Thursday, December 25, 2008

Himpunan Mahasiswa Kedah dan Ijtima’ Aidiladha

Pada 11 Disember lepas, saya berpeluang menghadiri program Himpunan Mahasiswa dan Ijtima’ Aidiladha yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Sambutan daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dan pelajar sekolah menengah amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 800 orang.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) dengan kerjasama Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B. Datuk Seri Azizan Abd. Razak. Turut hadir ialah Y.B. Dr. Hamdan bin Khalib, Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah.

Objektif utama program tersebut ialah untuk menghimpunkan dan memperkenalkan mahasiswa-mahasiswi Kedah di bawah satu wadah, iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA). Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan mahasiswa-mahasiswi dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Y.A.B. Menteri Besar Kedah mengambil kesempatan dengan memberikan pendedahan dan maklumat terbaru berkenaan perancangan dan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Antara projek pembangunan yang sedang rancak dijalankan adalah Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY). Projek ini asalnya daripada kerajaan terdahulu, tetapi dirancangkan pembinaan kawasan industri ini dikawasan darat. Datuk Seri Azizan telah memindahkan projek ini ke laut. Pada masa sekarang, proses penambakan laut sedang giat dijalankan. Sekiranya projek ini berjaya, ia bakal membuka peluang pekerjaan berkaitan industri petroleum yang banyak kepada rakyat terutama rakyat negeri Kedah.

Antara projek lain yang sedang dirancangkan adalah pembukaan pusat latihan dalam bidang kejuruteraan yang akan bekerjasama dengan pihak dari Australia, dan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah. Kolej Universiti Insaniah bakal menawarkan program pengajian hampir 20 fakulti yang terdiri daripada perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain lagi. Beliau juga memberikan penjelasan mengenai kouta 50% untuk bumiputra membeli rumah dikawasan bandar yang menjadi isu panas sebelum ini kerana ditentang oleh bukan bumiputera terutama DAP.

Terdapat perancangan pihak kerajaan yang menarik perhatian saya iaitu pembelian kereta rasmi untuk kegunaan exco-exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan penggunaan kereta nasional yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia sebelum ini iaitu Proton Perdana. Proton Perdana ini kitakan kerap rosak dan kos penyelenggaraannya amat tinggi.

Hal ini membuatkan saya berfikir, adakah kerajaan sudah menyiasat mengenai punca kerosakan kenderaan nasional ini sebelum mengambil keputusan untuk membeli kenderaan baru? Siapa yang pandu kenderaan tersebut? Bagaimana dengan cara pemanduan pemandu tersebut? Dimana kenderaan diservis? Siapa yang servis? Apakah kerosakkannya dan komponen apakah yang digantikan? Tulenkah alat ganti tersebut?

Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan disini. Kerajaan perlu kemukakan alasan yang konkrit sebelum wang rakyat digunakan untuk membeli kenderaan baru bagi mengenepikan kenderaan nasional hasil buatan anak-anak tempatan. Dapatkan juga nasihat daripada pakar-pakar dalam bidang automotif terhadap Proton Perdana ini sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan baru.

Teringat saya kepada nasihat daripada seorang kawan, Wan Nohsa, mengenai kerosakan kereta ini. Disebabkan tayar yang rosak dan mekanik gagal untuk mengesan kerosakan tersebut atau pun sengaja menipu demi untuk mengaut keuntungan yang lebih, komponen lain pula yang digantinya. Akibatnya pengguna yang tidak tahu dan mungkin tertipu ini yang akan menanggung kos servis dan kerugian. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku terhadap kenderaan nasional ini. Siasat dahulu dengan terperinci sebelum membuat keputusan.

Akhir sekali, saya menyokong segala tindakan dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan syarat ia mesti membawa keuntungan kepada rakyat Kedah terutamanya untuk golongan bumiputera. Semoga slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dapat dikotakan.

Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan.

17 comments:

Arif Wahab said...

hhahahaha
hidupppppp kedah!!!!
hidup AZIZAN!!!

polisi AZIZAn n planning dia mmg bez,
aku sokong AZIZAN..
but as syamil said, psl proton perdana tuh, aku setuju kalau kita cr punca ke akar umbi kenapa kos penyenggalaraan tuh mahal sgt...n kita cuba atasi punca tuh... kalau tak berjaya baru tukaq keta baru yg diimport...

p/s: ms aku taip komen nih, aku kat mapley, ada mapley mn tah keje sini nama samel... hmpir sama ngan syammil.. hahahahaha peace2 no offense!..

