liga. Ini adalah realiti perlawanan untuk Piala Sumbangsih"

dah kalah beratur nak bagi alasan..

terime je la kesalahan..

Syammil said...

bukan nak beralasan, itu fakta sejarah..tak boleh nak ubah

iTaCHie said...

hahaha
kelaka la fakta hg syammil
mana punya ideology hg sapu nih

Syammil said...

zaidy..

ni sejarah untuk skuad Kedah dalam Piala Sumbangsih.