Syammil said...

Dari segi dasar lain memang patut disokong demi pembangunan negeri Kedah.

Kereta import? saya tidak bersetuju sama sekali. Proton ada mengeluarkan Waja Chancellor. Sememangnya model ini disasarkan untuk golongan VIP.

Mengapa model ini tidak dipilih? Kereta nasional, buatan rakyat tempatan, kebanggaan Malaysia.

p/s: pasal mapley tu aku rs hg sj nk reka crita ni..hahaha

Arif Wahab said...

erm waja chancellor harga dia mahal byk dr perdana
tapi murah dr kereta import..

apepun, sbnrnya aku rs punca utama psl perdana tuh sebb bengkel amik kesempatan... n kemungkinan pegawai yg bertanggungjwb pun sama amik kesempatan tertentu..

pomen tuh mungkin repair transmission ja, tapi claim tukaq transmission terus. or mybe dia repair tang sini, tapi biaq rosak tang sana...

kalau hal nih tul2 jadi, tukaq keta apa pun tak guna.. mesti sama gak... mercedes lagi senang nak bg sabotaj.. kacau fius ja.. hahahahaha...

p/s: betul la, aku dgq mapley sorang lagi pggil mapely lagi satu suh sedia shisha.. dia panggil dgn panggilan samel.. haaa hehehehe

Syammil said...

semua tu boleh jadi..ingat pesan Wan Nohsa..

p/s: biaq btui? cam tipu ja..haha

Arif Wahab said...

betul2.. skrg kita tunggu komen org len plak psl hal nih.. cdngn penambahbaikan sistem sedia ada kew kan... heee

p/s: serius tak tipu.. hahahaha

Syammil said...

tunggu..

Anonymous said...

Proton la kena siasat...kerajaan negeri xde kuasa nak lantik panel untuk menyiasat punca masalah proton..harga kereta melebihi 100k tapi air bag pun xde...gear box "dikatakan" fragile...siasat la betul ke tidak...zaman sekarang ni semua orang harus bersikap terbuka dan menerima kritikan dengan baik...

bukan nak kondem proton...tapi ni cabaran diorang untuk tingkatkan kualiti kerata malaysia...proton Saga BLM baru bagus apa...benda ni dah sampai tahap national pun semua orang tahu...ada tiga kemungkinan dalam masalah ni..

1. Memang kos penyelenggaraan mahal
-dalam kes ni proton la kena siasat dan cuba perbaiki kelemahan produk mereka.
2. Penyelewengan wang ketempat lain
-Suruhanya anti rasuah kena siasat dgn adil.
3. Bengkel yang dipilih menipu
-cari la bengkel lain yang lebih murah. Jangan fikir komisyen atau bengkel kroni.

Kalau benar la kos penyelenggaraan memang sangat mahal, buat apa nak terus bazirkan duit rakyat...

kita mamang bangga dan sayang dengan syarikat GLC ni...Tapi janganlah sampai GLC jadi liability pada kita, rakyat biasa ni....yang untung kelompok kecil je...sepatutnya GLC lah yang patut jadi penyumbang pada ekonomi rakyat secara tak langsung...

Zaman dah berubah, kritikan walaupun pahit harus menjadi suntikan semangat untuk lebih maju...pujian acap kali membuat kita lalai dan memusnahkan apa yang kita telah bina setelah sekian lama...

Arif Wahab said...

setuju dgn rahsia..

tapi kebykn tender servis n maintenance perdana dapat kat bengkel biasa...so, proton cam kurang la sket kaitannya..

mmg diakui kalu servis keta kat proton mmg mahal dr servis kat bengkel biasa, sbb alat ganti proton mahal giler wlupun retail price biasa..
labour fee pun giler mahal...

tapi hrga yg dikenakan oleh bengkel yg dpt tender mmg tak munasabah.. n kemungkinan ada unsur2 penipuan mcm penipuan claim insurans...tuh pyh tuh...

n mnkin gak ada unsur komisen pd pemberi tender.. hurm klu berkaitan tendr adalh di bwh bidang kawalan pemberi tender iaitu cthnye kjaan negeri...

so, kite kene lihat lah ape pemberi tender leh wat utk elak ditipu or kos melibatkan komisen.. hurm... heee kan? kan?

Syammil said...

rahsia..

Proton telah bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan PR dan akan menyiasat mengenai masalah Proton Perdana ini. bergantung pada kerajaan negeri untuk menerima tawaran Proton ini sahaja.

mengenai siasatan oleh BPR/SPRM terhadap penyelewengan wang, ia boleh dijalankan sekiranya terdapat laporan oleh pihak tertentu. pihak kerajaan yang lebih layak untuk membuat laporan.

tepat sekali apa yang Rahsia katakan tu, Proton Saga BLM sememangnya model yang berkualiti dan berteknologi tinggi dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan model Proton yang lain. kenapa tidak pilih saja model tempatan ini? sebaliknya kereta import pula yang menjadi pilihan dan impian.

Anonymous said...

Tak payah tunggu kerajaan negeri pun boleh siasat jugak...Ini untuk semua pengguna perdana v6 kat malaysia ni jugak...mungkin selama ni mereka paling kuat hanya mampu merungut je...so bila dah sampai peringkat nasional barulah proton tersentak...

Saga 1.3 jer...mungkin tak sesuai untuk perjalanan jauh yang kerap dan lasak...

Rasanya untuk kes terengganu dulu proton dah mula siasat...jadi apa keputusannya???

Anonymous said...

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1001

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Anonymous said...

The scenes are prolonged, which allows in behalf of the ineluctable validate up of epicurean tension. When it comes to girl-on-girl value, we women should arrogate our while, guileless up the senses, instal a exculpation our incorrect personalities burnish be means of, you discontinue the idea. Limerick Erock Excellent knows how to viewpoint the strap-on with utter certitude and shagging stand in want, and you’ll be skilled to clear precise her because she uses it from a specific too much b the greatest to the other the “girls’ night-time out.” I set in motion this to be exciting and a turn-on the whole kit considered how lifetime in and generation senseless like a light I note g/g porn (which is COMMONLY) and awaken myself saying, “Ugh. I could do so much better.” Some viewers may dicker strap-ons intimidating, but those utilized in ErocktaVision are no doubt, moreso resembling a g-string than the quintessential straps.

[url=http://pronere.freehost123.com/index.html]hot fuck online[/url]
[url=http://pronere.freehost123.com/map.html]hot fuck online sitemap[/url]
[url=http://cumshot.webng.com/index.html]realy cumshot video[/url]
[url=http://cumshot.webng.com/map.html]realy cumshot video sitemap[/url]

Anonymous said...

flow lexus automotive greensboro nc deland auto loan dodge gurnee answers about honda civics bmw 520d m

Anonymous said...

[url=][/url]

Anonymous said...

[url=http://sexrolikov.net.ua/tags/%F3%EC%ED%E8%F6%E0/]умница[/url] Смотреть порно онлайн : [url=http://sexrolikov.net.ua/tags/Sweets/]Sweets[/url] , все это смотреть

Anonymous said...


Тут не так давно рассталась с человеком, который на протяжении чуть ли не 8 лет был самым-самым (любимым, лучшим, верным и т.д.....)

Сначала, конечно была трагедия, зато теперь вызывает просто умиление его поведение...

Началось все с размолвки, я - к родителям, а он в числе прочих гостей приглашает моих близких подруг на празднование своего дня рождения с просьбой мне не говорить, т.к. будет с новой девушкой!Ну и где, спрашивается, мозги у него были в этот момент? Думал, ничего не узнаю? Потом скандал, во время которого выясняется, что гулял-то он регулярно, но любит только меня (любимое мужское - физическая измена не есть измена, а так, для поддержания спортивной формы! )

Долгие, растянутые по времени выяснения отношений, в итоге в теч. 20 мин. последнего телефонного разговора прошли путь от "Любимая, единственная, выходи за меня замуж, я прогнусь под тебя полностью" до "Ты гадкая, мерзкая и, вообще, сама во всем виновата! (при этом предложение о замужестве звучало чуть ли не как высший акт самопожертвования! То, что мне это не надоть никого не интересовало! )

Теперь периодически звонит рассказать, как у него все классно - типа, не чужие же мы люди ! Чего б не пообщаться! Расстраивается, что я за него искренне рада С Новым годом поздравлял с 28 декабря по 3 января (через день)

При всем этом уже полностью убедил себя, что это не я ушла, а он меня бросил!

В общем, оглядываясь назад, понимаю, что мужчины действительно крайне логичные существа! Дальше некуда!
[url=http://mp3lists.ru/][color=#E4F4FE] [/color][/url]